Singkirkan bulu roma tanpa bercukur untuk Kulit Kering dengan Veet Removal Cream

September 17, 2017

Salam dan Hai semua,

Entry blog yang lepas Lia berkongsi rahsia bercukur bulu roma tanpa bercukur bersama Veet Hair Removal Cream untuk kulit normal bukan? 



Hari ini Lia nak berkongsi pula bercukur untuk kulit yang kering dengan menggunakan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream. Sebagai pengguna, anda harus bijak memilih produk mengikut jenis kulit anda.

Penggunaan produk Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream ini memang mengurangkan semua masalah ketika bercukur, tidak akan luka sama sekali, tidak menghabiskan wang untuk membeli pisau cukur, dan tidak perlu meluangkan masa yang agak lama.

Jangan risau wahai kaum wanita yang mempunyai masalah kulit kering ketika bercukur. Kini Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream membantu anda dan anda akan berpuas hati dengan hasilnya.


 Anda hanya perlu meluangkan masa selama 3 minit sahaja. Diulangi 3 minit sahaja!


Kelebihan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream ialah Suprem 'Essence adalah formula kecantikan untuk Kulit Normal dan Kering. Ia diperkaya dengan adunan minyak pati dan diberi sentuhan keharuman bunga velvet rose. Oleh itu, kulit anda bukan sahaja licin malah kulit yang lembut dan menyihatkan. Petumbuhan semula bulu juga turut lembut.


Kandungan Kotak Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream





1 x 90ml tiub
1 x Spatula
(Boleh didapati dalam 200ml)



Teksturnya yang ringan dan bau yang menyegarkan. Saiznya yang mudah dipegang.

Bahan-bahan (Ingredients)

Aqua, Urea, Potassium Thioglycolate, Paraffinum Liquidum, Alkohol Cetearyl, Calcium Hydroxide, Talc, Ceteareth-20, Gliserin, Sorbitol, Parfum, Potassium Hydroxide, Magnesium Trisilicate, Propylene Glycol, Lithium Magnesium Sodium Silicate, Butyrospermum Parkii Butter, , Citrus Aurantium Dulcis Peel Oil, Citrus Grandis Peel Oil, Benzyl Alkohol, Acrylates Copolymer, Linalool, Silica Hidrasi, Butylphenyl Methylpropional, CI 77891

Kulit yang licin dengan hanya 3 langkah






Sebelum menggunakan, sila baca dahulu langkah berjaga-jaga. Boleh rujuk di sebelah sisi kotak.

1. Menggunakan bahagian lengkung spatula, ratakan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream di kawasan yang diingini.

2. Biarkan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream  pada kulit anda selama 3 minit, dan gunakan spatula untuk menanggalkannya. Sekiranya bulu keluar dengan mudah, gunakan hujung spatula yang lebih luas atau lebih sempit bergantung kepada bahagian badan, untuk menghapuskan selebihnya. 

Sekiranya ada sisa yang tidak tertanggal, anda boleh meninggalkan krim selama 6 minit lagi - tetapi jangan tinggalkan terlalu lama.

3. Bilas kulit anda dengan air untuk dan keringkan.


Jenis Kulit
Kering

Masa Persediaan
3 - 6 minit

Tempoh
Keputusan yang agak pantas

Kawasan badan yang sesuai
Kaki
Garisan bikini
Di bawah lengan
Lengan


Langkah berjaga-jaga (Precautions)

Simpan pembungkusan luar untuk semua panduan. Baca & ikut semua langkah berjaga-jaga dan arahan sebelum penggunaan.

1. Jumlah masa penggunaan tidak boleh melebihi 6 minit.

2. Sesuai untuk digunakan pada kaki, lengan, bawah lengan & garis bikini. TIDAK SESUAI untuk digunakan di kepala, muka, mata, hidung, telinga, keliling dubur, kemaluan, puting atau mana-mana bahagian badan yang lain.

3. Jangan guna pada kulit yang mempunyai vena varikos, parut, tahi lalat, berbintik-bintik, pecah, rengsa, terkena selaran matahari atau kulit yang pernah mengalami kesan tidak diingini daripada penggunaan krim penanggal bulu roma pada masa lepas. Sentiasa peruntukkan selang masa 72 jam antara sesi menanggalkan bulu roma. 

4. Dapatkan kepastian daripada doktor anda sebelum penggunaan jika anda sedang mengambil ubat yang boleh menjejaskan kulit, jika anda menghidap sebarang masalah berkaitan kulit, atau jika anda mengalami keadaan yang boleh menjejaskan kulit. 

