Resepi : Laksa Sardin Tin

6:26:00 PM

Salam semua.
Lama nya menyepi dari blog kesayangan.
Sibuk dengan kerja, hal personal dan macam2 lagi,
Tambah pula dengan masalah kesihatan 
Weekend la waktu yang sangat sesuai untuk update blog.
Tiada gangguan lagi.
Harap blog Lia akan berupdated selalu mulai sekarang.


Tempoh lalu ada teringin sangat nak makan laksa.
Nak kuar malas.
Dengan cuaca hujan lebat.
Nak pergi makan tepi pantai Queensbay jem balik kerja sangat malas.
Teringat pulak ada resepi Laksa dari Tin Sardin.


Laksa Sardin Tin




Bahan-bahan
1 Tin Sardin - Saya guna Cap Adabi jer yang besar
Senggengam ikan bilis
2 biji bawang besar
Sedikit belacan
1 kuntum bunga kantan
Sedikit daun kesum
7 keping asam keping
Sedikit cili padi - Saya gantikan dengan cili boh sebab nak pedas
1 1/2 
1 Paket Laksa Eka (rendam dahulu)




Lia guna Sardin Tin brand ADABI


Cara-caranya :



Untuk membuat kuah laksa, masukkan sardin bersama kuahnya kedalam blender. Masukkan sekali bawang besar, segenggam ikan bilis, cili padi, sedikit belacan. Kemudian kisar sampai semuanya sebati.



Tuangkan kedalam periuk, tambahkan sedikit air lagi, masukkan asam keping, daun kesum, & bunga kantan.
Kemudian rebus sehingga mendidih.
Masukkan garam dan perasa secukupnya.
Kuah boleh buat ikut selera sendiri.
Kalau Lia suka pekat dan pedas.


Untuk laksa, rendam dahulu.
kalau boleh semalaman.
Barulah rebus.
Kalau tak sempat rendam, kena rebus agak lama.
Baru boleh makan.





Hiasan

Timun
Salad
Bunga kantan
Bawang besar
Cili padi 
Nenas
Limas Nipis



Semua barang hiasan tadi dipotong.




Dah boleh makan!
Bismillah.





Kucing pun nak makan sekali.


 Simple kan?
Okay semua orang boleh cuba.
Boleh makan satu famili.
Tambah berkali-kali pun boleh.

:)



You Might Also Like

1 inspiration

  1. Boleh try ni Lia... Simple dan menarik... Sedap kot.... Hehehehehee... :)

    ReplyDelete

APDM SAPS

Follow by Email

Google+ Followers