14 Tempat Menarik di Alor Setar Kedah Yang Hangpa Kena Pi Lawat

February 11, 2020

Salam dan Hai semua, 

Selain Pulau Pinang merupakan tempat destinasi pelancong, negeri jiran Kedah juga mempunyai tempat menarik untuk dikungjungi. Lia memang dilahirkan di Pulau Pinang tetapi parent memang asal Kedah, so kalau raya memang balik kampung beraya kat Kedah. 

Kedah Darul Aman ini juga digelar Negeri Jelapang Padi dimana terdapat banyak sawah padi di negeri ini. Kedah juga bersempadan dengan negeri Perlis dan juga sempadan dengan Thailand. Kalau nak pi Selatan Thai tu memang dekat sangat hanya drive kereta. Lagi beruntung orang Kedah ni hanya perlu gunakan 'Border Pass' untuk ke sempadan. Kedah ni mempunyai 12 daerah semuanya termasuklah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, & Bandar Baharu.

www.liahasty.com

Lia selalu juga balik kampung Kedah tapi hanya sekejap sahaja kadang-kadang tak sempat melawat tempat-tempat menarik. Ada juga pi pekan Alor Setar tu pun ada urusan kerja lepas tu balik. Tapi rupanya Kedah pun banyak tempat menarik yang hangpa taktau. Cukuplah setakat 3 hari 2 malam hangpa dah boleh melawat tempat menarik dan bersejarah di Alor Setar, Kedah.

Setelah melawat Kedah, Lia dah senaraikan kat hangpa tempat menarik di Kedah. Ok jom semua pakat baca apa Lia nak kongsi.

1. Keriang Hill Resort

www.liahasty.com
Keriang Hill Resort terletak di kaki bukit Gunung Keriang dikelilingi padi, bukit dan sungai. Jaraknya dari Alor Setar lebih kurang 10km bersamaan 20 minit.

www.liahasty.com
Keriang Hill Resort adalah resort berkonsepkan suasana ala kampung. Reka bentuk ala rumah tradisional kampung memang sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Terdapat 17 jenis rumah kayu didirikan mengikut setiap mukim di Kedah. Setiap rumah mempunyai reka bentuk yang berbeza tetapi memang lengkap dengan ruang tamu, verandah, bilik dan tandas. Pemandangan di sini memang menakjubkan dengan suasana gunung di sekeliling.

www.liahasty.com
Di sini juga ada restoran Puteri yang menyediakan hidangan makanan secara bufet dan ala carte untuk pengunjung. Dekorasi dan suasana restoran ini juga menarik & anda boleh pilih untuk duduk di dalam atau di luar teres.

www.liahasty.com
Di sini juga hangpa berkempatan melihat sendiri bagaimana kuih 'Bunga Pudak' dihasilkan oleh Kak Kiah di sini. Kuih Bunga Pudak ini memang kuih asli Kedah yang dibuat daripada tepung beras dan berintikan kepala parut.

Keriang Hill Resort
📍Alamat : Jalan Gunung Keriang, Mukim Gunung, 06570 Alor Setar, Kedah
⌚ Waktu Operasi : Setiap hari, 9 pagi hingga 10 malam
📞No. Telefon : 04-731 5233
🌎 Laman web : https://kerianghill.com.my/

2. Muzium Padi 

www.liahasty.com
Muzium Padi merupakan muzium seumpamanya yang pertama dibina Malaysia, dan muzium keempat dibuka di dunia selepas negara Jepun, Jerman dan Filipina.Seni bina unik Muzium Padi mewakili tangkai beras yang dituai. Motif beras diulang menerusi ukiran bangunan, pemegang tangga, pintu pagar muzium dan pagar.

