Rambut Cantik Bersinar dengan Syampu dan Perapi Aperio Natural Malaysia

12:36:00 AM

Salam dan Hai semua,

Sebagai wanita kita sering menitikberatkan soal penjagaan rambut dan kulit kepala. Soal produk yang bersesuaian juga merupakan isu penting di mana kita memerlukan produk yang sepadan dan serasi. Salah pilik produk akan memberi kesan negatif terhadap rambut dan kulit kepala. Maklumlah rambut merupakan mahkota setiap wanita. Rambut adalah aset kedua terpenting selepas wajah.  Tidak kisahlah anda bertudung atau pun free hair. Kegatalan kulit kepala dan kerosakan rambut akan membuatkan anda kurang keyakinan dengan diri anda. 


Lia sangat peka terhadap isu rambut dan pemilihan produk. Walaupun kadang-kadang rambut ada bair hair day, penjagaan rambut sangat lah penting dari akar umbi. Jika memilih produk, Lia akan baca setiap bahan yang disediakan yang bersesuaian dengan masalah rambut yang Lia hadapi. Bukan setakat bau yang wangi dan pembungkusan produk serta warna yang menarik semata-mata. Itu adalah bonus terhadap produk tersebut.


Kali ini Lia nak memperkenalkan salah satu produk yang buat Lia jatuh hati, iaitu Syampu dan Perapi Aperio Natural Malaysia.

Kotak Pembungkusan



Produk ini dibalut dengan dengan lapisan 'bubble wrap'. Setiap kali produk yang sampai Lia akan akan tengok cara pembungkusan terlebih dahulu. Untuk memastikan produk yang dihantar akan berada dalam keadaan elok, tidak rosak dan selamat dihantar kepada pelanggan. Lia sangat berpuas hati dengan cara pembungkusan produk ini. 

Freegift Bag

Syampu dan Perapi Aperio Natural Malaysia didatangi dengan beg kanvas percuma.


Bahagian hadapan beg dengan lukisan comel.

Bahagian belakang beg dengan lukisan logo Aperio Natural.

Beg kanvas ini juga muat untuk mengisi Syampu dan Perapi Aperio Natural Malaysia dan dibawa ke sana sini.



Apakah Aperio Natural Malaysia ?

Aperio semulajadi pakar penyelenggaraan aktif, untuk mendapatkan kesan dan unsur-unsur pelembaban semulajadi, mematuhi alam semula jadi tanpa kaedah penanaman tambahan, supaya bunga tumbuh di alam semulajadi, pengekstrakan sejuk, mengekalkan nutrien tumbuhan yang paling murni, untuk mendamaikan kulit yang paling sesuai Produk penjagaan kulit semulajadi.

Dari aroma, tekstur yang digunakan, penjagaan tulen yang mesra kulit, tidak merangsang, lebih sesuai untuk kulit lembut dan rapuh oriental untuk digunakan.

Aperio Natural Malaysia mengeluarkan produk penjagaan rambut khas untuk wanita. Antaranya Cherry Blossom Radiance ShampooCherry Blossom Hair Defender Leave In Conditioner, dan banyak lagi.


Lia memperkenalkan produk yang pertama iaitu Cherry Blossom Radiance Shampoo.

Cherry Blossom Radiance Shampoo 

Cherry Blossom Radiance Syampu membersihkan dengen lembut dan volumize rambut anda. Dirumuskan dengan ekstrak Aesculus Hippocastanum dan ekstrak ragi untuk membersihkan dan menghidupkan semula rambut dari atas ke bawah.


Keterangan:
  • Perlahan membersihkan dan volumize rambut anda.
  • Menggalakkan rambut yang lebih sihat dan lebih kuat.


Di sekeliling syampu Cherry Blossom Radiance Shampoo  pula terdapat keterangan , kandungan syampu, penggunaan dan bahan-bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan:

Ekstrak Aesculus Hippocastanum, Ekstrak Ragi, Ekstrak Alga, Ekstrak Botanikal, Vitamin B5

Ekstrak Aesculus Hippocastanum,
- Ekstrak yang digunakan untuk melindungi rambut dari kerosakan harian ini tanpa menyebabkan pembentukan dan dikatakan menyebarkan glossy look ke rambut.

Ekstrak Calendula Officinalis
- Digunakan untuk menghidrat kulit kepala kering, mengeluarkankelemumur, dan memperbaiki keadaan kulit kepala. Ia juga membantu folikel rambut tumbuh dengan berlimpah yang membolehkan bau yang lebih tebal, dan antioksidan membantu melindungi rambut dan kulit kepala daripada merosakkan radikal bebas sel.

Vitamin B5
- Membantu menguatkan folikel rambut dan menghalang penipisan rambut.

Cara Penggunaan:



Sapukan pada rambut basah, urut perlahan-lahan ke hingga berbuih. Bilas dengan air suam.

Saiz produk :


Botol syampu ini didatangi dengan saiz 500ml dan mudah dipegang dan tidak mudah tergelungsur dari pegangan tangan.

Harga produk:
RM 126.00

Tak lengkap rasanya kalau bersyampu tertapi tidak memakai perapi rambut bukan. Lia memperkenalkan produk yang kedua pula iaitu Cherry Blossom Hair Defender Leave In Conditioner.


