Hong Kong | Terbang bersama Dragon Air & mendarat di HK International Airport

January 25, 2016

Salam & Hai semua.

Lia nak berkongsi pengalaman bercuti ke Hong Kong bersama flight Dragonair beberapa minggu lepas. Ini merupakan company trip ataupun rombongan 'Mak Kiah' bersama officemates. Trip kami selama 6 hari ke negara Hong Kong, Macau, Shenzen dan Zuhai. Kami mulakan perjalanan pertama kami ke Hongkong.



Dragon Air


Sejarah Dragon Air :

Hong Kong Dragon Airlines Limited , beroperasi sebagai Dragonair, adalah sebuah syarikat penerbangan serantau antarabangsa berpangkalan di Hong Kong, dengan ibu pejabat korporat, Dragonair House, dan hab utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Pada 30 Oktober 2013, syarikat penerbangan itu mengendalikan rangkaian penumpang berjadual ke 44 destinasi di 13 buah negara dan wilayah di seluruh Asia. 

Selain itu, syarikat penerbangan itu mempunyai 3 codeshares di laluan yang dihidangkan oleh syarikat penerbangan rakan kongsi. Ia mempunyai armada semua Airbus 41 pesawat, terdiri daripada A320, A321s dan A330. 


Dragonair merupakan anak syarikat milik penuh syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific, dan merupakan ahli gabungan perikatan syarikat Oneworld.

 Syarikat penerbangan itu telah ditubuhkan pada 24 Mei 1985 oleh Chao Kuang Piu, pengerusinya kehormat syarikat penerbangan itu. Penerbangan sulungnya berlepas Hong Kong di Kota Kinabalu, Malaysia selepas diberikan sijil pengendali udara ini (AOC) oleh Kerajaan Hong Kong pada Julai 1985. 

Pada tahun 2010, Dragonair, bersama-sama dengan induknya, Cathay Pacific, yang dikendalikan lebih 138,000 penerbangan, yang dijalankan hampir 27 juta penumpang dan lebih 1,80 bilion kg kargo dan mel. 


Tiket Dragonair :

Dragonair akan mengeluarkan tiket untuk setiap passenger termasuk nama beserta nombor tempat duduk.


Tiket ketika perjalanan pergi, Penang ke Hong Kong


Tiket ketika perjalanan pulang,  Hong Kong ke Penang 



Sewaktu tiket pulang, kami disertakan map pintu masuk selepas Security check & Immigration supaya tidak sesat. Hong Kong International Airport tersangatlah besar.


Keperluan penting untuk masuk ke Hong Kong :

Dokumen penting ketika travel luar negara ialah PASSPORT. Hong Kong tidak memerlukan VISA seperti China untuk memasuki negara tersebut. Sebelum keluar dari flight, flight attendant akan memberikan borang "Arrival Card". Isi dokumen lengkap tersebut dan serahkan kepada Immigration Department Hong Kong nanti. Jangan hilangkan salinan borang tersebut.

Borang "Arrival Card" ketika perjalanan pergi, Penang ke Hong Kong


Borang "Arrival Card" ketika perjalanan pulang, Shenzen ke Hong Kong



Kastam Immigration Hong Kong akan menyerahkan kertas kecil ataupun resit sebagai tanda masuk ke negara Hong Kong. Negara Hong Kong, Macau dan China tiada cop passport. Mungkin itulah prosedur negara tersebut.


 Seat Configuration :

Kami menaiki pesawat model Airbus wide-body  A330 - 300 - A33C, sesuai untuk penerbangan jarak jauh, paling besar dan mempunyai enjin berkembar A330 series.




Pesawat Airbus A330 - 300 - A33C tidak mempunyai seat untuk First Class. Hanyalah seat business class sebanyak 42 No. dan Economy class sebanyak 265 No. Jangan risau seat di dalam pesawat ini tidak terlalu sempit dan selesa untuk perjalanan jauh. Perjalanan Lia di seat Economy ketika perjalanan pergi di No. 55E dan perjalanan pulang di No. 53H .


Tempoh Perjalanan :

Perjalananan Penang ke Hong Kong dan juga return adalah lebih kurang 4 jam. Perjalanan tidak akan bosan dengan hidangan makanan, tidur ataupun melayan movie/lagu.


Baggage allowance :

Perjalananan Penang ke Hong Kong disediakan sebanyak 30 kg untuk check-in-baggage. Memang muat nak bawa beg besar saiz 28' kalau perjalanan ambil masa seminggu. Untuk carry-in-baggage hanya 5 kg.


Hidangan makanan :

Jangan risau Dragonair menyediakan hidangan menu makanan yang lazat ketika perjalanan. Memang sedap dan terbaik. Boleh makan sambil layan movie atau pun lagu.


Menu ketika perjalanan pergi : Nasi putih, Ikan dan sayur bendi +  salad udang + kek buah + aiskrim Haagen Dasz



Menu ketika perjalanan pulang : Nasi beriani, kurma kambing dan sayur kacang panjang + buah-buahan + aiskrim Haagen Dasz


Tisu basah + Sudu Garfu akan disediakan sekali. Yang penting pencuci mulut hidangan aiskrim Haagen Dasz.


