Hong Kong | Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Hong Kong

January 27, 2016


Salam dan hai semua.


Sambungan entry lepas, Terbang Bersama Dragon Air dan mendarat di HK International Airport. Hong Kong merupakan destinasi popular untuk dilawati dan mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Di sini Lia akan berkongsi beberapa tempat yang sempat Lia lawati sepanjang berada di Hong Kong .


Cuaca di Hong Kong


Semak cuaca di Hong Kong  ketika merancang untuk bercuti di sana. HK mempunyai iklim sub tropika dengan pelbagai musim

Musim bunga (Mac ke Mei); Suhu purata ; 12 - 26 C
Musim Panas (Jun ke Ogos); Suhu purata : 26 - 31 C
Musim Luruh (September ke November); Suhu purata : 19 - 28 C
Musim Sejuk (Disember ke Februari); Suhu purata : 12 - 20 C

Lia bercuti di HK awal Januari 2016 lepas ketika musim sejuk. Pastikan bawa kesemua baju, sweater, dan kasut bersesuaian dan selesa. Digalakkan membawa payung, baju hujan, losen badan, lipgloss dll. Kulit akan sentiasa kering ketika musim sejuk. Jangan lupa bawa longjohn untuk panaskan badan bagi sesetengah orang tidak tahan sejuk. (including me)


Mata wang

RM 1 = 1.80 HKD


Masa

Malaysia dan Hong Kong tiada perbezaan masa.


Komunikasi

Bahasa Kantonis, Mandarin dan English


Wifi

HK mempunyai banyak kemudahan Wifi percuma dengan kelajuan internet yang tinggi.



Tempat-tempat menarik yang Lia kunjungi sepanjang berada di sana :


Golden Bauhinia Square



The Golden Bauhinia Square, merupakan kawasan terbuka Wah Chai, Hong Kong . "Square" pula dinamakan selepas patung gergasi Bauhinia keemasan berada di tengah kawasan yang terletak di luar Pusat Konvesyen dan Pameran Hong Kong, tempat upacara penyerahan HK dan penubuhan HK pada tahun 1997. Majlis menaikkan bendera diadakan setiap 8 pagi di anggap sebagai tarikan pelancong. Merupakan simbol penting nagi rakyat HK selepas penyerahan dan digelar Golden Pak Choi.


Victoria Peak



Victoria Peak adalah sebuah gunug tertinggi di bahagian barat Pulau Hong Kong. Ia dikenal sebagai Mount Austin atau ''Peak" oleh penduduk tempatan. Dari puncak tertinggi ini boleh melihat sendiri panaroma HK. Merupakan salah satu tarikan utama pelancong yang menawarkan pemandangan ke Central, Victoria Harbour, Pulau Lamma dan pulau-pulau sekitarnya. Anda boleh sampai ke puncak dengan menaiki Peak Tram. bas, teksi atau kereta.


Aberdeen Fishing Village

 Aberdeen Fishing Village merupakan perkampungan dan pelabuhan nelayan yang terletak di Harbour Aberden di daerah selatan HK. Di sini kita akan melihat sendiri barisan bot tongkang, sampan, dan beberapa bot rumah yang dihuni nelayan.





Dalam masa yang sama, jangan lepaskan peluang untuk menaiki sendiri sampan. Anda akan dibawa belayar selama 20 minit sambil melihat panorama laut, bangunan dan juga sampan beserta kapal oleh seorang perempuan tua iaitu pengemudi sampan. Kos untuk menaiki sampan 60 HKD = RM35.







Di sini, terdapat view yang sangat menarik untuk bergambar kenangan. Anda boleh melihat sendiri suasana bot dan tongkang lama berlatarbelakangkan arus pembangunan moden.



Repulse Bay











Repluse Bay, terletak di bahagian selatan Pulau Hong Kong. Pantainya sangat cantik terbentang luas dengan air yang biru. Pelbagai aktiviti dijalankan di sini, berenang, barbeku, menonton matahari terbenam dan semua aktiviti berkenaan pantai dan laut.




Hong Kong Disneyland



Hong Kong Disneyland, merupakan salah satu tarikan pengunjung untuk datang sendiri ke sini untuk merasai taman tema fantasi disney.