5. Sebelum setiap penggunaan, UJI TINDAK BALAS KULIT ANDA dengan menyapu dan melurut produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat, dengan mengikut semua arahan penggunaan.  Jika selepas 24 JAM tiada kesan tidak diingini, anda boleh terus menggunakan produk.

6. Jika anda mengalami sebarang rasa pedih/menggelenyar semasa penggunaan, segera lurutkan produk dan bilas dengan air sejuk hingga bersih. Jika rasa pedih berterusan, dapatkan nasihat perubatan. 

7. Kulit mungkin lebih sensitif seketika selepas penggunaan. Jadi, jangan garu. 

8. Selepas penggunaan, kami syorkan anda tunggu 24 jam sebelum menggunakan sebarang produk anti peluh, produk wangian, menggunakan alat pemerangan kulit tiruan, berenang atau berjemur di bawah matahari.

9. SIMPAN DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH DILIHAT DAN DICAPAI OLEH KANAK-KANAK.

10. Sekiranya tertelan, segera dapatkan nasihat perubatan dan tunjukkan pembungkusan luar.

11. Elakkan terkena mata. Sekiranya terkena mata, segera bilas dengan banyak air dan dapatkan nasihat perubatan.

12. Mengandungi alkali dan thioglycolate.

13. Produk boleh menyebabkan permukaan menjadi licin.

14. Elakkan tumpahan di atas permaidani, pakaian dan lantai.


Kebaikkan menggunakan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream

1) Harga berpatutan

2) Saiznya yang mudah dibawa ke mana sahaja mahupun travel

3) Menjimatkan masa

4) Tidak menyakitkan atau melukakan

5) Boleh buat di rumah atau di mana-mana sahaja

6) Senang dipakai

7) Hasil yang memberansangkan

8) Tidak perlu membeli pencukur lagi

9) Bulu yang dibuang akan lambat tumbuh



Anda boleh tonton video ini untuk lebih memahami cara penggunaan!


Harga

100ml - RM20.50


Dapatkan segera produk ini Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream segera di pasaran atau kedai-kedai berdekatan. Ataupun boleh secara atas talian di Lazada11Street atau pun Lelong MY.

Laman web : http://www.veet.com.my/

Instagram : @veetmalaysia

Facebook : Veet Malaysia

Selamat Mencuba!



You Might Also Like

18 inspiration

  1. Lepas guna kulit jd licin Dan lembut kan

    ReplyDelete
  2. Xpernah guna lagi veet utk bercukur, boleh try ni!

    ReplyDelete
  3. ok ke ni.. ada rasa pedih2 tak lepas beberapa jam?

    ReplyDelete
  4. Pergh senang nya nak buang bulu lepas ni, tak payah dah nk shave atau wax. Memang bahagian ketiak saja ke lain pun boleh?

    ReplyDelete
  5. bagus! baru terpikir brand ape nak beli nanti

    ReplyDelete
  6. Akak pernah guna...senang giler..tak payah nak bercukur atau wax dah...selalu guna bahagian bawah lengan..sebab bahagian lengan dan kaki tak ada bulu kasar..semua halus2

    ReplyDelete
  7. Produk veet ni memang tidak mengecewakan. Akak pun nak beli untuk stok seterusnya. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Bercukur menggunak pisau cukur memang tak elok. Mengundang ketiak menjadi gelap.

    ReplyDelete
  9. wah bagusnya produk ni. yang penting tak menyakitkan. tengok lia guna pun macam mudah je

    ReplyDelete
  10. Memang selalu guna Veet untuk produk nak buang bulu roma. Tak berapa suka kalau bau krim yang terlalu kuat. Kadang2 tu cukup pakai shave juga yg puashati. Hehe

    ReplyDelete
  11. Memang gunkan produk VEET ni dah lama dah, puashati sangat sb senang dan kulit pun tak kering

    ReplyDelete
  12. Rmai dah eh yg pakai veet. Tengok depa review produk ni buat video macam sakit je. Tu yg takut nak beli tu. Takpa nanti Bal nak try beli.

    ReplyDelete
  13. Wah tak sangka pula produk macam ini pun ada

    ReplyDelete
  14. wowwww.... sempat lagi dia tulis nama dia dekat tangan...

    ReplyDelete
  15. I used to use that too but it started burning more lately so its not for me haha

    ReplyDelete
  16. I dah tau dah nak belikan nie sebagai hadiah kepada salah seorang kawan I... hahaha... dia memang ada masalah berbulu lebat sangat haha

    ReplyDelete
  17. Looks good to remove the unwanted hair. Will try it out.

    ReplyDelete
  18. bagus juga ada produk ini sebab tak menyakitkan dan lagi murah dari waxing dan kalau cukur kena cukur hari2 sebab cukur cepat tumbuh balik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community