www.liahasty.com
Hangpa boleh naik ke tingkat atas untuk saksikan sendiri mural yang dihasilkan seolah-olah anda berada di Puncak Gunung Keriang. Pengunjung naik dan berdiri di platform yang sediakan untuk bergambar. Platform ini akan bergerak perlahan-lahan dan anda boleh menikmatinya sambil melihat lukisan mural di sekeliling.

www.liahasty.com
Muzium ini mempamerkan proses penanaman padi di Malaysia dan pelbagai peralatan yang telah digunakan selama ini. Sejarah penanaman padi di Malaysia dapat disaksikan melalui lukisan mural yang dihasilkan oleh 60 orang pelukis dari Korea Utara.

www.liahasty.com
Mengangkat martabat sejarah, budaya dan kepentingan penanaman padi di Kedah, muzium ini dibina bagi memperingati para pesawah yang bekerja keras membanting tulang bagi memastikan bekalan beras mencukupi di negara ini. Di sini juga hangpa boleh mempelajari sejarah penanaman padi, jenis padi, alatan yang digunakan dan juga boleh melihat sendiri gambar-gambar di galeri.

Harga Masuk : RM5 Dewasa & RM2 Kanak-kanak

Muzium Padi
📍Alamat : Gunung Keriang, 05150 Alor Setar, Kedah
⌚Waktu Operasi :  Sabtu hingga Khamis, 9 pagi hingga 5 petang
Jumaat, 9 pagi - 12.30 tengah hari, 2.30 petang - 5 petang
📞No. Telefon : 04-735 1315
🌎 Laman web : 

3. Pulau Payar

www.liahasty.com
Kalau hangpa mai Alor Setar jangan lepaskan peluang untuk pergi snorkeling di Pulau Payar. Atleast ambik masa selama 1 hari sahaja. Hangpa boleh ambik pakej dari Kuala Kedah terus ke sana tak payah susah payah nak pi dari Langkawi. Pulau Payar terkenal dengan tempat snorkeling dan scuba divingdengan kepelbagaian spesies terumbu karang dan spesies ikan.

www.liahasty.com
Pulau Payar adalah salah sebuah pulau di Kedah selain Langkawi. Status Pulau Payar sebagai taman laut menawarkan perlindungan untuk kehidupan laut yang pelbagai. Pulau Payar tidak termasuk dalam kepulauan Langkawi dan terletak agak jauh kira-kira 30 km dari Langkawi. Lebih kurang 1 jam perjalanan dengan bot. Berdekatan dengan Pulau Payar terdapat beberapa pulau lain seperti Pantai Damai, Pulau Kaca and Pulau Lembu.

www.liahasty.com
Keistimewaan Pulau Payar
📌 Air laut yang jernih & memang sesuai untuk snorkeling
📌 Kaya dengan pelbagai spesies terumbu karang
📌 Pelbagai jenis & spesies ikan
📌Selain ikan, ada juga hidupan laut lain seperti gamat, timun laut, rumpai laut dsb.
📌Pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin.

www.liahasty.com
Untuk ke Pulau Payar, anda hanya perlu membayar sebanyak RM150 sahaja untuk seorang. Perjalanan mengambil masa 2 jam saja dengan menaiko bot 2 tingkat ini. Bot ini sangat selesa dengan pelbagai kemudahan & memang tidak akan bosan sepanjang perjalanan.

Snorkeling @ Pulau Payar 💲RM150 pax
👉 3 meals on board, Karoeke on Board, Snorkeling Equipment, Guide & Marine Park Fee

Boleh hubungi 📞
🤙 +6012 535 1956 (Remy)
🤙 +6011 6988 4816 (Ayu Riqa)

4. Menara Alor Setar

www.liahasty.com
Menara Alor Setar salah satu mercu tanda bandar Alor Setar da merupakan menara telekomunikasi seluas 165.5 m. Lokasinya betul bersebelahan dengan pusat membeli belah Aman Central.

