Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park

February 17, 2020

Salam dan Hai semua, 

www.liahasty.com

Pada 30 Disember 2019 yang lepas, Lia berkesempatan snorkeling seharian di Pulau Payar Langkawi.  Lia tak berkeseorangan di mana bersama kawan blogger dan travel agent yang lain menyertai famtrip "North Kedah Eco Exploration" anjuran Tourism Malaysia Northern Region. Famtrip kali ini selama 3 hari 2 malam bertempat di sekitar Alor Setar dan juga Pulau Payar. Memang dah lama Lia idamkan nak ke sana dan kali ini trip travel untuk penghujung tahun 2019. Akhirnya sampai juga ke Pulau Payar 😄

Jika anda bercuti ke Alor Setar ataupun ke Pulau Langkawi, kalau boleh anda perlu singgah ke Pulau Payar. Tetapi anda perlu mengambil masa selama 1 hari untuk spent masa anda menikmati keindahan dasar laut dengan snorkeling.

Pengenalan Pulau Payar

Pulau Payar  adalah sebuah pulau di Kedah, Malaysia. Status Pulau Payar ini sebagai taman laut menawarkan perlindungan untuk kehidupan lautnya yang pelbagai. Pulau Payar juga merupakan tempat snorkeling dan menyelam (scuba diving) yang terkenal dengan kepelbagaian spesies terumbu karang. Aktiviti memancing adalah dilarang sama sekali di sini oleh Jabatan Taman Laut Negeri Kedah. Di sini juga merupakan pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin.

Lokasi Pulau Payar
www.liahasty.com

Pulau Payar tidak termasuk dalam kepulauan Langkawi dan terletak agak jauh kira-kira 30 km dari Langkawi. Lebih kurang 1 jam perjalanan dengan bot. Berdekatan dengan Pulau Payar terdapat beberapa pulau lain seperti Pantai Damai, Pulau Kaca and Pulau Lembu.

Pengangkutan ke Pulau Payar

Jika anda dari Langkawi, anda akan ke Pulau Payar menaiki feri dari jeti Kuah dan perjalanan mengambil selama 45 minit. (Harga pakej bermula dalam anggaran RM150 - RM 200)

Jika anda dari Pulau Pinang, anda boleh menaiki feri dan perjalanan mengambil selama 2 jam.(Harga pakej bermula dalam anggaran RM 250 - RM 300)

Manakala kami semua dari Alor Setar dan tidak melalui Pulau Langkawi, kami menaiki bot dari jeti Ampang Jajar terus menuju ke Pulau Payar. mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park, Langkawi, Kedah

Dah memang lama teringin nak ke Pulau Payar  mestilah excited. Sebelum ini pernah plan nak kesana dari pulau Langkawi. Tapi kali ini Lia berpeluang ke Pulau Payar dengan menaiki bot dari jeti Ampang Jajar. Sebelum itu kami ke 3D Kampung Pengantin @ 3D Diving Centre di Kampung Kubang Rotan, Alor Setar dimana kami akan pergi ke Pulau Payar bersama mereka.

Breakfast di 3D Diving Centre

www.liahasty.com
📌Seawal 7 pagi kami bergerak dari hotel menuju ke 3D Diving Centre.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌 Breakfast nasi lemak bersama teh panas sebelum menaiki bot.

www.liahasty.com
📌Sebelum itu kami diberi penerangan oleh kakitangan 3D Diving Centre dan salah seorangnya bernama Remy Ahmad.

www.liahasty.com
📌 Okay Lia dah ready nak ke Pulau Payar. Yuhu 😎 Apa pun jangan lupa pakai sunblock sebab memang cuaca panas terik.

Perjalanan menaiki bot ke Pulau Payar

www.liahasty.com
📌Bot besar 2 tingkat dah ready menanti kami semua.

Sebelum tu Lia nak tunjuk kat korang semua, macam mana rupa dalam bot tu kan. Mesti korang tak sabar nak tahu kan. Bot ini boleh memuatkan maksimum 24 orang dalam satu masa.

www.liahasty.com
📌 Ada tempat beristirehat ada tilam ada bantal, memang boleh baring & sambil menonton TV

www.liahasty.com
📌Ni tangga nak turun tingkat bawah kalau nak korang nak privacy sikit.

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌 Inilah tempat tidur 2 tingkat di tingkat bawah lepas turun tangga (Macam tingkat basement) Untuk korang yang kepenatan, mabuk laut boleh lah rehat sekejap kat sini. Lia pun sempat tidur sekejap sepanjang perjalanan, maklumlah lama kan perjalanan.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌 Karoeke On Board 
Siap boleh karoeke beramai-ramai dalam tu. Memang tak bosan lah korang sepanjang perjalanan. Yang suka menyanyi tu memang berbaloi.

www.liahasty.com
📌Kemudahan tandas & bilik mandi juga ada untuk para pengunjung yang nak mandi, bertukar pakaian dsb. So jangan risau sepanjang perjalanan memang selesa.

