Salam Semua.
Nak cerita pasal Iftar dengan officemate lepas.
hari Rabu 24 Julai 2013 lepas,
satu office plan nak p berbuka puasa.
Punya cari tempat sana sini.
Buffet atau Ramadan Set.
Bulan Puasa semua jadi mahal.
Yang ni la tempat Iftar kami,
China Muslim Restoran
Semua menu kami.
Set kami RM298 sahaja.
Takde goverment tax.
Makan ramai-ramai memang berbaloi.
Memang sedap sangat.
Susah nak cari makanan Cina yang halal.
Kat sini the best!
Menu nya :
Nasi Putih
Cendawan Brokoli Goreng
Sup Ayam Herbal China
"SaPo" Tofu Jepun & Cendawan
Udang Goreng Pedas
Telur Goreng Shark Fin & Isi Ketam
"Pi Feng Tang" Ayam Goreng Pedas Nestum
Kambing Goreng Berempah
Ikan Masak Bersos Special
Menu nampak special kan.
Sedap pun sedap.
Nampak tu orang tengah tarik mee.
Nama dia "La Mian" takpun Mee Tarik.
Kalau nak cari Mee Tarik Halal boleh cuba kat sini.
My clicks at office :
Liani (Ex - AIKONSULT dulu penah kerja sekali) & Siti
Kak Zie & Aziean
(dua-dua nama sama)
Ayda & Me.
Gambar kenangan di depan kedai China Muslim Restoran.
AI KONSULT PENANG
Berminat nak makan kat sini.
Boleh masuk website CMR sendiri.
Semua details kat sana :
Alamat :
CMR China Muslim Restoran
No 70-01-12A & 14 D'piazza Mall,
Jalan Mahsuri, 11900
Bayan Baru, Penang.
Contact No : 04 - 644 37 18
;)
0 Comments