Hye Everybody!
Hari nie nak kongsi story skit.
Baru nak update.
Malaysian Cub Prix round 12 nie diadakan pada 4 -5 Disember 2010 lepas.
Penutup Malaysian Cub Prix diadakan di Esplanade Padang Kota, Penang.
So jalan kat area Padang Kota semua tutup.
Semua dikelilingi dengan pagar besi.
Manusia punya la ramai.
Nak balik pun kene tawaf & round 2 3 kali.
Suka tengok kete lagi.
Tapi hari tu rasa best lak plak.
Bila dengar bunyi motor.
Baik race macam nie kan dari merempit.
Terasa lapar lak. Makan time.
Makan Mee Sotong kat Padang Kota.
Mee sotong nie memang famous.
Mee goreng mamak yang dicampur dengan sambal sotong.
RM 4.00 sepinggan.
Click here fore info tambahan Mee Sotong.
Plus lak dengan Coconut Shake.
Delicious (:
Dekat je dengan Padang Kota ada Fort Cornwallis.
kota lama peninggalan British.
Kat situ boleh nampak jelas Cub Prix dari atas.
Nama Fort Cornwallis yang dinamakan sempena Gabenor Charles Cornwallis yang berkuasa di Bengal di penghujung dekad 1700 merupakan sebuah tapak bersejarah yang sangat menarik di Georgetown. Kubu ini terletak berhampiran dengan Esplanade di sebelah Menara Jam Peringatan Victoria.
Okay nak kongsi skit sejarah Fort Cornwallis :-
(Taken from Wikipedia)
Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.
So kalau dulu-dulu orang cakap nak pergi Tanjung,
pergi Georgetown la tuh.
Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.
Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.
(Taken from Wikipedia)
Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.
Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu
Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.
So inilah semua view dari dalam Fort Cornwallis.
Cantik kan.
Banyak galeri sejarah.
Tempat photoshoot pun cantik kan.
Jom balik.
Tak sabar nak tunggu habis.
Sebab asyik tawaf je dalam tuh.
10 Comments
waaa..bestnye!
ReplyDeletedania ske p muzium perang..
i love penang too!
dania,
ReplyDeletemuzium perang pun lia x p lg.
nnti nk p gak la.
tgk ape ade
i love penang very much (:
best tempat die..
ReplyDeletetp mcm scary pun ade sb kat situ la penjara, kat situ la tempat pancung org, hukuman gantung..
nak main paintball pun boleh.
lain dri yg lain sb suasana dlm hutan..
teringin sangta nak main kat cup prix tapi x pernah pon..sob..sob.. :'( tak pe highway kan ade...wakakakak
ReplyDeletecocnut shake tu menggiurkn...wuuu =P
ReplyDeletehehe..fokus prt mkn dan minom jek..hihi
dania,
ReplyDeleteyeke. sania penah p ke.
penah dgr gak scary tempat tu.
kalau paint ball x penah men lg.
teringin nak men.
HazlaL,
ReplyDeleteeh jgn men kat highway.
bahaya tuh.
ntahle sy pun xtau camne org yg masuk cub prix tuh.
Fxysche Nas,
ReplyDeletememang mengiurkan.
sedap tau. dtg penang makan je.
me too! i love penang very much. so many great memories there :)
ReplyDeletefiza_sensei,
ReplyDeleteya.
i love penang very much you know.