Perjalanan dari Hong Kong ke Penang, flight attendant akan menghantar dulu muslim food kepada passenger muslim. Kemudian barulah menghantar kepada passenger lain. Jangan risau pasal makanan okay!



Pelbagai hidangan air yang disediakan termasuklah jus buah. My favorite plain water & apple juice. Selepas menjamu selera, flight attendant akan datang menghidangkan air kopi atau teh. Boleh minta extra susu dan gula!


Entertainment :



Pesawat Airbus A330 - 300 - A33C mempunyai screen di setiap tempat duduk.



Anda tidak akan jemu dengan tayangan movie, drama tv, cartoon, games, mp3 dan lain-lain. Map perjalanan, masa ketibaan dan suhu akan di update dari masa ke semada. Jangan risau Dragonair akan menyediakan headphone untuk semua passenger. Nak cas handphone ketika perjalanan, USB Port ada disediakan.


Hong Kong International Airport

Sejarah HKIA :

 Hong Kong International Airport merupakan lapangan terbang utama di Hong Kong. Ia terletak di pulau Chek Lap Kok, yang sebahagian besarnya terdiri daripada tanah tebus guna untuk pembinaan lapangan terbang itu sendiri. Lapangan terbang ini juga colloquially dikenali sebagai Lapangan Terbang Chek Lap Kok (赤 鱲 角 機場), untuk membezakannya dengan lapangan terbang sebelumnya, Lapangan Terbang Kai Tak ditutup.

Lapangan terbang ini telah beroperasi komersial sejak tahun 1998, menggantikan Tak Lapangan Terbang Kai. Ia adalah sebuah pusat pindah kapal, hab penting serantau penumpang dan pintu masuk bagi destinasi di tanah besar China (dengan 45 destinasi) dan seluruh Asia. Lapangan terbang ini adalah pintu masuk kargo paling sibuk di dunia dan salah satu daripada lapangan terbang penumpang yang paling sibuk di dunia. Ia juga rumah kepada salah satu daripada terbesar bangunan terminal penumpang di dunia (yang terbesar apabila dibuka pada tahun 1998).

Lapangan terbang ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong 24 jam sehari dan merupakan pusat utama untuk Cathay Pacific (syarikat penerbangan Hong Kong), Dragonair, Hong Kong Syarikat, Hong Kong Express Airways dan Air Hong Kong (pengangkut kargo). Lapangan terbang ini merupakan salah satu hab perikatan Oneworld, dan ia juga merupakan salah satu hab kargo Pasifik Asia untuk UPS Airlines. Ia adalah sebuah bandar tumpuan banyak syarikat penerbangan termasuk China Airlines dan China Eastern Airlines. Singapore Airlines, Ethiopian Airlines, dan Air India menggunakan Hong Kong sebagai tempat persinggahan penerbangan mereka.

HKIA adalah penyumbang penting kepada ekonomi Hong Kong, dengan kira-kira 65,000 pekerja. Lebih daripada 100 syarikat berikut mempunyai penerbangan dari lapangan terbang ke lebih 180 bandar-bandar di seluruh dunia. Pada tahun 2014, HKIA dikendalikan 63300000 penumpang, menjadikannya lapangan terbang paling sibuk ke-10 di seluruh dunia dengan trafik penumpang. Ia juga melepasi Lapangan Terbang Antarabangsa Memphis menjadi lapangan terbang paling sibuk di dunia dari segi trafik kargo. 

- Sumber dari Wikipedia -


HKIA adalah salah sebuah airport yang sangat besar.



Setiap waktu akan dipenuhi orang ramai.




HKIA mempunyai kemudahan public transport, shopping mall, restoran, foodcourt, dan banyak lagi. Haritu pun tak sempat nak ronda semua kawasan. Tersangatlah besar.



Selain itu, kemudahan tandas dan surau juga disediakan. Tandas yang besar dan bersih. Untuk muslim, jangan risau mengenai tempat solat, ada disediakan besar dan sangat selesa.

Maklumat lanjut, boleh lawat website http://www.hongkongairport.com/eng/index.html


Halal Food at Hong Kong

Popeyes Chicken and Biscuit :



Selepas check in luggage, ada lebih kurang 2 jam masa menunggu ketibaan flight. Ada salah sebuah restoran halal di Hong Kong International Airport, iaitu Popeyes Chicken and Biscuit di Tingkat 7. Menu nya seakan-akan KFC, ada Combo Set No. 3 : ayam goreng  + fries  + bun  + soft drink berharga HK$ 66 = RM38 . Logo halal terpampang di hadapan restoran. Mudah dicari sederet dengan restoran makanan yang lain. Sedap dan juga mengeyangkan.

Address : Level 7, Depatures Check-in Hall aisle E, Terminal 1, Hong Kong International Airport, Hong Kong

Operation hour : 6.30am until 11.30pm



View dari tepi tingkap :

 Goodbye Hong Kong, See you again next time.



Hey Penang, Im coming home.


Jangan lupa untuk mencuba menaiki flight Dragonair.


Itu sahaja update untuk kali ini, tunggu next entry mengenai tempat menarik di Hong Kong.



You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community