Cherry Blossom Hair Defender Leave In Conditioner 
Bersinar dan volumizes rambut dan detangles rambut. Meninggalkan rambut anda lembut dan lancar. Melembapkan rambut yang kering dan rosak semasa menenangkan dan menggelegak. Perapi kita membantu menangkap semula bersinar, meninggalkan rambut yang kelihatan bersemangat dan sihat. Gunakan semasa rambut basah atau kering tanpa dibilas



Keterangan:
  • Membantu menawan semula bersinar, meninggalkan rambut yang kelihatan bersemangat dan sihat
  • Volumizes dan detangles rambut yang meninggalkan rambut anda lembut dan lancar
  • Berkesan membantu meluruskan rambut dari keriting dan statik
  • Gunakan semasa rambut basah atau kering tanpa dibilas



Di sekeliling perapi Cherry Blossom Hair Defender Leave In Conditioner  pula terdapat keterangan , kandungan syampu, penggunaan dan bahan-bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan:
Protein Sutera Hidrolisis, Protein Gandum Hidrolisis, Minyak Zaitun, Vitamin B5

Protein Sutera dan Gandum Hidrolisis
- Kelembapan yang sangat baik mengikat sifat-sifat dan menyediakan halangan pelindung untuk rambut anda

Minyak zaitun
- menyediakan kelembapan dan bersinar yang sengit. Sesuai untuk rambut kasar dan rosak disebabkan oleh proses kimia. Membantu menawan semula bersinar, meninggalkan rambut yang kelihatan bersemangat dan sihat

Vitamin B5
- Berkesan membantu meluruskan rambut dari keriting dan statik sambil meninggalkan rambut meninggalkan lembut dan licin


Cara Penggunaan:


Sapukan sedikit dengan lembut pada rambut, terutamanya hujung dan sikat. Jangan bilas, keringkan. (Sesuai digunakan ketika rambut kering atau lembap)

Saiz produk :




Botol syampu ini didatangi dengan saiz 200ml dan mudah dipegang dan tidak mudah tergelungsur dari pegangan tangan.

Harga produk:
RM 110.00

Jika ada sebarang kemusyiklan, boleh lihat video dengan teliti cara penggunaan Cherry Blossom Hair Defender Leave In Conditioner.

Video 1

Video 2

Komen Terhadap Produk



Selepas mencuba dua produk  Cherry Blossom Radiance Shampoo dan Cherry Blossom Hair Defender Leave In Conditioner, Lia mendapati rambut agak sedikit ber volume, nampak lebat dan tebal sert bertambah lembut. Lia mengalami rambut rosak dan kering tetapi dengan sekali penggunaan hasilnya sangat memuaskan. Paling berpuas hati dengan produk Cherry Blossom Hair Defender Leave In Conditioner kerana merupakan penyelamat rambut di mana saiznya yang mudah dipegang dan dibawa ke sana sini. Mudah juga dipakai dan diaplikasi di mana-mana sahaja di dalam kereta ketika memandu, ketika keluar bersama teman dan apa juga acara kerana boleh dipakai ketika rambut basah dan kering.

Gambar ini menunjukkan Sebelum dan Selepas penggunaan syampu dan perapi Aperio Natural Cherry Blossom. Sebelum penggunaan rambut kelihatan agak kasar, bercabang, rosak kering dan tidak terurus. Selepas penggunaan, rambut kembali bersinar, lebat dan lebih terurus.

Cherry Blossom Hair Defender Leave In Conditioner boleh dimasukkan ke dalam handbag anda dan mudah dibawa ke sana sini. Jika terasa rambut kering cepat-cepat sapukan di rambut anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk keluaran Aperio, anda boleh klik SINI.

Selamat mencuba!


Anda juga boleh membeli di atas talian di laman web ini di Kedai Aperio Malaysia:
http://www.11street.my/store/aperionatural

Sempena perayaan krimas yang bakal menjelma, Aperio mengadakan promosi sehingga 60% bermula dari Tarikh: 1.12.2017 hingga 25.12.2017. Dapatkan segera prouk keluaran Aperio!


hashtag:
#AperioMalaysia #Aperio #NoRinseNeeded #CherryBlossom #HairConditioner #AperioXmas

You Might Also Like

0 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident Activewear Airport Althea Althea Korea Aperio Natural Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal BBQ beautifulwithtropika Beauty Beauty Blogger Beauty Product Blog Review Blogger Contest Buddies Forever Cafe Cathay Pacific Cenderahati China Coffee Srub Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Emergency Triangle Event Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Ghost Musuem Great Wishes Hair Product Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel Hotpants Ice Cafe Iitalian food Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel italian food Johor Jom Makan Jonlivia K-Pop Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak KL Cafe Klang Parade Konsert Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink lovetropika Macau Makan Malam Makeup Malaysia Marios Italian Restaurant Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak naturalskincare Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Serum Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip shurahmalaysia shurahmy. shurahariana shurahpencerah Simply Delicious Souvenir Sport Attire Steamboat Stokin Stylo Shot from My Closet Suplemen syampu Terangganu Thailand Trang Traveloka TV Show Vacation Trip viva la pasta wanitaberhijab WD-40 Wordless Wednesday Zuhai