www.liahasty.com
Harga tiket masuk ke Menara Alor Setar

Selain berperanan sebagai menara telekomunikasi, ia juga berfungsi sebagai destinasi pelancongan di bandar ini. Menara ini juga menempatkan beberapa restoran dan kedai cenderamata. Menara ini sesuai dikunjungi oleh pelajar sekolah dan juga keluarga.

www.liahasty.com
Hangpa juga boleh menikmati makanan di restoran Starsky Restaurant & Lounge di Menara Alor Setar yang terletak di 94 meter dan restoran tertinggi di Kedah Darul Aman. Restoran ini adalah tempat yang sesuai untuk semua majlis seperti perkahwinan, makan malam, makan tengah hari, sambutan ulang tahun dan banyak lagi.

Menara Alor Setar
📍Alamat : Lot 99, Lebuhraya Darul Aman, 05100 Alor Setar, Kedah
⌚Waktu Operasi : Setiap hari, 8.30 pagi hingga 10.30 malam
📞No. Telefon : 04-720 2234
🌎 Laman web : www.menaraalorsetar.com.my

5. Muzium Kota Kuala Kedah

www.liahasty.com
Kalau hangpa mai di area Kuala Kedah, bolehlah singgah tempat bersejarah Muzium Kota Kuala Kedah. Muzim ini juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang yang terletak di tebing utara muara sungai Kedah.

www.liahasty.com
Dulu ia adalah benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang berlaku dalam tahun 1771 waktu pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Dinding pertahanan di buat dengan cangkerang, putih telur dan madu. Benteng ini terkenal disebabkan peperangan antara Kedah & Siam suatu ketika dahulu.

www.liahasty.com
Ada sekolah melayu pertama pada tahun 1912 tetapi disebabkan peperangan dan kini hanya satu sahaja bangunan.

MASUK PERCUMA❗

Muzium Kota Kuala Kedah
📍 Alamat : Jabatan Muzium Malaysia Kampung Seberang Kota 06600 Kuala Kedah, Kedah 
⌚ Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang
📞No. Telefon : 04-741 2152

6. Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman

www.liahasty.com
Salah satu tempat sejarah di Alor Setar ialah yang memperingatkan kita mengenai bagaimana negara kita merdeka iaitu Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman. Rumah ini adalah peninggalan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra di belakang Hotel Royale, Jalan Putera mengembalikan nostalgia kepada perjuangan Tunku dalam memperoleh kemerdekaan negara.

www.liahasty.com
MASUK PERCUMA❗
Anda dibenarkan masuk ke dalam Rumah Merdeka tetapi tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah.

www.liahasty.com
Arkib Negara telah mengambil alih Rumah Merdeka dan mengekalkan keadaan asalnya. Dinamakan Rumah Merdeka kerana di sini urusan Tunku bersama rakan-rakannya  untuk mendapatkan kemerdekaan.

Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman
📍Alamat : Jalan Putra, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah
⌚ Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi - 5.00 petang
📞No Telefon : 04-720 4214

7. Masjid Zahir

www.liahasty.com
Berhadapan dengan Muzim Diraja Kedah, Balai Besar Alor Setar, Balai Seni Negeri Kedah, Balai Besar Alor Setar & Pancuran Medan Bandar Alor Setar adalah Masjid Zahir. Ia merupakan masjid negeri Kedah termegah,tertua & menjadi mercu tanda negeri ini di Malaysia. Masjid ini telah dibina pada tahun 1912 & telah terpilih sebagai salah satu daripada 10 masjid terindah di dunia.

