Menikmati Pemandangan Indah sambil Makan Hidangan Itali di Mario's Italian Restaurant

October 31, 2017


Salam dan Hai semua,

Pulau Pinang terdapat banyak restoran menarik yang perlu diterokai. Makanan yang sedap dan lazat juga akan mempengaruhi pengunjung kerana rakyat Pulau Pinang memang sentiasa dihantui dengan makanan sedap yang memikat rasa. Dekorasi kedai juga akan menarik minat pengunjung unntuk berkunjung ke sesebuah restoran tersebut.


Entry kali ini Lia nak mengesyorkan salah satu sebuah restoran masakan Itali di Pulau Pinang iaitu Mario's Italian Restaurant Bukit Jambul. Restoran ini mempunyai pakej lengkap iaitu hidangan makanan Itali yang sedap, dekorasi kedai yang tampil mewah dan menarik, harga yang perpatutan & ditambah pula kedudukan kedai di atas bukit dengan pemandangan yang indah.

Warga Barat Daya Pulau Pinang tak perlu nak bersesak-sesak di dalam trafik ke arah bandar Georgetown. Anda hanya perlu pergi ke kawasan Bukit Jambul sahaja untuk menikmati hidangan masakan Itali.

Konsep restoran Mario's Italian Restaurant?

Mario's Italian Restaurant menyediakan hidangan masakan Itali yang asli dan menawarkan menu makanan tengah hari, makan malam dan kudapan.

Lokasi restoran Mario's Italian Restaurant?



Restoran ini merupakan sebuah banglo tepi bukit dan dijadikan restoran mewah. Restoran ini terletak bertentangan dengan Kolej INTI dan barisan yang sama dengan Kawasan Mendaki Bukit Jambul. Ia beralamat di 88 Lintang Bukit Jambul Sungai Nibong, 11900 Pulau Pinang

Waktu Operasi Mario's Italian Restaurant?


Restoran ini BUKA setiap hari dan beroperasi dengan dua waktu urusniaga iaitu tengah hari 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang dan malam dari 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Dekorasi Mario's Italian Restaurant?

Saiz restoran ini sangat besar serta luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian hadapan, tengah dan juga teres balkoni. Anda boleh pilih di mana sahaja anda suka untuk menikmati hidangan anda dan lepak santai.

Bahagian hadapan pintu masuk restoran juga terdapat beberapa susunan meja dan kerusi.



 Di bahagian tengah ataupun dalam restoran juga sangat luas dan besar. Terdapat banyak susunan kerusi dan meja. Sangat sesuai jika anda datang bersama keluarga ataupun bersama kawan-kawan dengan kuantiti yang ramai, bahagian tengah ini sangat di syorkan.



Jika anda mahu menikmati keenakan makanan anda sambil melihat pemandangan kawasan bukit, anda boleh pilih kawasan teres ataupun balkoni. Suasana di sini sangat santai, tenang dan romantis. Di sini juga sesuai untuk pasangan suami isteri, pasangan bercinta, kawan-kawan dan keluarga di mana yang datang dalam kuantiti sedikit. Untuk pasangan anda boleh meraikan majlis hari jadi ataupun ulang tahun di sini.



Lokasi dan kedudukan restoran ini di tepi bukit ini ada kelebihan restoran Mario's Italian Restaurant. Suasana dan pemandangan bukit bukau dan awan biru memang memukau dan tidak ternilai. Lagi menarik jika anda berkunjung pada waktu malam. Anda akan dapat melihat suasana malam di mana langit, bintang, bulan dan lampu dari bangunan berdekatan sangatlah memukau. Inilah keistimewaan Mario's Italian Restaurant yang tidak terdapat di restoran lain di Pulau Pinang. 

Dekorasi dan susunan perabot bersesuaian dan berpadanan dengan saiz di dalam restoran ini. Tidak nampak begitu sarat dan padat. Dinding juga ditampal dengan gambar lukisan yang unik.

Mario's Italian Restaurant sangat bersih dan selesa untuk para pengunjung yang datang di sini. Sainya yang besar dan luas dapat menampung pelanggan 60 hingga 80 orang dalam satu masa. 

Sajian Makanan Mario's Italian Restaurant


Mario's Italian Restaurant mempunyai hidangan menu yang pelbagai dan semuanya sangat sedap. Tengok sahaja menu pelanggan mesti akan rambang mata dan tidak tahu apa yang hendak di pilih. Anda juga boleh bertanya kepada pelayan di sini. Mereka akan mengesyorkan menu mengikut selera anda.


