Salam dan Hai semua,
Tak sabar nak menyambut bulan Ramadan tak lama lagi. Bila tiba saat bulan Ramadan, juadah pelbagai jenis menu dan juadah makanan juga akan muncul. Bulan puasa yang dinantikan juga merupakan tempat berkumpul makan bersama keluarga dan kawan-kawan.
Adakah anda mencari tempat berbuka puasa dengan pelbagai juadah makanan?
Dan juga anda mencari tempat berkumpul untuk kuantiti ramai bersama keluarga dan kawan-kawan?
Kali ini Lia nak mengesyorkan satu Ramadan Buffet yang menyajikan pilihan makanan yang menarik dan sesuai dinikmati bersama keluarga dan sahabat handal. Tahun ini Eastin Hotel Pulau Pinang menyediakan Ramadan Buffet bertemakan Ramadan Warna Warni Ala Kampung.
Pengenalan Ringkas Mengenai Eastin Hotel Penang
Eastin Hotel Penang adalah hotel kelas perniagaan antarabangsa kontemporari. Terletak dengan strategik dengan pembangunan tepi laut bersepadu Queensbay, Eastin Penang bersebelahan dengan Queensbay Mall.
Lokasi yang menarik adalah minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang yang ikonik serta di sekitar Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas. Ia mempunyai 328 bilik dan suite yang dihiasi dengan cermat, menghadap ke laut biru yang berkilauan dan bukit-bukit hijau di Pulau Jerejak, yang terletak di hutan hujan tropika yang berusia lebih dari 130 juta tahun. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.eastin.com
Tema Warna Warni Ala Kampung oleh Eastin Hotel Penang
Eastin Hotel Penang mempamerkan promosi bufet istimewa untuk Bulan Ramadhan yang menawarkan hidangan bufet tradisional. Untuk merayakan bulan istimewa ini, pasukan masakan Eastin Hotel Penang telah menyediakan menu makan malam bufet setiap hari yang menawarkan pelbagai pilihan makanan 'Kampung'.
Dekorasi Warna Warni Ala Kampung di Eastin Hotel Penang
Dekorasi dan susunan untuk tema raya kali ini sangat menepati temanya, bersih dah sangatlah teratur. Suanana ramdan dan hari raya juga terasa. Susunan makanan juga bersesuaian dan mudah diambil mengikut jenis.
Kakitangan dan chef Eastin Hotel Penang di sini yang terlibat dan menjayakan Ramadan Warna Warni Ala Kampung Buffet.
Susunan kerusi dan meja juga teratur dan luas di mana boleh menempatkan pengunjung yang ramai dalam satu jangka masa.
Menu Ramadan yang disediakan Eastin Hotel Penang
Menu dan sajian hidangan yang pelbagai dan menepati selera para pengunjung dengan Pembuka Selera, Aneka Kerabu, Sup, Citarasa Hidangan Utama, Gerai-gerai aksi dan Pencuci Mulut.
Pembuka Selera
Aneka Ulam-Ulaman, Sambal Belacan, Sambal Cencaluk, Sambal Mangga Muda, Sambal Jelatah, Budu, Kicap Cili Padi, Lemang, Ketupat, Serunding Ayam, Serunding Daging
Aneka jenis Salad
Aneka sos sampingan
Kurma
Aneka Jenis Jeruk
Aneka Kerabu
Aneka Kerabu dan Ikan Masin
1 - Kerabu Papaya
2 - Kerabu Ikan Bilis
3 - Kerabu Sotong
4 - Kerabu Udang dengan Soo Hoon
5 - Kerabu Mangga
6 - Kerabu Kaki Ayam
Sup
Sup Tulang Rusuk Kambing Berempah
Terdapat juga sup iaitu Seafood Tom Yam Putih.
Citarasa Hidangan Utama
Nasi Putih
1 - Stir Fried Egg Tofu with Siew Pak Choy
2 - Kam Heong Kupang
3 - Pajeri Mangga
4 - Udang Masak Tempoyak
5 - Daging Kuzi
6 - Ketam Masak Cili Ala Temasik
7 - Sotong Kembang Masak Cili Kering dengan Kekacang
8 - Ekor Lembu Masak Ros
9 - Kambing Panggang dengan Sos Capsicum Berkrim
10 - Chicken Pomodoro
Gerai Gerai Aksi
Gulai Kawah Kepala Ikan Salmon
Kambing Panggang BBQ
Kambing Panggang BBQ
Kambing Panggang BBQ
Kambing Panggang BBQ
Bubur Lambuk
Gerai Shawarma Ayam, Penang Char Koay Teow & Mee Siam Berkuah
Pencuci Mulut
Kek Nangka Manis
Aneka Buah - Buahan Tempatan
Aneka Buah - Buahan Tempatan
Aneka Buah - Buahan Tempatan
Aneka Buah - Buahan Tempatan
Sago Gula Melaka
Aneka Jenis Kuih-Muih Melayu
Aneka Jenis Kuih-Muih Melayu
Aneka Jenis Kuih-Muih Melayu
Bubur Durian Istimewa
Aneka kek: Kek Ladu Oren Coklat, Kek Pandan Kukus & Kek Batik
Bread of the day
My Plate
Ini merupakan pinggan hidangan yang Lia cuba sepanjang di sini. Banyak bukan sebab semuanya menarik. Jika anda peminat kambing, patut cuba makan kat sini. Lagi satu Lia nak syorkan juga makanan jika Kek Nangka Manis sememangnya terbaik di sini. Bubur Durian sangat terbaik disini. Lia memang peminat Dessert dari dulu lagi. Hidangan kerabu juga menyelerakan dan patut cuba kenam-enam menu kerabu.
Bersama dengan barisan blogger yang menjamu selera.
Harga Ramadan Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang
Harga Ramadan Warna Warni Ala Kampung:
RM120nett untuk orang dewasa.
RM69nett untuk warga emas
50% untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun
Para tetamu boleh menjamu selera dengan gaya di Swez Brasserie dengan harga RM100 nett bagi setiap orang dengan baucar early bird, RM69 nett untuk warga emas dan RM120 nett bagi setiap orang dewasa pada kadar normal. Kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun boleh menikmati diskaun 50% dari harga biasa.
Promosi makan malam bufet Ramadhan 'Warni Warni Ala Kampung' adalah dari 18 Mei hingga 14 Jun 2018 dari 7.00 malam hingga 10.30 malam. Untuk tempahan restoran, sila hubungi Swez Brasserie di 04-6121111
Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi
Eastin Hotel Penang
No. 1, Solok Bayan Indah,
Queensbay,
11900 Bayan Lepas,
Penang, Malaysia.
Tel: +604 612 1111 (Ext: 135)
Fax: +604 612 1808
Laman web : http://www.eastin.com/
Facebook : Eastin Hotel Penang
Instagram : @eastinhotelpenang