Bakar lemak 4 kali ganda dengan pemakaian Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus

7:18:00 PM

Salam dan Hai semua.


Sebelum bersenam kita akan mencari pakaian sukan yang bersesuaian dan selesa untuk melakukan aktiviti sihat sepanjang hari bukan. Bukan sahaja pemilihan seluar sukan yang penting dan perlu dititiberatkan tetapi baju sukan juga perlu berpadanan dengan pemakaian seluar sukan kita. Rasanya tak kena jika memakai baju dan seluar sukan yang tidak berpadanan dan bersesuaian dengan aktiviti bersukan.


Entry kali ni Lia nak berkongsikan salah satu produk pakaian sukan yang membantu menurunkan berat badan keluaran Jonlivia . Pada entry yang lepas Lia ada berkongsikan seluar sukan Jonlivia Active Hotpants S5+. Kali ini Lia nak mengesyorkan baju sukan iaitu Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus.


Kini anda boleh padankan Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus Jonlivia Active Hotpants S5+ bersama untuk aktiviti senaman, sukan dan lasak anda! Jom turunkan berat badan anda dan amal gaya hidup sihat bersama produk pakaian sukan Jonlivia !


Apa itu Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus ?



Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus juga mempunyai fungsi yang sama dengan Jonlivia Active Hotpants S5+ di mana rekaan dan bahan NeoHeat Technology untuk membakar lemak 4 kali lebih cepat walaupun dengan senaman biasa. Pemakaian Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus akan mengeluarkan peluh yang banyak tetapi jangan risau ianya menyerap peluh anda dan tidak kelihatan basah seperti mandi. Rekaannya berlengan panjang akan membolehkan pembakaran lemak di sekitar pergelangan lengan anda. Termasuk juga membakar lemak di bahagian badan untuk kelihatan langsing dan perut anda untuk kelihatan leper. Itulah keistimewaan Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus keluaran jenama Jonlivia ini.


Ciri-ciri Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus


  • Teknologi Neoheat untuk membantu membakar lemak 4 kali lebih cepat
  • CoolVenty Technology ingrained untuk membuatkan anda sejuk
  • Pocket Arm untuk menyimpan keperluan anda
  • NeoAbs Technology untuk membantu tubuh badan anda
  • Saiz tersedia dari XS hingga XL



Bahagian Hadapan Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus


Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus didatangkan dengan lengan panjang dan berwarna hitam.


Logo Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus di hadapan dan  di bawah kolar dan bahagian dada. 


Jahitan kolar baju yang kemas.




Foto menunjukkan sudut lipatan dan jahitan benang berwarna hitam sangat kemas dan teratur.


Bahagian Belakang Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus

Foto menunjukkan bahagian belakang Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus yang rapi dan teratur.


Pemakaian Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus daripada pandangan belakang juga menunjukkan baju tidak terlalu ketat ataupun longgar. Rekaan nya memang muat mengikut saiz badan.


Saiz Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus


Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus didatangkan dengan pelbagai saiz dan ukuran, Antaranya XS, S, M, L, dan XL. Pastikan anda mengukur mengikut carta saiz sebelum membeli. Pastikan saiz yang betul dan berpadanan untuk anda.


Lia memilih saiz S yang sesuai dengan ukuran badan. 

Poket tepi di lengan (Arm Pockets) Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus





Poket rahsia di bahagian tepi kiri lengan ini memudahkan anda untuk membawa dan menyimpan telefon bimbit anda. Boleh masukkan juga wang & kad pengenalan anda. Cara yang mudah dan berkesan untuk melindungi terhadap pencuri ketika anda melakukan aktiviti. Anda juga boleh buat panggilan kecemasan jika berlaku apa-apa kemalangan kecil atau besar. Pihak luar pun boleh hubungi anda jika ada perkara penting. Yang penting boleh selfie sekejap seteleh berehat seketika.


Pendapat Lia mengenai Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus




Lia sangat berpuas hati dengan Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus. Kini Lia ada satu set lengkap baju + seluar sukan dari ini. Dulu bersenam dengan hanya memakai Jonlivia Active Hotpants S5+ .



Kini Lia dapat yang membakar lemak di bahaian atas badan , lengan dan perut. Lia sangat mengeyorkan wanita di luar sana yang memilih baju sukan yang bersesuaian untuk aktiviti sukan. Lia dah pakai setiap kali bersenam. Pemakaian selama yang agak lama juga selama 2 hingga 3 jam sentiasa berasa selesa. Sepanjang pemakaian juga tidak berasa terlalu ketat ataupun kekok di setiap bahagian. Bahagian yang paling favorite ialah Arm Pocket yang boleh bawa handphone ke mana sahaja tanpa perlu risau. Walaupun anda berpeluh sepanjang hari, anda tidak akan berasa basah dan tidak selesa.



Ini bukan baju lengan panjang biasa, ini lah baju sukan bakar lemak 4 kali ganda!

Jom dapatkan segera  Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus !!!




Harga produk :
RM 188.00
RM 148.00


Facebook : Jonlivia
Instagram : @jonlivia

Selamat Mencuba!



#jonlivia #styleperformanceandyou #activteeplus


You Might Also Like

0 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident Activewear Airport Althea Althea Korea Aperio Natural Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal BBQ beautifulwithtropika Beauty Beauty Blogger Beauty Product Blog Review Blogger Contest Buddies Forever Cafe Cathay Pacific Cenderahati China Coffee Srub Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Emergency Triangle Event Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Ghost Musuem Great Wishes Hair Product Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel Hotpants Ice Cafe Iitalian food Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel italian food Johor Jom Makan Jonlivia K-Pop Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak KL Cafe Klang Parade Konsert Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink lovetropika Macau Makan Malam Makeup Malaysia Marios Italian Restaurant Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak naturalskincare Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Serum Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip shurahmalaysia shurahmy. shurahariana shurahpencerah Simply Delicious Souvenir Sport Attire Steamboat Stokin Stylo Shot from My Closet Suplemen syampu Terangganu Thailand Trang Traveloka TV Show Vacation Trip viva la pasta wanitaberhijab WD-40 Wordless Wednesday Zuhai