Baked Bread

Cheesy Garlis Bread @ RM6.50
 Bruschetta @ RM8.50

Seafood Salad
 Seafood Salad @ RM21.50

Soups

 Cream of Mushroom @ RM16.00

 Consomme Marinara @ RM16.00

 Clam Chouder @ RM16.00

Roti bakar ini dihidangkan dicicah dah dimakan bersama sup.

 Appetizers
 Smoke Salmon @ RM21.90

 Garlic King Prawn Special @ RM29.90

  Baked Dishes
 Chicken Lasagne @ RM32.90

  Baked Dishes
 Linguine Aglio Olio @ RM23.90

 Seafood
 Grilled Salmon Fillet @ RM39.90

 Pizzas
 Chicken Masala Pizza

 Prawn Masala Pizza

Kedua-dua menu piza ini merupakan menu baru dan akan dikeluarkan dan dilancarkan kepada pelanggan pada 30 Oktober 2017.

Minuman

Di samping hidangan makanan yang menyelerakan, Mario's Italian Restaurant menyediakan pelbagai pilihan minuman panas dan sejuk. Antaranya :

Soft Drinks

 Iced Lemon Tea @ RM6.90

Fresh Juice


 Fresh Orange @ RM8.90

 Apple Juice @ RM8.90

Mix fruit @ RM9.90

Coffee
Cappucino @ RM9.90

Restoran ini ialah Pork Free dimana terdapat jualan air alkohol. Tetapi jangan risau mengenai isu makanan kerana penyediaan masakan di sini ialah Halal di mana bahan dan ramuan halal, dimasak oleh pekerja muslim dan mengikut spesifikasi Halal.

Kemudahanlain di Mario's Italian Restaurant 

Kemudahan parkir kereta sangat banyak dan PERCUMA di mana anda boleh parkir di hadapan restoran ini di tepi jalan hadapan pintu masuk utama restoran.

Kemudahan tandas yang bersih dan selesa.


Ruang untuk dijadikan aktivit function seperti reunion, alumni, family day.

Kemudahan bilik karoeke.

Hotel di Mario's Italian Restaurant

Di tingkat bawah restoran ini terdapat beberapa bilik hotel dan homestay untuk disewa.




 Harga bermula dari RM150++ hingga RM250++ untuk 1 malam. Bilik-bilik yang desediakan boleh menempatkan 2 orang dalam satu bilik atau 4 hingga 7orang dalam satu bilik. Bergantung kepada jenis bilik dan kuantiti pengunjung yang datang sini.  Bilik yang disediakan sangat sesuai untuk keluarga, pasangan dan kawan-kawan. Lokasinya yang berbaloi, pengunjung menginap sambil menikmati suasana bukit.Pengunjung yang menginap di sini akan termasuk dengan hidangan sarapan pagi (breakfast). 

Dengan hidangan makanan yang menarik dan pelbagai, pemandangan yang memuka serta kemudahan yang ada, restoran ini sesuai dikunjungi oleh semua jenis golongan tak kira tua atau muda, pasangan, kawan-kawan, ataupun keluarga. Keluasan dan saiz nya yang besar memang memenuhi citarasa pengunjung apa lagi jika anda ingin membuat aktiviti beramai-ramai seperti family day, reunion, alumni, majlis ulang tahun perkahwinan, majlis hari jadi dan sebagainya. 

Terima kasih warga Mario's Italian Restaurant terutamanya Mr Linggam kerana menjemput kami makan di sini dengan hidangan yang enak dan layanan yang sangat baik.


Terima kasih juga kepada kawan blogger yang lain. Jangan lupa baca entry Mario Italian di blog kawan blogger saya yang lain :

Blog  Lyana : http://bit.ly/2gL4V6G
Blog Jas Jas : http://bit.ly/2hltdVO
Blog Ika : http://bit.ly/2gUxRgl
Blog Akma : http://bit.ly/2z6ztKD
Blog Olivia : http://bit.ly/2zke95s


Mario's Italian Restaurant

Alamat: 88 Lintang Bukit Jambul Sungai Nibong, 11900 Pulau Pinang

No. Tel :
+6019-472 5837

Email : roma88mario@gmail.com

Waktu Operasi :
SETIAP HARI
12.00 tengah hari hingga 3.00 petang
6.00 petang hingga 10.00 malam

Jangan lupa follow social media :


Selamat Mencuba!


You Might Also Like

21 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community