Spaghetti Bolognese and Meatball

October 16, 2010

Hye,
Salam,


rindu nak makan Spaghetti Bolognese and Meatball.
Selalunya nak cari spaghetti mesti kat Secret Recipe.
So kali nie nak masak sendiri.
Weekend yang free and takde benda nak buat.
Jom masak!



Bahan-Bahan

1)Spaghetti ( rebus ikut kuantiti orang yang nak makan)
2) Sos tradisional - Kimball (boleh pakai brand lain sebab rasa lebih kurang sama je)
3) Tomato puree
4) Daging cincang
5) Meatball (ready-made)
6) Cendawan butang - yang dibelah kecil
7) Bawang besar - didadu
8) Bawang putih - dipotong cincang
9) 1/2 sudu teh black pepper
10) Sedikit minyak
11) garam secukup rasa
12) Sedikit Air


Cara-cara

1) Rebuskan spaghetti dengan air, sedkit garam dan minyak sehingga lembut. Angkat dan toskan.
2) Panaskan kuali dengan minyak, tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
3) Masukkan daging cincang, meatball dan cendawan butang.
4) Masukkan tomato puree dan sos tradisional Kimball. Tambah sedikit air.
5) Kemudian masukkan garam dan black pepper, kacau sebentar.
6) Bila kuah dah pekat, tutup api.
7) Letak spaghetti di dalam pinggan dan tuangkan kuah spaghetti.


Okay, boleh makan sekarang.



Tada!


Sorry presentation tak cantik.


Kalau masak sebotol sos tradisional Kimball boleh untuk 5 @ 6 hidangan.
So boleh untuk 5 @ 6 orang makan.
Kalau nak sedap lagi tambah oregano & cheese.
Resepi nie senang jer. So semua boleh try.


So next simple recipe,
Tunggu.

You Might Also Like

10 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community