alam pekerjaan tidaklah semudah yang disangka..

January 27, 2010

Sekarang nie kan kalau student yang dah last sem mesti tak sabar dah nak keje.
Dah letak macam-macam angan dalam kepala nie.
Nak pakai kereta besar la, nak shopin tiap2 bulan la,
nak belanja kawan-kawan la.
Merungut study nie tak best la, itulah inilah.
Tak best la study tak banyak duit tapi dah duit loan masuk sebulan dah habis.
Ada yang anggap bila dah kerja nanti hidup pun teratur sebab dah banyak duit.
Bila nampak je orang yang dah bekerja, hati pun dah tak sabar nak keje.



Tapi apakah daya bila dah masuk alam pekerjaan barulah tau susahnya bekerja.



Baru dapat fikir betapa susahnya parent kite cari duit.
Yang kite tau mintak duit kat mak ayah jer.
Tak pun call parent 'Ma, bank in kan duit. Duit dah habis'.
Kerja mintak duit je. Bukan nak call tanya khabar ke.




Pastu bila dah kerja baru tau betapa bestnya alam study dulu.
Sangat enjoy.
Banyak masa terluang.
Kelas pun kadang-kadang je full.
Tapi hari lain ada yang kelas 2 3 jam je kan.
Bila kelas tak ada mula habiskan duit kuar g sana sini.
Movie lah shopping lah.
Hangout lah dating lah.





Kerja memang full time.
Cakap je masuk pukul 8 balik pukul 5.
Kalau kerja banyak mesti kene stayback gak kan.
Mana boleh pentingkan diri nak balik.
So kita kena consider dan tolong orang lain siapkan kerja.
Sebab bile kite busy lak nanti staf-staf yang lain akan tolong kita lak.
Kalau terlampau busy sampaikan hari Sabtu dan Ahad kena datang office siapkan kerja.
terpaksa korbankan hari minggu.
Kerja Overtime!!
Memang beza gila dengan study yang hari minggu tenang dan aman damai.
Boleh keluar dating, enjoy dan lepak.






Bila dah keje kite banyak komunikasi dengan orang.
Kalau study dulu berhubung dengan kawan kelas jer.
Umur sebaya tak pun beza 2 3 tahun jer.
Bila dah kerja kita kena bergaul dengan orang ramai.
Ada yang tua dari 10 tahun dari kite.
Adat bekerja memang camtuh.
Kena belajar jaga hati dan hormat orang yang tua dari kita.





Kerja nie melibatkan semua orang sebab tu kena kerjasama.
Memang penting sebab kebanyakkan kerja kat office nie melibatkan kesemua staf.
Contohnya ada satu projek yang terpaksa handle, masing-masing kena tolong-menolong antara satu sama lain.
Agih-agihkan kerja kemudian siapkan sebelum dateline.
Kalau study dulu assignment grouping bukannya kerap.
Memang kena siap dan hantar sebelum tarikh yang lecturer kasi, tapi x cukup berat macam kena handle satu projek.



Kalau kerja kalau kita tak siap akan melambatkan proses kerja tersebut.
So kena wat sebelum dateline.
Kalau boleh kena wat kerja cepat.
So kena wat kerja cepat-cepat sebab takut orang lain marah.
Kalau study dulu banyak melibatkan seorang diri je.
Yerla kalau tak buat assigment, tak datang kelas, tak study hard untuk final.
Pointer jatuh. Diri sendiri yang rugi kan.





Kalau study kita akan belajar banyak teori.
Banyak nak kena ingat, hafal dan faham.
Kadang-kadang kita hanya belajar teori dan tak tahu aplikasi penggunaannya.
Bila bekerja, kita banyak kena kemahiran.
Teori memang perlu ada sebagai pengetahuan.
Kalau teori sahaja tak mencukupi, kita perlu ada kecepakan dan kemahiran buat kerja.
Lagi satu pengalaman kerja.
Sekarang nie banyak syarikat mementingkan pengalaman kerja.
Tak kisah lah sijil ke, diploma ke.
Kalau degree sekalipun tak ada pengalaman kerja dan tak tau buat kerja pun tak berguna gak kan.
Tak perlu nak berlagak dengan kelulusan yang kita ada sebab semua tuh tak penting.
Janji kena pandai wat kerja!!
Yang tu dah memadai.



Jangan ingat time study je kite banyak belajar.
Time kerja pun kite banyak belajar benda baru.
Kita kena aplikasi kan teori dengan kemahiran yang ada.
Kalau bekerja tiap-tiap hari kite akan jumpa dan belajar benda baru.
Boleh tambah pengetahuan gak kan.
So jangan fikir dah kerja tak perlu nak belajar semua tuh.





Bila dah kerja, time untuk enjoy dah kurang.
Serius. Dah tak ada masa nak bergembira sana sini.
Nak hangout, movie, lepak urm tunggu free time je lah.
Balik dari kerja rasa letih sangat-sangat.
Mata letih badan letih balik kerja nak serbu kat tilam dengan bantal jer.
Pastu esok bangun untuk pergi kerja lak.
Rutin harian orang bekerja memang macam itu.





