Coke dengan nama sendiri. Limited edition!

February 25, 2015

Salam dan Hai.

15 Februari 2015 lepas, Coca-Cola ada buat roadshow di Giant Bayan Baru, Pulau Pinang. Sebelum tu dah ada roadshow di Giant Farlim. One of my officamate suka kumpul Coke. Dialah tunjuk air tin Coke boleh letak nama sendiri. Apa lagi tak sabar nak beli sendiri. Fancy a personalised limited edition Coca-Cola can. Roadshow tu dari pukul 11 pagi sampai 9 malam. 






Sebelum nak ada tin Coke nama sendiri, kena beli dulu 10 tin air Coke. Simpan resit then baru boleh dapat 1 percuma Coke dengan nama sendiri. 









Lia pergi dalam pukul 12 tengah hari. Kononnya orang tak ramai. Bila pergi sana adoi ramainya orang. Siap berpayung di tengah panas. Tapi sebab nak sangat fancy Coke can limited edition sanggup beratur panjang. Memang ramai beli banyak tapi limit 5 cartons sahaja. Beratur panjang sakit belakang pinggang semua ada. Sebab terlalu lama 2 jam kut. Macam nak pengsan tengah panas terik. Tapi bersabarlah wahai hati sambil update twitter.






Bila dah sampai turn, rasa happy tak sabarnya. Resit beli Coke 1 carton jangan buang sebab yang tu bukti pembelian. Nama untuk diprint atas tin pun minimum 8 huruf. Kalau space pun dah dkira okay. Boleh pilih nak semua huruf besar takpun Capital Letter sahaja ruhur besar yang lain huruf kecil.




Penantian sesuatu penyeksaan. Cepatlah keluar air tin ku. Tak sabar lak.




Okay tada! Here my fancy Coke can with my name. Mielia. Rare kan. Limited edition. Beratur panjang penat tapi bila dah dapat hasil, penat tadi semua hilang.



Lastly, here my selfie with my fancy Coke can. Nak buat koleksi Coke lepas ni. 


Ada orang bercakap sanggupnya hang beratur panjang untuk benda karut macam ni. For me bila dah minat semua kita sanggup buat. Setiap orang ada minat masing-masing kan. Janji tak menyusahkan orang lain. Kita nak orang hormat minat kita, tak salah kita hormat minat orang. Win-win situation. Orang yang ada minat atau hobi rasa cam special kan. Sebab kita kebolehan dan keistimewaan tersendiri. Mana tahu minat atau hobi tu buat diri seseorang tu happy dan bahagia.


Macam hobi kumpul Coke. Rasanya ramai yang ada hobi macam ni. Bukan Lia sorang sahaja. Takdelah nampak pelik kan hobi ni?


Okay, sekian.
Bye!


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community