rojak lidi @ satay rojak ??

March 21, 2010

Tak tahulah nak panggil apa?
Rojak lidi tak pun satay rojak.
Tapi kalau dah ada buah-buahan dengan kuah rojak.
Panggil rojak buah la kan.. kan..


Hari Sabtu lepas, ada kenduri akikah korban lembu kat Permatang Pasir.
Balik je terus singgah kat Butterworth.
Nak makan rojak buah.
Rojak buah nie special skit dari rojak buah yang lain. 

Apa yang special?
Buah dipotong kecil-kecil pastu cucuk kat lidi.
Macam satay ayam tuh.
Pastu cicah dengan kuah rojak kat situ.



Tengok tuh macam buah-buahan ada.
Sengkuang, jambu air, jambu batu, mangga, tomato.
Ada gak carrot, timun, sotong, fishball, telur burung puyuh.
Menyelerakan ;-)



Boleh pilih jer nak buah apa.
Terus cicah kuah ada kat tepi tuh.



Kuah ade dua jenis.
Pedas dengan biasa.



Secucuk buah RM 0.40 jer.
Murah kan.
Makan banyak mana pun takpe.
Pastu bayar ikut berapa banyak lidi yang kita makan.



Makan tak tengok orang.
Janji dapat makan.
Tapi rojak lidi makan 5 cucuk pun dah kenyang dah.


Dah tak larat nak makan rojak kat kedai tuh,
tapau bawa balik rumah lak.
Nyum Nyum


Harap pasni dapat makan lagi rojak special nie.
All the picture credit to my sister Diyana.

You Might Also Like

21 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community