perkara sedih yang ingin dikongsi..

12:49:00 AM


DUKACITAnya dimaklumkan saya tak melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman dan Ameniti. Antara sebab tak dapat nak tukar kos ke Ukur Bahan. Tersangat sedih hati dan jiwa nie. Maybe tak ade rezeki lagi kut. Bersabar jer la.


Selalu sangat soalan orang tanya kenapa susah sangat nak tukar kos? Ingatkan satu fakulti yang sama dapat tukar senang jer. Banyak sangat prosedur. Ramai betul tanya. Dah tak larat nak dengar. Dah la hati frust tak dapat study. Selama berada kat sana rasa penat berjalan dan berpeluh naik bukit dan ulang alik kat UiTM Shah Alam. Dah la banyak bukit. Sebelum datang daftar kat UiTM nie, dah call Ketua Program Ukur Bahan. Beliau pesan buat surat penangguhan pendaftaran dan faks ke bahagian pengambilan, jangan bayar yuran pastu datang UiTM untuk proses surat menyurat.


Pandangan Kolej Mawar. Tinggal kenangan jer..


Sampai je Shah Alam hari Sabtu, 2 Januari 2010 terus ke UiTM. Hati seronok sangat dapat jumpa 10 orang kawan diploma dari Politeknik Kota Bharu. Jumpa classmate mana tak happy. Datang sana terus ada kawan. Kawan-kawan dari sekolah teknik ramai study kat sana. Seminggu masuk tak ada orientasi lagi. Tapi kan tak daftar sebagai pelajar tumpang bilik kawan kat Kolej Mawar.



Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur. Lepas ini dah x datang kat sini dah.


Surat nak tukar kos nie dah berpuluh kut. Dah tak terkira. Dalam laptop banyak sangat surat. Print lagi faks lagi pos lagi. Banyak kan. Hari tuh ketua program suruh buat surat rayuan alamat kan ke bahagian pengambilan. Lepas tuh kena ade 3 sokongan dari ketua program Ukur Bahan untuk sokong masuk, ketua program Park Amenity untuk sokong keluar dan sokongan ketiga dari Dekan Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur. Ingat senang ke nak dapat sokongan dari tiga-tiga orang nie. Dari ketua program sendiri senang jer nak dapat. 2 orang lagi seksa nak mampus. Busy je memanjang. Nak kena call dulu sebelum jumpa. Bila pergi office tak ada kat meja tapi pintu bilik terbuka. Datang pukul 12 dah keluar lunch pastu tunggu sampai kul 2 tak masuk office lagi. Memang banyak sangat dugaan.


Kepada staf-staf yang memarahi saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana buat saya sedih. Kenapa kah layan teruk sangat. Tanya elok-elok cakap jerla elok-elok. Nie tak orang tanya sepatah marah macam nak mampus. Bukan seorang jer tiga empat orang camtuh. Mesti mana yang tak sakit hati kan kena marah bila kita tanya jer pun. Ntahla pangkat tinggi ke rendah tu ntah ntah kerani biasa je pun. Memang kena banyak sabar nak hadapi orang-orang macam nie. Nama-nama orang yang marah sangat pun masih ingat lagi. Cara diorang marah saya pun masih bermain kat fikiran. Biar tuhan saja yang balas. Apa hak saya nak tetapkan balasan kat orang kan.


Ketua program pun dah tetapkan kelas. Time tu rasa happy jer. Dia cakap ‘Awak masuk kelas 3E yer’. Wah harapan masih ada. Memang tunggu proses nak tukar kos jer nie. Lambat sangat sebab nak tau berapa ramai student yang masuk intake kali nie. Kawan-kawan yang lain pun dah kasi nota-nota. Time tuh dah tak sabar nak study sangat sangat sangat. Selalu nak kena tunggu tunggu tunggu. Kena banyak sabar sabar sabar .. Aduhai..


Finally, akhirnya, dapat panggilan dari ketua program dia cakap permohonan awak dah tak lulus. Dia cakap dia tak dapat nak tolong. Time tuh rasa nak jatuh berderai air mata. Nak jatuh pengsan pun ada. Renung jer surat rayuan tuh. Cakap kat ketua program ‘kalau saya nak study 1 sem pastu nak tukar kos boleh tak?’. Dia cakap itu atas budi bicara. Dia suruh go on dengan kos Park Amenity. Memang sedih sangat sangat sangat. Dah lah bersusah payah kesana sini, buat macam-macam surat, panjat dan daki bukit bukau, berebut nek bas, berpeluh tunggu bas, dah ada harapan nak sambung study tapi berkecai. Memang serabut sangat fikiran time tuh. Nak sambung study ke tak pun nak balik. Pastu hati sedih sangat dan call mama cakap nak balik. Mama pun cakap tak ada rezeki la tuh. Ambil keputusan balik umah. =(


Ramai yang bagi semangat dan ramai yang menentang keputusan tak nak sambung study nie. Tapi nak wat camne kan. Hati memang dah tak nak kat kos yang dapat tuh. Dah tanya pendapat kat senior dan student yang amek kos Park Amenity nie. So memang rasa tak boleh go on. Ada yang bagi pendapat maybe dapat pengalaman baru bile belajar kos baru. Tapi saya ada target sendiri sebab memang betul-betul berminat dengan kos Ukur Bahan dan bertekad nak ada degree dalam kos nie.