Masjid Zahir
📍Alamat : Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah
📞No. Telefon : 04-733 3288

8. Muzium Diraja Kedah

www.liahasty.com
Muzium Diraja Kedah adalah sebuah bangunan istana lama yang pernah didiami oleh beberapa orang Sultan Kedah.

www.liahasty.com
MASUK PERCUMA❗
Anda dibenarkan masuk ke dalam Muzium Diraja Kedah tetapi tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium. Hanya dibenarkan bergambar di hadapan muzium dan entrance sahaja.

www.liahasty.com
Muzium ini di bangunan istana bekas istana yang dibina pada tahun 1735 mempamerkan koleksi raja-raja.  Pelbagai nama diberikan seperti Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Jepun pernah menduduki istana dan kemudiannya turut dijadikan ibu pejabat beberapa pertubuhan sebelum dibiar tanpa pemerhatian. Pada tahun 1983, istana ini dibaikpulih dan dijadikan Muzium Diraja sempena dengan perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 25 julai 1983.

Muzium Diraja Kedah
📍 Alamat : Muzium Diraja, Medan Bandar, Jalan Raja, 05100 Alor Setar, Kedah 
⌚ Waktu Operasi : Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
📞No Telefon : 04-732 7937

9. Balai Seni Negeri Kedah

www.liahasty.com
Gambar sumber google
Bangunan Balai Seni Negeri Kedah ini asalnya dibina khas untuk Mahkamah Besar pada tahun 1912 dan dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Bangunan ini merupakan bangunan kerajaan moden terawal dibina di bandar Alor Setar.

Balai Seni Negeri menghimpunkan koleksi-koleksi hasil seni khasnya anak tempatan Kedah iaitu golongan pelukis veteren dan pelukis muda yang diantaranya telah berjaya mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa. Selain Seni Lukis, Seni Ukiran Kayu dan Seni Khat juga turut dipamerkan.

Balai Seni Negeri Kedah
📍Alamat : Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah
⌚ Waktu Operasi : Sabtu hingga Khamis, 9 pagi hingga 5 petang
Jumaat, 9 pagi - 12.30 tengah hari, 2.30 petang - 5 petang
📞No. Telefon : 04-732 5752

10. Balai Besar Alor Setar

www.liahasty.com
Balai Besar Alor Setar, Kedah merupakan sebuah balai besar yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 – 1778) pada tahun 1735. Balai Besar terletak di belakang kompleks Istana Kota Setar. Balai ini berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan

 Balai Besar Alor Setar
📍Alamat : Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

11. Pancuran Medan Bandar Alor Setar

www.liahasty.com
Pancuran Medan Bandar Alor Setar adalah salah satu mercu tanda lain untuk Alor Setar, Kedah.
Air pancut ini menunjukkan replika penutup kepala Sultan Kedah ataupun Tengkolok iaitu pakaian tradisional yang dipakai turun-temurun.

Pancuran Medan Bandar Alor Setar
📍Alamat : Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

12. Balai Nobat Alor Setar

www.liahasty.com
Bangunan Balai Nobat Alor Setar ini dibina pada tahun 1907 bagi menggantikan Balai Nobat lama yang diperbuat daripada kayu dan berbumbung zink di era pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid. Nobat dimainkan di dalam Balai ini kerana permainan Nobat ini bukan untuk dipertontonkan kepada masyarakat umum.
Pada masa sekarang, Balai ini digunakan sebagai tempat untuk menyimpan alat-alat permainan Nobat dan juga sebagai satu mercu tanda Bandar Alor Setar sebagai Bandar Diraja.

Balai Nobat Alor Setar
📍  Alamat : Balai Nobat, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah
📞No. Telefon : 04-720 7700
      
13. Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

www.liahasty.com
Salah satu tempat bersejarah yang patut hangpa lawati bila mai Alor Setar ialah Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad. Beliau perdana menteri ke 4 & 7 dan paling lama berkhidmat di Malaysia. Beliau dilahirkan di Alor Setar pada tahun 1925 dan merupakan anak bongsu.

www.liahasty.com
 Ini adalah rumah masa zaman kecil beliau yang masih dipelihara sebagai muzium kecil yang mengandungi kesan keluarga, gambar dan basikal lama ahli politik itu. Hangpa juga dapat menggambarkan suasana  kehidupan awal beliau dari kecil hinggalah sekarang.

