Pesta Air Splashing Neon Party 2018 di M Mall, Penang

May 01, 2018

Salam dan Hai semua,

Rasanya semua orang tahu apa itu Songkran bukan?

Songkran adalah cuti kebangsaan Tahun Baru Thailand yang telah disambut pada 13 April setiap tahun, tetapi tempoh bercuti bermula dari 14-15 April. Songkran merupakan pesta air dan juga bermaksud 'melangkah masuk' iaitu simbolik bagi kemasukan Tahun Baru Siam.

Kini, rakyat Pulau Pinang tak perlu bersusah payah memandu masuk ke Sempadan semata-mata untuk Songkran. Daripada bersesak-sesak dalam trafik di sana, sekarang anda hanya perlu ke Splashing Neon Party di M Mall, Dato Keramat sahaja.



Pihak The Ark Invasion Present telah menganjurkan pesta air ini dengan pelbagai aktiviti seakan-akan pesta Songkran di Thailand. Mereka juga turut menjemput beberapa DJ untuk memeriahkan party Splasing Neon ini. Muzik akan berkumandang semasa aktivit ini dijalankan

Pandangan atas semasa berlangsunglan Splashing Neon Party 2018

Ini merupakan acara tahunan anjuran Pihak The Ark Invasion Present. Lia juga ingin berkongsi pengalaman ke Splashing Neon Party 2018 pada 14 April yang lepas. Lia dan Olivia dapat tiket VIP dan berpeluang untuk VIP Zone di mana dapat merasa sendirikan buih-buih dan berada di hadapan stage. Untuk VIP, kami diberikan Dry Fit Event T shirt, Wrist Tag, Water Gun, Waterproof Pouch, Waterproof Bag, Baggage Storage, Event Towel, VIP Zone & Express Lane.

Me & Olivia at Splashing Neon Party 2018

Semasa Splashing Neon Party 2018 bukan sahaja dibasashi dengan air tetapi dicat menggunakan cat neon untuk kelihatan seperti Glow In The Dark.

Gambar-gambar dan aktiviti sepanjang Splashing Neon Party 2018 yang lepas :








Harga tiket untuk Splashing Neon Party 2018 adalah seperti di bawah.



Ini adalah Splashing Neon Party 2018.




Setiap pengunjung yang datang akan diberikan Dry fit Event T Shirt khas Splashing Neon Party 2018.



Gambar kenangan dicetak di Photobooth Splashing Neon Party 2018

Jika anda terlepas Splashing Neon Party 2018, jangan risau untuk sertai pada tahun hadapan pula ya. Splashing Neon Party 2019. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.


Tarikh: 6 April 2019 (5 petang - 10 malam)
Lokasi: Penang Mmall O2O, https://www.facebook.com/events/234573523950838/

Tiket dalam talian: www.thearkinvasion.com



You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community