Mee Sotong Hameed Pata & Coconut Shake Jalil di The Esplanade Park, Padang Kota, Pulau Pinang

November 14, 2016

Salam dan Hai semua,


Pulau Pinang selain dikenali dengan makanan popular nasi kandar, Mee Goreng Sotong Padang Kota Lama juga menarik minat penduduk dalam dan luar Pulau Pinang. Kalau sebut sahaja Mee Sotong Padang Kota, semua orang sudah mengenalinya. Merupakan Mee Goreng Sotong yang paling sedap dan popular sejak tahun 1978 dan oleh generasi kedua, Shahul Hameed Syed Mohamed.




Padang Kota Lama ataupun dikenali sebagai Esplanade berhampiran dengan Fort Cornwallis. Di hujung jalan, terdapat sebuah medan selera yang juga dipanggil sebagai "The Esplanade Park" . Juga bertentangan dengan laluan pejalan kaki di tepi laut. The Esplanade Park juga telah dibaik pulih sepenuhnya untuk kelesaan pelanggan.







Di medan selera Padang Kota Lama, terdapat banyak gerai makanan yang berkongsi perniagaan dan ruang makan. Salah satu gerai yang popular ialah Mee Sotong Hameed Pata. Waktu kemuncak perniagaan selalunya pada waktu tengah hari. Orang ramai akan berpusu-pusu dan beratur untuk membuat pesanan. Gerai ini menjual mee rebus, mee goreng, bihun goreng dan koaw teow goreng. Tetapi Mee Goreng dan mee rebus merupakan best seller dan permintaan ramai dari pelanggan.


Waktu perniagaan Mee Sotong Hameed Pata ialah pada pukul 12 tengah hari hingga 8 malam. Buka setiap hari kecuali hari Ahad.





Berdekatan dengan gerai Mee Sotong Hameed Pata, terdapat gerai "Jalil Special Ice Kacang" yang menjual minuman seperti Coconut Shake, Cendol, Milk Shake, Ais Kacang dan Air Kelapa.



Sepinggan Mee Sotong digoreng berempah bersama taugeh, ubi kentang, dan telur dihidangkan bersama sambal sotong dan juga hirisan limau untuk diperah menambah rasa. Rasa Mee Sotong ini tidak pernah mengecewakan dan merangkumi semua rasa iaitu pedas, manis dan masam Bertahun-tahun rasanya tetap sama dan sedap.



Sepinggan Mee Goteng Sotong berharga RM 5.00 (seperti gambar di atas) hingga RM 7.00, Jika anda mahukan kuantiti lebih, harga sepinggan RM 7.00



Mee Rebus @ RM 5.00






Harga untuk segelas air Coconut Shake ialah RM 2.00. Setiap kali datang sini, pasti akan order lebih dari satu.



Ais KacangRM 5.00


Selamat mencuba!


Alamat : Padang Kota Lama, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

Tel : 013 - 431 9384

Waktu Operasi :
Isnin hingga Sabtu, 12.00 pm hingga 8.00 pm

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community