Aplikasi kamus di peranti smartphone dari AppleTree Dictionary

12:19:00 PM

Salam dan Hai.

Kamus.
 Apa itu kamus? 
Semua orang sudah tahu apa itu kamus dan kewujudan kamus.

Kamus adalah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata. Ia berfungsi untuk membantu seseorang mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai pedoman sebutan, asal usul (etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. (info dari Wikipedia)

Kebanyakkan pelajar sekolah rendah, menengah atau universiti, guru dan juga orang lain di luar sana banyak menggunakan kamus untuk rujukan. Mereka akan membawa dan mengusung ke sana sini. Saiznya yang besar dan berat menyukarkan dan membebankan untuk di bawa.

Kini, tak perlu lagi membawa kamus ke sana-sini. Hanya menggunakan aplikasi dari "AppleTree Dictionary". Anda hanya perlu memuat turun (download) sahaja dari aplikasi smartphone anda. Semuanya di hujung jari anda.





Jika anda pengguna smartphone Android seperti saya, anda hanya perlu mencari aplikasi "AppleTree Dictionary" di Play Store dan memuat turun (download) dalam masa yang singkat.


Segala keterangan dan maklumat lanjut dikemukakan di aplikasi "AppleTree Dictionary"

AppleTree Dictionary merupakan pangkalan data terbesar dalam kamus menyeluruh berbilang bahasa, 20 jenis kamus penuh, semuanya dimampatkan ke dalam aplikasi yang sangat senang dan cantik pada peranti (smartphone) anda sendiri.


Rate dan Review dari pengguna aplikasi "AppleTree Dictionary".


Golongan yang sesuai menggunakan aplikasi "AppleTree Dictionary"?

Sesuai untuk semua peringkat umur, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej/universiti, guru dan lain-lain.




Apa yang akan dapat dari aplikasi "AppleTree Dictionary" ?

- 8 kamus Melayu termasuk Kamus Dewan dari Dewan Bahasa dan Pustaka
- 5 Kamus Inggeris termasuk Person Longman Dictionary
- 5 kamus Cina Mandarin
- 1 kamus Matematik (dalam bahasa Inggeris)
- 1 kamus Sains (dalam bahasa Inggeris)


Ciri-ciri aplikasi "AppleTree Dictionary"?

1. Akses di luar talian - Tidak perlu sambungan internet untuk semua kandungan kecuali sebutan Bahasa Melayu.
2. Search Engines - Carian perkataan atau ayat dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Cina.
3. Kandungan - termasuk frasa, ayat sampel, kata dasar, kata terbitan / imbuhan, kata ganda, dan lain-lain
4. Sebutan penuh pada kata-kata bahasa Inggeris dan tulisan Cina.


Contoh-contoh penggunaan AppleTree Dictionary :

Kamus Sinonim & Antonim :

Kamus Inggeris Melayu Dewan :

Kamus Dewan :

Kamus Peribahasa :

Kebaikan penggunaan aplikasi "AppleTree Dictionary"?

1) Tidak perlu menggunakan laptop dan "Google" di laman web mengenai kamus atau makna yang anda kurang fahami
2) Mudah dan senang hanya perlu menggunakan smartphone
3) Kesemua maksud semua jenis kamus anda - Melayu, Inggeris, Cina, Matematik dan Sains
4) Tidak perlu membawa kamus yang berat dan besar
5) Sesuai untuk semua golongan


Terma dan syarat:

1. Hanya SATU kod pengaktifan adalah untuk satu pendaftaran peranti sahaja.
2. Max. 2 kali pemulihan akan dibenarkan bagi setiap kod pengaktifan.
3. Apabila tiada pengaktifan selepas satu tahun dibeli, kod ini akan tamat.


Selamat mencuba! Jom support AppleTree Dictionary

You Might Also Like

1 inspiration

  1. Informatif post ni. Suka kamus..kadang lambat nak google maksud perkataan

    ReplyDelete

Follow by Email

Like us on Facebook

Hastylia Attire


www.facebook.com/hastyliaattire
www.instagram.com/hastylia.attire

Google+ Followers