Asam Laksa di Gurney Drive Hawker Centre, Pulau Pinang

3:58:00 PM


Salam dan Hai semua.

Pulau Pinang syurga makanan itulah ungkapan yang sering diberikan kepada negeri pulau mutiara ini. Asam Laksa juga merupakan salah satu makanan popular di Pulau Pinang. Lia akan kongsikan salah satu gerai laksa yang sering jadi kunjungan ramai pengunjung.



Di Gurney Drive Hawker Centre, terdapat banyak gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan antaranya sate, mee, sup, popiah, pasembur dan macam-macam lain. Ada banyak juga gerai menjual asam laksa. Salah satu kedai Asam Laksa menjadi pilihan Lia ialah Gerai No 54.


Gerai Asam Laksa bernombor 54 berada di tengah-tengah kawasan gerai dan mudah dicari berdasarkan signboard kedai. 



Gurney Drive Hawker Centre menyediakan banyak kerusi dan meja untuk keselesaan pelanggan. Pengunjung juga boleh membeli makanan dan minuman dari gerai lain dan makan di meja yang sama.

Anda hendaklah 'Self Service' membeli Asam Laksa disini secara bungkus atau makan di sini,


Kuah Asam Laksa yang panas dihidangkan kepada pelanggan.


 Persekitaran gerai yang bersih dan juga dalam penyediaaan asam laksa.




Semangkuk laksa dihidangkan kuah dengan hirisan timun, salad, bawang merah, daun pudina dan cili. Rasanya sedap meliputi semua pedas dan masam.


Harga untuk semangkuk Asam Laksa, RM4.00 untuk saiz kecil (Small) dan RM5.00 untuk saiz besar (Big).


Semangkuk hidangan laksa sedap diminum bersama segelas air 'buah mata kucing" ataupun longan berharga RM2.00 .


Selamat Mencuba!

Asam Laksa

Alamat : Gerai No. 54, Gurney Drive Hawker Centre

Waktu Operasi :
Setiap hari, lebih kurang 11.00am hingga 1.00 pm

You Might Also Like

15 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident activewear Airport Althea Althea Korea Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal BBQ beautifulwithtropika Beauty Beauty Blogger Beauty Product Blog Review Blogger Contest blogreview Buddies Forever Cafe Cathay Pacific Cenderahati China Coffee Srub Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Emergency Triangle Event Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Ghost Musuem Great Wishes Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel hotpants Ice Cafe Iitalian food Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel italian food Johor Jom Makan jonlivia Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak KL Cafe Klang Parade Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink lovetropika Macau Makan Malam Makeup Malaysia Marios Italian Restaurant Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak naturalskincare Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review productreview Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip shurahmalaysia shurahmy. shurahariana shurahpencerah Simply Delicious Souvenir sport Steamboat Stokin styleperformanceandyou Stylo Shot from My Closet Suplemen syampu Terangganu Thailand Trang Traveloka TV Show Vacation Trip viva la pasta wanitaberhijab WD-40 Wordless Wednesday Zuhai