Kalau dah boring duduk dalam bot, boleh keluar dan lepak di sekeling bot. Boleh juga naik ke bahagian atas. Dalam perjalanan boleh tengok pemandangan sekeliling dan laut.

www.liahasty.com
📌 Sempat berposing di hujung bot yang melalui Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌Boleh juga beriadah santai di sekeliling bot.

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌Boleh juga beriadah di bahagian atas. Tapi makesure pakai life jacket untuk safety.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌Bahagian atas ada tempat pemandu bot.

www.liahasty.com
Kami pun sampai di Pulau Payar setelah hampir 2 jam kami di atas bot. Bot berhenti di titi platform plastik dan pengunjung perlu berjalan kaki melaluinya untuk ke darat. Dari sini dah boleh nampak betapa jernihnya air dan ikan-ikan berenang. Bot berhenti agak jauh dan tidak dibenarkan di kawasan pantai untuk mengelakkan boat merosakkan batu karang dan pembiakan ikan.

Pemandangan di Pulau Payar

www.liahasty.com
📌 Titi platform plastik yang kami rentas tadi.

www.liahasty.com
📌Dari jauh dah boleh nampak papan tanda besar Pulau Payar Marine Park

www.liahasty.com
📌Ada juga satu platform besar untuk pelancong di sini.

www.liahasty.com
📌Ada nampak tali sempadan di mana pengunjung boleh snorkeling di kawasan yang dibenarkan.

www.liahasty.com

Pulau Payar memang nampak simple dan hanya sesuai untuk aktiviti berkelah dan snorkeling. Pulau ini tidak mempunyai sebarang hotel, homestay atau chalet untuk penginapan kecuali kakitangan Jabatan Taman Laut Negeri Kedah yang bertugas. Hanya ada bangku, kerusi, meja dan payung di tepi pantai untuk pengunjung berteduh. Ada kemudahan tandas, bilik mandi & bilik persalinan pakaian. Warung dan kedai kecil menjual makanan ringan juga ada di tepi pantai. Pulau ini memang hanya persinggahan untuk aktiviti snorkeling di siang hari sahaja.

Snorkeling di Pulau Payar

Sebelum snorkeling, kami disediakan snorkeling equipment oleh  3D Diving Centre seperti life jacket & snorkeling mask. Kalau boleh Lia nasihatkan memakai aqua shoes ataupun snorkeling shoes untuk mengelakkan kaki anda terpijak terumbu karang. Dalam masa yang sama akan protect kaki ketika berjalan di atas pasir dan terpijak batu.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌 Masa ni kami dah di tengah laut, ombak kuat sangat dan cepat sangat dah sampai ke tengah.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌 Semua dah kepenatan terus pergi dekat dengan pantai. Cuba tengok air kat sini betapa jernih dan cantik. 

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com



Anyway masa ramai-ramai di tengah laut, boleh snorkeling tetapi ombak kuat sangat dan banyak kali dipukul ombak. Kami terus lawan ombank pergi dekat dengan pantai. Rupanya tak payah nak pergi jauh tengok ikan, di pesisiran pantai pun dah sesuai untuk snorkeling. Di sini ada pelbagi saiz ikan-ikan ada yang besar dan ada juga anak kecil. Boleh nampak banyak jenis ikan yang berwarna-warni seperti merah, hijau, biru, & oren. Kalau anda bertuah anda boleh nampak ikan jerung. Kalau rasa kaki macam gatal mungkin anak ikan sedang gigit kaki.

Picnic Lunch di Pulau Payar

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌 Menu makan tengah hari kami semasa di Pulau Payar : Nasi putih, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kicap, Sambal Belacan & ulam-ulaman.

www.liahasty.com
📌 Bila dah penat main air mesti akan lapar, so makanlah sepinggan dulu.

Bila sampai ke Pulau Payar, kami semua ke hujung pantai sikit yang ada tempat berteduh berbumbung untuk kami yang ramai untuk berkelah. Dah seharian kat sana kan, kalau penat ke dahaga ke boleh naik dah rehat dulu sekejap. Yang paling best siap bawa buah mangga, jambu batu & kuah rojak sebab nak mencicah😂 3D Diving Centre menyediakan 3 meals on board ya kalau anda ambil pakej dari mereka.

Pulang ke Kuala Kedah dari Pulau Payar

www.liahasty.com
📌 Inilah bot besar 2 tingkat yang bawa kami pergi dan pulang ke Pulau Payar.

