8 hari di wad

May 09, 2012

Salam semua.
Happy Wednesday!


Ramai-ramai yang tertanya-tanya. 
Kenapa? Sakit apa? Sebab apa?
Accident ke?
Kena admit masuk wad?


Sebenarnya Clara admit masuk wad sebab operation untuk buang tiroid.
Tiroid ni makin membesar kat leher sebelah kiri.
Kalau biarkan boleh membesar lagi.

Tahun lepas bulan November 2011, pergi check kat Hospital Pulau Pinang (GH),
tapi dapat tarikh scan bulan Jun 2012.
Sekejap je kan. lebih kurang 8 bulan kena tunggu.
Biasa lah hospital kerajaan terlalu ramai orang sakit.
Semua pergi sana.


Atas nasihat dan pendapat ramai orang,
Clara pergi ke hospital swasta,
Hospital Lam Wah Ee,
and asking some advice from my doctor.
After 1 weeks, I got a call from hospital.
Then I done my blood test & CT Scan.
Sekejap jer, admit wad terus operation.


Masuk wad hari Sabtu & operation hari Selasa.
Sebenarnya Clara tak lah risau sangat pasal operation.
Tak banyak fikir sebab rasa ini yang terbaik.
Untuk kesihatan & kebaika diri sendiri.


Operation?
Siapa yang takut dengar. Betul tak?
Dengar je operation berderau darah.
Terbayang macam-macam.
Pisau la jarum la.Benda-benda tajam.
Rasa takut operation tu normal.
Tapi Clara tak fikir sebab kalau fikir memang tak operation pun.


Hari selasa operation day,
Doktor cakap dalam pukul 12.
Tapi nurse datang pukul 9 pagi suruh tukar pakai baju bedah.
Nervous dah mula terasa.


Nurse ada bagi suntikan kat area pinggang.
Terasa sakit nya.
Nurse cakap suntik untuk keringkan air liur, takut tersedak bila operation.
Lepas tu Clara dibawa ke bilik bedah,
Masa atas katil tuhan saja yang tau. Takut semua ada.
Mama sentiasa ada kat tepi. Ikut je anak dia ni.


Masa dalam bilik bedah,
ada doktor datang suntik apa ntah kat tangan.
Ubat bius kut.
Time tu rasa lali ngantuk pastu terus tido.
Sedar-sedar rasa ade orang tolak katil kita.
Dah ada dalam bilik.
 Rasa kebas & leher berbalut.


Nikmatilah gambar-gambar kat bawah ni.



Bila tengok semua gambar-gambar ni kan,
Rasa kesiannya kat diri sendiri.
Berbalut macam tuh.


Sebelum operation dah nurse dah suruh puasa,
rasanya 3 hari kut tak minum air.
Tapi memang tak rasa nak minum pun.
Sebab rasa badan letih, nak rehat jer.
nak baring & taknak sape pun ganggu.
Lepas operation rasa pening & nak muntah.
Rambut pun banyak gugur.



Leher Clara yang berbalut tu,
ada dua saluran kiri & kanan, salurkan darah kotor kat botol tu.
Geli juga tengok darah tu. beranikan diri je.
Selama 4 hari bersama botol ni.
Nak pergi toilet pun kena usung kiri kanan.
Macam shopping bag.



Rasanya gambar ni sehari atau 2 hari lepas operation, 
terbaring je, dalam hati banyak berdoa cepat sembuh,
sebab rasa leher ni balut ketat sangat,
Nak bergerak pun tak boleh.



Tiroid?
 Dia macam ketumbuhan dekat leher dan boleh membesar.
Kebanyakan perempuan.
Kalau nak tau lebih detail. 
Baik search google. Banyak info mengenai tiroid.
Tak pandai nak terang takut tersalah info.


Mama ada cakap lepas operation,
nurse ada bawa tiroid tu tunjuk kat mama.
Macam ketulan daging,
satu besar & yang lain-lain ada kecil-kecil.


Inilah pengalaman masuk wad.
8 hari lak tu. Lama tau.
Sakit tu menghapuskan dosa-dosa kecil. Betul ke?
Apa-apa pun dah lepas proses operation,
buat hati berdebar-debar je.
Sekarang tunggu cepat pulih.
Doa semua orang kat saya, minta tuhan kabulkan.
Lega rasa hilang dari penyakit. 

Thanks silent reader!
tunggu my next entry ya ;-)



You Might Also Like

2 inspiration

  1. moga kamu bertambah sihat lah selepas ini...
    jgn lupa panjatkan doa terhadap ILAHI kerana setiap ujian yg dinerikan-NYA,
    ada hikmah disebalik...
    so... pasnih....
    jaga kesihatan n jgn lupa amal ibadat...
    insyaALLAH berkekalan kesihatan tu....
    :)

    ReplyDelete
  2. @anak kacukan darat dan laut
    terima kasih atas nasihat.
    & sudi menjenguk blog ni.
    clara akan cuba yang terbaik.
    akan jaga kesihatan sebaik mungkin.

    ;-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community