www.liahasty.com
Hangpa juga berpeluang untuk melihat sejarah kehidupan Perdana Menteri Malaysia keempat, dari zaman persekolahannya hingga menjadi doktor.

www.liahasty.com
MASUK PERCUMA❗
Ada juga ruang tambahan yang mempamerkan gambar-gambar dan artifak barangan perubatan mengenai Tun Dr.Mahathir 

Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
📍 Alamat : No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah
⌚Waktu Operasi : Jumaat & Isnin, TUTUP
Sabtu, Ahad, Selasa, Rabu & Khamis, 10 pagi hingga 5 petang
📞No. Telefon

14. Pekan Rabu

www.liahasty.com
Pekan Rabu Dibetukan 1921, yang bermaksud "Pasar Rabu", adalah sebuah pusat membeli-belah yang terletak di tengah-tengah Alor Star, ibu negeri Kedah, Malaysia.

www.liahasty.com
Dari dahulu lago Kompleks Pekan Rabu sememangnya menjadi tarikan utama pelancong ke Kedah.

www.liahasty.com
Kalau hangpa mai sini boleh beli pelbagai jenis barang jualan seperti makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah serta produk industri kecil dan sederhana.

Pekan Rabu
📍Alamat : Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah
⌚Waktu Operasi : Setiap hari, 9 pagi hingga 7 malam
📞No. Telefon : 017-7782767

Kedai makanan menarik di sekitar Alor Setar

Alor Setar juga mempunyai restoran dan kedai makan menarik untuk menjamu selera. Anda boleh pilih mengikut citarasa hangpa.

👉Restoran Jeragan Alor Setar👈

www.liahasty.com
 Hangpa boleh menikmati hidangan istimewa di Restoran Jeragan Alor Setar ini sambil menikmati panorama yang indah. Restoran ini menyajikan masakan ala thai, ikan bakar, mee udang dan western.

www.liahasty.com
 Restoran ini juga sedia menerima tempahan awal untuk majlis-majlis makan malam,kenduri kahwin, reunion dan sambutan hari lahir.

www.liahasty.com
Menu di sini boleh ditempah secara set ataupun ala carte. Datang sini jangan lupa cuba ikan masakan ala thai yang sedap.

Restoran Jeragan Alor Setar
📍Alamat : No. 1, Persisiran Jeragan, Ampang Jajar, Lebuhraya Lencong Barat, Alor Setar, Kedah
⌚ Waktu Operasi : Setiap hari dari 5.00pm - 12.00pm (kecuali Hari Isnin)
📞No. Telefon :  019- 5 28 7917
📎 Facebook : https://www.facebook.com/JeraganWaterfrontRestaurant/

👉Restoran Haji Jamil Gulai Ikan Termenung👈

www.liahasty.com
Kalau hangpa memang peminat ikan termenung ataupun ikan kembung boleh mai singgah bersarapan pagi di Restoran Haji Jamil Gulai Ikan Termenung terletak di Batas Paip, Teluk Kechai, Kuala Kedah berdekatan dengan Kilang Bernas. Restoran ini beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat bermula pada 8 pagi hingga 2 petang.

www.liahasty.com
Sajian utama di sini mestilah Gulai Ikan Termenung yang di masak panas dimakan bersama nasi putih, memang sedap 👍 Selain itu ada juga lauk lain seperti sambal sotong, kerang rebus, ikan pari kuah asam, ikan goreng dan sebagainya.