Dah penat main air, snorkeling & tengok ikan cantik di laut Pulau Payar, its time go to back home 😓 Alah rasa sekejap lah pula kan. Kami terpaksa dipecahkan kepada 2 group untuk menaiki bot kecil sebelum naik ke bot besar disebabkan air surut.

www.liahasty.com
📌Sebelum itu sempat lagi bergambar dengan kawan-kawan dengan latar belakang laut Pulau Payar yang cantik dan jernih.

Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, kami sempat melihat beberapa pemandangan menarik yang cantik. Anyway laut di negara kita pun dah cukup cantik.

www.liahasty.com
📌Beberapa kapal nelayan di tepi laut.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pengkalan Kuala Kedah

www.liahasty.com
📌Muzium Kota Kuala Kedah

www.liahasty.com
📌Bot nelayan

www.liahasty.com
📌Kawasan Paya Bakau

www.liahasty.com
Kami sampai lebih kurang 6.00 petang di jeti yang kami naik pagi tadi. Van pun dah menunggu kami untuk pulang. Kami di bawa ke 3D Diving Centre sebelum pulang ke hotel untuk minuman petang.

www.liahasty.com
📌Sempat menjamu selera bihun goreng bersama kuih-muih dan segelas air oren

3D Kampung Pengantin @ 3D Diving Centre

www.liahasty.com
3D Diving Centre mempunyai pengalaman dan profesional dalam bidang scuba diving untuk para penyelam & ada pakej yang disediakan. Selain itu, mereka ada menyediakan pakej snorkeling trip, fishing trip, boat servives & container chalet. Manakala di 3D Kampung Pengantin pula menyediakan lokasi untuk disewa untuk apa saja acara, catering service, canopy rental, event management, pa system & stage decoration.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
 Di sini ada juga menyediakan chalet dan bilik untuk bermalam 
🔎 Superior Double Single & Superior Queen (RM150 untuk 1 malam)
🔎 Family Deluxe (RM200 untuk 1 malam)

3D Kampung Pengantin @ 3D Diving Centre
📪 Kg. Keluncur, Mukim, Kampung Kubang Rotan, 06250 Alor Setar, Kedah

Apa yang perlu di bawa ketika snorkeling di Pulau Payar

www.liahasty.com
✅ Pakaian renang yang bersesuaian
✅ Aqua shoes (lindungi kaki anda)
✅ Sunblock/Sunscreen
✅ Waterproof bag/Drybag (untuk simpan barang peribadi)
✅ Waterproof casing untuk handphone & camera
✅ Baju salin (boleh tukar di tandas)
✅ Tuala Mandi
✅ Air Mineral
✅ Makanan Ringan
✅ Camera (untuk rakam setiap detik di sana)
✅ Power Bank 
✅ Topi
✅ Sunglass

Keistimewaan Pulau Payar
📌 Air laut yang jernih & memang sesuai untuk snorkeling
📌 Kaya dengan pelbagai spesies terumbu karang
📌 Pelbagai jenis & spesies ikan
📌Selain ikan, ada juga hidupan laut lain seperti gamat, timun laut, rumpai laut dsb.
📌Pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin.

Amaran ❗ Dilarang melakukan ini di Pulau Payar :
❌ Tidak dibenarkan memancing sama sekali
❌ Dilarang memberi makanan kepada ikan dan juga menyentuh ikan.
❌ Jangan buang sampah anda ke dalam air.
❌ Jangan berdiri di atas batu karang
❌ Pakai jaket keselamatan dan berenang tanpa sirip untuk mengelakkan diri anda berdiri di atas karang.

Pakej yang ditawarkan oleh 3D Diving Centre

Untuk anda semua yang ingin ke Pulau Payar dari Alor Setar seperti pengalaman yang Lia ceritakan, anda boleh hubungi pihak 3D Diving Centre untuk tempahan.

Snorkeling @ Pulau Payar

💲RM150 pax
👉 3 meals on board
👉 Karoeke on Board
👉 Snorkeling Equipment
👉 Guide
👉 Marine Park Fee

Boleh hubungi 📞
🤙 +6012 535 1956 (Remy)
🤙 +6011 6988 4816 (Ayu Riqa)

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :

📎 Facebook : https://www.facebook.com/letsg0travel/
📎 Instagram : https://www.instagram.com/letsgotravel.my/?hl=en




Terima Kasih tak terhingga kepada Tourism Malaysia Wilayan Utara(TMWU) atas jemputan "North Kedah Eco Exploration" selama 3 hari 2 malam dengan pelbagai aktiviti menarik di Kedah sepanjang program.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web dan media sosial:
Facebook : Tourism Malaysia Northern Region
Instagram : @tourismmalaysianorthernregion

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community