Harga tiket masuk untuk satu hari, 539 HKD : RM308

Disneyland memang besar, memang penat nak berjalan pusing & tengok semua yang ada, Percayalah anda tak akan sempat nak main semua roller coaster dimana perlu beratur setiap kali hendak bermain.




Taman ini terdiri daripada tujuh kawasan bertema: Main Street, Amerika Syarikat, Fantasyland, Adventureland, Tomorrowland, Grizzly Gulch, Mystic Point, dan Toy Story Land. pelakon taman tema ini bertutur dalam bahasa Kantonis, Bahasa Inggeris dan Mandarin. 



Cekak telinga Mickey Mouse tu wajib beli. Simbol datang Disneyland.


Souvenir menarik untuk dibeli buat kenangan. 


Disneyland juga menyediakan parade atau perarakan watak-watak disney dan juga kereta berhias diringi dengan muzik pada dua sesi. Waktu petang dan juga malam.

Parade pada petang hari.


Parade pada malam hari sangat cantik dengan hiasan lampu.




Night view malam di Disneyland tunggu detik fireworks


Ladies Street



Ladies Street merupakan syurga shopping dimana terdapat 100 gerai yang menawarkan pakaian murah, aksesori seperti jam, kosmetik, hiasan rumah, serta souvenir dan lain-lain. Harga di sini bergantung ada yang mahal ada yang murah, Digalakkan mengamalkan kemahiran tawar menawar.  



View Hong Kong






Hong Kong  merupakan negara yang pesat membangun berkembang menjadi pusat perdagangan utama dan dianggap sebaga kota global. Bangunan pencakar langit memang memenuhi ruang tanah di HK. Bangunan awam, apartment dan kondo kebanyakkan tinggi. Kos hidup di HK agak tinggi



Hotel Dorsett Tsuen Wan




Lia menetap di Dorsett Hotel Tsuen Wan sepanjang berada di HK. Hotel ini terletak di daerah Tsuen Wan yang sibuk, Konsep hotel ini sangat menarik, simple, nice dan sangat selesa. Bilik yang sederhana besar, LED TV, WIFI Percuma, swimming pool sarapan pagi dan high tea percuma.Pekhidmatan smart phone loaner adalah percuma.

Price : 550 HKD = RM331 for 1 night
Address : Hong Kong Tsuen Wan, St 28
Phone : +852 3996 6666





Sepanjang trip di sana, kami juga di bawa melawat Hong Kong Jewelry Shop dan Herbal Shop.




Antara tempat-tempat menarik di Hong Kong  yang patut dikunjungi :

Tsing Ma bride

Avenue of Star

Victoria Bay

Ocean Park

Lan Kwai Fong

Lantau Island

Wong Tai Sing Temple

Stanley & Man Mo Temple

Tsim Sha Tui

Causeway Bay

Jockey Club



Jangan lepaskan peluang bercuti di Hong Kong . Rancang percutian anda sekarang!




You Might Also Like

5 inspiration

  1. Terima kasih..Dapat juga membantu serba sedikit.. 25 feb 2017 ni terbang ke hong kong..yeayyy

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi pengalaman. :) dapatkan di Malaysia sebelum bertolak = Tiket Promosi Kami //
    *HONG KONG DISNEYLAND*
    [New Normal Price HK 589 >> SGD 104 Estimated]
    .
    🔘ADULT >> SGD 101 / MYR 326 only
    🔘CHILD >> SGD 73 / MYR 235 only
    .
    Sekiranya ada yang ingin melawat Singapura pula & untuk dapatkan Pakej Budget atau tiket-tiket pada harga PROMOSI seperti USS - GARDEN BY THE BAY - CABLE CAR - SEA AQUARIUM - SKYLINE LUGE - SINGAPORE ZOO - LEGOLAND - HONG KONG DISNEYLAND & banyak lagi, boleh hubungi saya atau melawat page Love Travel di www.facebook.com/lovetravel86 . Keep in touch .
    .
    Jessica Abdul, Love Travel, Tel: +6012-776 0219 / +6017-7055381, Email: jessica.travel8686@gmail.com,
    .
    Web:
    >> www.facebook.com/lovetravel86 & >> http://lovetravel-love.blogspot.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community