Pecel Ayam & Lele


Pecel Ayam.
Pecel Lele.
Semua orang dah penah dengar makanan ni kan?
Dulu tak pernah makan.
Tak tahu Lele tu apa dulu. Rupanya ikan keli.
Tapi sejak kerja 2 3 tahun lalu dah selalu makan.
Nasi putih, ayam, sayur, sambal pecel & sup kosong.
Simple & Nice.


Kalau dulu nak makan Pecel Ayam & Lele favorite kena pergi sampai Batu Uban.
Dah sampai tempat kecik mesti tempat dah full.
Sedihnya. Kalau balik kerja pergi makanan dah habis.
Staff USM ramai yang tahu pasal Pecel Ayam sedap ni.

Sekarang IBU (owner Pecel Ayam & Lele favorite ni) dah berpindah ke Relau.
Depan Flat Seri Aman. Dekat sangat dengan Kolej Komuniti Balik Pulau.
Yang paling best sekali dekat sangat dengan office.
Tahun 2012 sampai ke 2013 kami lah pengunjung yang kerap makan.
Sampai sana jer mesti jumpa muka orang yang sama.
Jumpa architect dari PDCC. 
Dia mesti tanya soalan yang sama,
"Mielia, takdak tempat len kat nak makan?"
Hehehhe



Kalau nak tau tempat ni kat mana.
Boleh tengok kat sini. 
Map curi dari facebook Zharif.
Dah tahu kan tempat kat mana.


Kedai IBU warung biasa tapi makanan sedap.
Kadang-kadang ramai orang kadang-kadang tak ramai.
Ada satu hari kena berdiri sampai orang dah habis makan baru duduk.




Air Extra Joss Anggur.
Air yang faymes kat sini.
Rasa bergas skit ada rasa vitagen skit.
RM 1.50 satu.


Kalau datang sini mesti nak makan cucur dulu.
Tunggu nasi sampai lambat sikit.
RM 0.50 jer satu.


  
Sos, kicap & sambal cili yang pedas.
Kicap & sambal cili makan dengan Pecel Ayam takpun Pecel Lele.

 

Makanan yang wajib makan kalau datang sini.
Pecel Ayam.
Kadang-kadang Clara makan Pecel Lele.
Ayam goreng sedap sangat makan dengan sambal pecel.
Sayuran lak terung goreng, tomato, timun, salad dan kobis.
RM 5.00 satu.


Ini pulak Gado-gado.
Sedap juga sebab nasi himpit rasa lain skit.


Ini pulak Bakso.
Sup tak berminyak.


Orang Penang yang suka makan makanan macam ni boleh la serbu sini.
Makanan dia sedap harga tak lah mahal sangat.
Harga makan semua average RM4.00 - RM6.00 setiap satu.
okay esok Clara nak pi makan lagi.


:-)


Post a Comment

2 Comments

  1. Ooooo baru tahu menu ni... Kalau kat sini selalu saya makan kat Shah Alam... Samada Ayam Goreng, ayam bakar, daging bakar @ ikan keli a.k.a Lele... Tapi takde sup... Sambal dia pergghhh buat terngiang2 di kepala... Hehehehe... Selamat menjamu selera nanti yer... :)

    ReplyDelete
  2. @Muzafar Shah Haji Zainal
    yeke kalau cmtu lia g kl pakngah ba makan kat sana yer.
    kalau pakngah dtg penang lia bawa makan kt tmpt ni. okay deal. hehhe

    ReplyDelete