Kalau tak percaya pergilah masuk alam kerja.
Dah tak fikir nak buang duit.
Kalau nak berbelanja atau nak shopping sesuatu barang mesti dah bajet betul-betul.
Dalam kepala fikir kerja untuk simpan duit.
Itu lagi penting.
Dalam bulan pertama kerja memang tak fikir lagi.
Fikir duit gaji pertama nak beli macam-macam.
Tak fikir langsung duit gaji bukannya nak cukup permintaan diri sendiri yang memang banyak.
Ramai yang macam tuh bila dapat gaji pertama boleh habiskan dalam masa sehari, seminggu takpun setengah bulan.
Bila duit dah habis barulah nak fikir duit untuk diesel, makan sebulan.
Lagi satu duit kasi dekat parent.



Alam pekerjaan akan mematangkan lagi fikiran kita.
Rasa bertanggungjawab akan ada dalam diri sendiri.
Tanggungjawab dengan bos, kerja dan famili.
Barulah tau betapa rendah dan cetek nya pemikiran aku dulu.
Berapa banyak orang dah aku guriskan perasaan orang.
Kita sentiasa akan kenang detik gembira dengan kawan-kawan bila study dulu.





Kerja nie banyak wat diri rasa stress.
Tension. Pressure.
Penat nak mampus.
Macam-macam ada.
Barulah terfikir nak bercuti ke sana sini.
Kerja memang stress tapi diri sendiri kena pandai manage.
Tekanan kerja banyak sangat bila bos bagi arahan,
kerja bertimbun atas meja tapi dapat kerja baru lagi.
Pastu fikir nak siapkan mana satu nie.
Kepala macam nak pecah jer.
Beruntungnya study dulu sebab tak perlu nak pressure macam nie.
Kalau assigment tak siap jangan salahkan orang lain.
Diri sendiri yang malas siapkan.
Kalau nak kata tekanan sebab final exam,
diri sendiri yang study last minute kan.






Ada yang tak sabar sangat nak kerja,
xpun ada yang tak ada kerja nak sangat kerja.
Cari kerja merata-rata.
Jobstreet lah, Job Malaysian, internet lah.
kalau boleh surat khabar nak beli tiap-tiap hari.
Bila dah mula bekerja banyak sangat alasan dan merungut.
Baru masuk hari pertama kerja dah tak nak kerja.
Cakap kerja susah la, pressure la.
Mana ada kerja yang senang.
Kebanyakkan kerja susah tapi diri sendiri kena pandaikan uruskan.
Bila kerja susah sikit merungut nak sambung degree lah master lah.
Bila dah kena marah sikit dengan bos, kena tegur sikit dengan staf lain.
Mula fikir nak berhenti kerja tak pun nak cari kerja lain.
Kalau kena marah tu perkara standard lah.
Mana ada benda yang kite buat perfect kan.



Kena fikir satu je sekarang, peluang pekerjaan susah nak cari sekarang.
Ramai yang study kat luar sana, belum tentu keluar nanti akan dapat kerja yang diorang inginkan.
Kalau dipanggil untuk bekerja, rembat je peluang yang ada.
Gaji letak tepi.
Fikir diri ni kosong dan tak tahu apa-apa.
Kerja dahulu cari pengalaman.
Lepas dah kerja, dah tau banyak benda,
boleh nak demand gaji tak pun cari kerja lain.
Ada setengah orang tuh baru je masuk kerja tapi gaji mintak demand punyalah tinggi.
Kalau orang yang kerja 5 tahun.
Belum tentu kerja boleh buat.





Yang ini sahaja yang nak kongsi.
berdasarkan pengalaman bekerja diri sendiri.
Harap boleh buat pedoman dan kongsi pendapat.
=)
Pengajaran juga untuk diri sendiri.


You Might Also Like

12 inspiration

  1. setuju2..keje memang lg tough dari study..time praktikal pon, da letih giler tiap2 hari..

    ReplyDelete
  2. esofagus,
    tau xper..
    study la plg best..
    nk skt kepala pun last sem je kan.
    kene byk sbr jer la..

    ReplyDelete
  3. keje membosankan
    janganlah keje
    mari jadi blogger fulltime
    erk888

    ReplyDelete
  4. deusXmachina®,
    xkeje pun ssh,
    mana nk cr duit kan.
    kalau blogger 24 jam.
    byk income xpe gak kan..

    ReplyDelete
  5. Shahrul Azry,
    ape yg ssh?
    keje ke study?

    ReplyDelete
  6. ah soon,
    best xbest..
    urm kene wat pilihan gak..

    ReplyDelete
  7. Itulah yang di nama kan kehidupan... Nak tak nak, kena juga harunginye... Kena banyak bersabar dan jangan menidakkan takdir yang datang... Itu semuanye adalah ujian untuk kita agak lebih matang dan berhati2 untuk masa hadapan... Apa2 pun senyum selalu macam selalu... :)

    ReplyDelete
  8. ChiLaBaey's,
    yerla muz..
    kene terima suma dugaan gak.
    kene banyak banyak bersabar..
    bnda tu je penting.
    xde ayat lain yang sesuai..

    ReplyDelete
  9. huh pnjang btol entry ni..
    sib baik berjaya habiskan..
    jarnag aku baca entry pnjang2..
    aha..

    aku pn dh rasa mcm tu..
    sejak masuk alam pekerjaan ni,mmg bz tahap cipan..dahla cuti sehari ja..

    memang zaman blajaq syok sgt2!!!

    kenangan terindah..huhuh

    regards,
    Macam Macam Ada

    ReplyDelete
  10. Admin,
    yerla.
    tau xper.
    mmg penat la.
    sian kt diri sendiri kan.
    xde life.
    saje wat entry pjg2..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community