Restoran Haji Jamil Gulai Ikan Termenung
📍Alamat : Km 8,Jalan Batas Paip, Telok Kechai, Kuala Kedah , Kedah Darul Aman 
⌚ Waktu Operasi : Setiap hari pada 8 pagi hingga 2 petang (kecuali hari Jumaat bermula )
👉Restoran Aloq Staq Bamboo Garden👈

www.liahasty.com
Restoran Aloq Staq Bamboo Garden ini menyediakan gabungan menu Thai dan Cina, sesuai untuk hangpa yang sukakan masakan sebegini. Lokasinya sangat strategik di tengah Bandar Alor Setar bersebelahan dengan Masjid Zahir. Masakan disini dimasak tanpa menggunakan sebarang MSG dan menggunakan bahan semulajadi.

www.liahasty.com
Restoran ini telah beroperasi lebih kurang setahun tapi telah mendapat sambutan dari pengunjung. Malah ini merupakan cawangan kedua di mana restoran pertamanya di Summit USJ iaitu Summit Bamboo Garden Chinese Thai Restaurant.

www.liahasty.com
Kalau mai sini jangan lupa singgah makan kat sini. Sumpah sedap bak hang. Inilah menu campuran Thai & Cina yang lazat dan menyelerakan. Menu yang paling best seperti Daging Harimau Menangis, Sotong Telur Masin, & Udang Butter Milk.

Restoran Aloq Staq Bamboo Garden
📍Alamat : Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah
⌚ Waktu Operasi : Setiap hari, 11 pagi hingga 11 malam
📞No. Telefon : 04 - 730 2796
📎 Facebook : https://www.facebook.com/Aloq-Staq-Bamboo-Garden-2494705900748652/

Tempat Penginapan di Alor Setar

👉 Hotel Urban Inn👈

www.liahasty.com
Kalau hangpa mai Alor Setar, Lia nak recommend untuk menginap di Hotel Urban Inn di Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah yang terletak beberapa minit dari pusat bandar Alor Setar. Hotel ini terletak di pusat perniagaan dengan pasar raya besar dan pilihan restoran yang pelbagai berhampiran.

www.liahasty.com
Hotel Urban Inn berkonsepkan kontemporari moden dengan kemudahan spa, ruang urut serta gim untuk kemudahan para tetamu sepanjang penginapan. Hotel gaya moden ini sangat lengkap dan selesa sesuai untuk pengunjung pelbagai dimensi.

www.liahasty.com
Terdapat 3 jenis bilik dengan harga yang berpatutan, antaranya :
1) Superior 100-110 sqft
2) Deluxe 120-130 sqft
3) Super Deluxe 190-200 sqft

www.liahasty.com
Hotel ini juga menyediakan kemudahan lain seperti co-working space, meeting room, & ballroom untuk anda membuat perjumpaan, kenduri, reunion, study group dll/

Urban Inn
📍Alamat : Lebuhraya Sultanah Ampang, 05050 Alor Setar, Kedah
📞No. Telefon : 04 -771 9331
🌎 Laman web : http://urbaninn.com.my/AlorSetar/index.html
📎 Facebook :
📎 Instagram : 

👉 3D Kampung Pengantin @ 3D Diving Centre👈


www.liahasty.com
3D Diving Centre mempunyai pengalaman dan profesional dalam bidang scuba diving untuk para penyelam & ada pakej yang disediakan. Selain itu, mereka ada menyediakan pakej snorkeling trip, fishing trip, boat servives & container chalet.

www.liahasty.com
Manakala di 3D Kampung Pengantin pula menyediakan lokasi untuk disewa untuk apa saja acara, catering service, canopy rental, event management, pa system & stage decoration.

www.liahasty.com
Anda juga boleh menginap di sini untuk menunggu boat transfer ke Pulau Payar keesokkan hari atau berehat apabila pulang dari snorkeling. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini.

www.liahasty.com
Di sini ada juga menyediakan chalet dan bilik untuk bermalam
🔎 Superior Double Single & Superior Queen (RM150 untuk 1 malam)
🔎 Family Deluxe (RM200 untuk 1 malam)