So sekarang nie saya kembali bekerja kat office lama. Hari tuh time dapat study. Bos pun tak kasi resign. My boss suruh pegi UiTM dan tukar kos ke Ukur Bahan. My boss tak suka kos Park Amenity. Beliau sangat support dalam bidang Ukur Bahan nie. Kat office beliau la sangat membantu, ajar dan bagi faham apa itu Ukur Bahan. My boss is woman okay. Jangan salah tafsir lak. Sebab itulah nak sangat sambung degree in Quantity Surveyor nie.


Nasib baik dapat bos yang memahami. Balik pulak ke tempat kerja lama dan sambung kerja. Segala benda dan orang yang menyakitkan hati letak tepi dan malas fikir panjang. Ada pesanan sorang member kalau nak ilmu kene tahan malu dan pekak kan telinga kalau ada kata-kata orang. Sepatutnya saya patut bersyukur ada peluang pekerjaan. Sebab orang kat luar sana tengah sibuk mencari kerja dan tanam anggur beramai-ramai. Tak semestinya orang yang degree abis je study dapat kerja kan.


Satu lagi nak ingatkan jangan lah terlalu pandang rendah pelajar politeknik macam kami. Memanglah kami tak standing pelajar universiti. Tapi kami belajar dan menuntut ilmu juga. Kalau teruk sangat pelajar politeknik nie, Kenapa kementrian tak hapuskan sahaja politeknik nie??? Biar semua pelajar masuk universti. Kan adil macam tuh. Memang budak politeknik susah nak sambung belajar ke peringkat tertinggi lagi tapi dalam peluang pekerjaan memang banyak orang yang nak ambil bekerja. Kami ada kemahiran (skill). Mungkin dulu tak ada rezeki masuk universiti dan rezeki ke politeknik.


Saya harap semua faham dan janganlah marah dan bagi hati saya sedih lagi. Ingat senang ke saya nak terima keadaan tak dapat sambung study selama bersusah payah. Rasa hancur dan berkecai harapan nak sambung study lagi. Nasib baik dan dapat tenangkan fikiran. Buat masa sekrang saya cepat terasa hati kalau orang bercakap pasal tukar kos dan study nie. Saya perlukan kata-kata semangat, nasihat, peransang, kata-kata yang baik sahaja. Pliss.. Cukup setakat kali ini. Saya perlu bina azam baru untuk tahun 2010!!


Hidup Clara!! Hidup Lia!!

You Might Also Like

10 inspiration

  1. tabah ye.. rezki Tuhan kita xleh nk expect. senyum lah ntok hari esok. =)

    ReplyDelete
  2. hmmm.. susah pulak nak tukar skrg ni ek.. byk sgt red tape tu.. xpe.. sbr ek dik..

    oh, org kat opis uitm mmg camtu... kerek semacam.. padahal kerani je kadang2 tu...

    ReplyDelete
  3. hann,
    yer sentiasa tabah nie..
    maybe trak ade rezeki lagi.
    sok tengah bersabar n sabar..
    tima kasih banyak..

    ReplyDelete
  4. aMiYs,
    yup..
    memang susah sangat..
    penat yang tak berbaloi langsung..

    memang r...
    marah-marah tak tentu pasal..

    ReplyDelete
  5. takpela.. sabrla banyak2..
    lain orang lain-lain ujiannya.. sabar banyak2 k.. pasti ade hikmah di sebaliknya..

    ReplyDelete
  6. Shahrul Tanaka Safeai,
    apply kat u yg ade kos yg minat la kan..
    dah apply..
    ntahle dpt ke x..
    tawakal jer la..

    ReplyDelete
  7. jajarina,
    yerlakan..
    tuhan uji dugaan setiap sorg lain2..
    kene banyak sbr..
    tabah hadapi dugaan hidup nie..

    ReplyDelete
  8. mungkin takde rezeki lagi..mana tahu ada yg lebih baik menanti...doa2 kan jer ok..relaks!

    salam singgah...

    http://kancilbiru.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. nizaa,
    hye niza.
    tima kasih.
    maybe ade rezeki lain.
    kene banyak tawakkal.
    sabar kan.

    salam perkenalan..

    ReplyDelete

Follow by Email

Like us on Facebook

Hastylia Attire


www.facebook.com/hastyliaattire
www.instagram.com/hastylia.attire

Google+ Followers