Jom Ramah Mesra bersama Hantu di Ghost Museum, Pulau Pinang

10:26:00 PM

Salam dan Hai semua,

Korang pernah masuk rumah hantu bukan? Pernah tak korang masuk muzium yang berkonsepkan hantu? Percaya atau tidak mengenai hantu?

Kali ini Lia nak bawa korang semua ke salah satu muzium pilihan terbaik berkonsepkan hantu di Pulau Pinang iaitu Ghost Museum.


Ghost Museum terletak di tengah-tengah bandar Georgetown, berhampiran Lebuh Melayu. Beralamat di 57, Lebuh Melayu, Georgetown, Pulau Pinang.


Ghost Museum bukan hanya untuk menakutkan orang dengan ilustrasi dan patung hantu seolah-olah hidup di rumah, ia juga mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan ketakutan. Di sini kita juga dapat belajar mengenai cerita untuk setiap mitos yang sepatutnya menjadi makhluk misteri. Ia dapat mengikisa menghilangkan kesilapan pada cerita-cerita seram yang tertentu.


Ghost Museum juga bukan sahaja kita dapat mengenali setiap jenis hantu tetapi kita juga dapat memakai kostum pakaian dan bergambar bersama hantu. Terdapat pelbagai jenis hantu antaranya hantu Cina, hantu firaun, dan banyak kali yang dikhuatiri oleh semua orang, tanpa mengira usia mereka.  Anda berada di sini nampaknya seperti di sebuah rumah penuh dengan hantu dan tengkorak orang mati!


Jom kita pelajari, suai kenal dan beramai mesra bersama Hantu dari 5 negara dan budaya yang berbeza.


Kaunter pertanyaan dan pembayaran

Anda takut untuk masuk ke Ghost Museum? Jangan risau setiap pengunjung yang masuk ke sini akan diiring dan dibawa masuk oleh salah seorang kakitangan di sini. Kakitangan disini peramah dan penuh ilmu mengenai hantu. Anda akan diiring dari pintu masuk hingga pintu keluar, dari tingkat bawah hingga tingkat atas dan akan diberi penerangan terperinci mengenai hantu. Boleh juga dapatkan bantuan mereka untuk bergambar bersama hantu.


Harga tiket Ghost Museum 


Malaysia (Mykad holder only)
- Adult - RM 18
- Children - RM 10
- Student/Senior - RM 10

Foreigner (Non MyKad)
- Adult - RM 28
- Children - RM 16
- Student/Senior - RM 16

Peta lukisan 3D di Ghost Museum


Ghost Museum terdiri daripada 2 tingkat yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hantu. 


Ground Floor

Di tingkat 'Ground Floor' terdapat koleksi hantu dari Malaysia, China dan Egypt (Mesir).

Malaysia

Orang Minyak

Puntianak

Toyol




Langsuir

Pocong

Hantu Tiada Muka

Hantu Pisang


Penanggal

China




Red Shirt Ghost

Egypt (Mesir)





1st Floor

Di tingkat '1st Floor' terdapat koleksi hantu dari Pirates (Lanun), Dracula, Japan( Jepun) dan Halloween..

Pirates (Lanun)




Dracula







Japan (Jepun)




Daidakabotchi






Onryo

Juon

Witch House









Lokasi yang terakhir ialah Witch House di mana merupakan kedai barangan yang menjual cenderahati. Terdapat pelbagai pilihan seperti tshirt, topi, keychain, cawan dan banyak lagi. Anda boleh membeli sebagai cenderahati sebagai kenangan anda di sini.

Kemudahan Tandas


Siapa berani masuk tandas ni?

Kemudahan tandas disediakan untuk pengunjung yang datang disini. Pastikan anda berani dan lawan ketakutan anda ya. 


Bergambar kenangan bersama rakan blogger yang lain. 

Terima kasih juga kepada kawan blogger dan juga Hazlami Rosli atas jemputan.


Cuba untuk atasi ketakutan anda dengan melawat Ghost Museum ini.


Ghost Museum

Alamat : 57, Lebuh Melayu, 10300 Georgetown, Penang

Tel : 04 - 261 2352

Email : info.ghostmuseumpg@gmail.com

Waktu Operasi : 10 am - 7 pm (Setiap hari)

Boleh kunjungi laman sosial :

Facebook : Ghost Museum Penang

You Might Also Like

0 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident Activewear Airport Althea Althea Korea Aperio Natural Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal BBQ beautifulwithtropika Beauty Beauty Blogger Beauty Product Blog Review Blogger Contest Buddies Forever Cafe Cathay Pacific Cenderahati China Coffee Srub Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Emergency Triangle Event Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Ghost Musuem Great Wishes Hair Product Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel Hotpants Ice Cafe Iitalian food Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel italian food Johor Jom Makan Jonlivia K-Pop Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak KL Cafe Klang Parade Konsert Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink lovetropika Macau Makan Malam Makeup Malaysia Marios Italian Restaurant Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak naturalskincare Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Serum Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip shurahmalaysia shurahmy. shurahariana shurahpencerah Simply Delicious Souvenir Sport Attire Steamboat Stokin Stylo Shot from My Closet Suplemen syampu Terangganu Thailand Trang Traveloka TV Show Vacation Trip viva la pasta wanitaberhijab WD-40 Wordless Wednesday Zuhai