3D Diving Centre
📍Alamat : Kg. Keluncur, Mukim, Kampung Kubang Rotan, 06250 Alor Setar, Kedah



www.liahasty.com

Terima Kasih tak terhingga kepada Tourism Malaysia Wilayan Utara(TMWU) atas jemputan "North Kedah Eco Exploration" selama 3 hari 2 malam dengan pelbagai aktiviti menarik di Kedah sepanjang program.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web dan media sosial:
Facebook : Tourism Malaysia Northern Region
Instagram : @tourismmalaysianorthernregion

You Might Also Like

18 inspiration

  1. Waahhhhh... Bestnya tengok gi bercuti dan dan travel. LH shka travel untuk melihat budaya-budaya orang lain.

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat bercuti ke pulau, dapat snorkeling sambil tengok ikan-ikan yang comel dan cantik, dapat pula makan makanan yang pelbagai, memang heaven

    ReplyDelete
  3. Banyak tempat menarik yang tak pernah pergi lagi. Kami orang kedah tapi kuih bunga pudak pun tak pernah tau kewujudan dia haha adoiii

    ReplyDelete
  4. bestttttt sangattt,rindu nak jalan sama2....paling best sebab dapat naikkan balik industri pelancongan dalam negara .....apapun tahniah lia

    ReplyDelete
  5. Banyak lagi tempat best kat Alor Star ni kena pergi yang pernah pergi Muzium Padi dan juga Menara Alor Star tu jer hehehehe tempat lain pun best juga nak kena balik kg sana lagi ni hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Mmg cantek2 tempat di sini. Suka tgk. Nanti boleh plan bercuti dengan famili

    ReplyDelete
  7. rasanya sejak kawen ngan orang Kedah, baru dua tempat je dalam list tu yang kita pernah pergi..muzium padi dengan pekan rabu..hahaha! menara loqstaq pernah tengok dari luar aje..

    ReplyDelete
  8. Bila baca ni rasa macam dah sampai Aloq Staq. Banyak gak tempat menarik rupanya. Bolehla nak pi menara alor setar tu. Harga tiket pun tak mahai sangat. Pekan Rabu selalu ikut mak singgah beli barang

    ReplyDelete
  9. Bagus ni dah ada senarai tempat menarik Kedah... nanti keadaan dah reda boleh rujuk sini aje untuk ke sana... sebab lama tak balik kampung ni...

    ReplyDelete
  10. Phewwww.. banyak betul tempat menarik di sana ya. Lama dah teringin nak jalan² area Utara dengan anak². Lom kesampaian lagi .. bila pandemik melanda lagi la , masuk wishlist dulu

    ReplyDelete
  11. Bestnya korang jalan3 Alor setar. Rasa nak repeat lagi ke sana. Makanan murah2 n sedap. Lagi best pergi pulau payar tu. Puas hati beb

    ReplyDelete
  12. Kenapala masa study sana tak tau pasl pulau payar.. Haishh. Kalau tak dh lama p.. Beebrapa tempat je tau dn pernah p

    ReplyDelete
  13. Cantiknye lia pic last tu. Hehe. Tak pernah pusing2 jalan kedah. Hope nanti dapat holiday trip dgn family

    ReplyDelete
  14. Nanti jejak Alor Setar boleh la singgah :) Ini nak ke sana sini pun susah sebab covid huu tak berani lagi

    ReplyDelete
  15. Laa banyak gak tempat yg sis blm p kat Kedah ni...selalu mai sini bila nk p Langkawi je tu pun lalu jr cuma pekan Rabu harislah p...

    ReplyDelete
  16. Serius best content about kedah lia ni.. Za selalu je pegi kedah lawat sedara mara tapi xpernah nak explore jalan2 tmpt bersejarah lagi.. Thanks for sharing this

    ReplyDelete
  17. bestnya. dalam banyak2 tu saya cuma pernah pi Pekan Rabu shj. thanks sharing

    ReplyDelete
  18. Semua tmpt lia mention, AM dah penah singgah kecuali yg pantai payar tue je.. Nanti ada masa nak singgah la..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community