Salam dan Hai ;)
Sambung cerita perjalanan kami ke Parapat. Setibanya kami di KMP Ferry Tao Toba, Danau Toba. Kami menunggu feri ke Pulau Samosir. Perjalanan ke sini lebih kurang 4 - 5 jam. Perjalanan yang sangat lama dan dihabiskan di dalam kereta. Jalan bersimpang siur lebih kurang jalan nak ke Batu Feringgi. Kalau orang tak tahan boleh pening kepala.
Trip kami bertiga.
Hisyam, Me & Siti
Bapa Supir snapkan dari belakang pic Lia
Teman sebilik sebantal sepanjang trip.
Sebelum feri sampai, sempat snap view Lake Toba. Cuaca sangat sejuk & perlu pakai sweater. Penduduk kat sana tengok rileks je tak pakai sweater pakai. Dorang dah biasa kut dengan cuaca kat sana.
Gerai-gerai di hadapan feri. Kami hanya jalan-jalan dan tengok keadaan sekeliling. Tak digalakkan membeli di sini. Sebab bukan semua kedai halal. Kalau air tin boleh la. Di sini bukanlah semua Islam. Kebanyakkan beragama Kristian dan dari suku Kaum Batak.
Beratur untuk beli tiket ke Pulau Samosir dari Feri KMP, Tao Toba.
Feri kami dah sampai. Ini rupanya feri di Lake Toba ni.
Pengalaman naik feri macam ni. Selalunya naik feri Pulau Pinang je. Setiap kereta dalam ni kena masuk ikut reverse. Agak kelakar. Tapi memang semua macam tu. Beratur ikut turn & kete last sekali akan masuk dulu ikut reverse. Bila dah sampai kereta yang hadapan sekali akan keluar dulu.
Hisyam, Bapa Arifan, salah seorang musician atas feri tu dan Bapa Ridu.
View dari atas feri. Boleh keluar dari keta sambil layan angin atas feri. Di Medan kebanyakkan orang menggunakan kereta MPV daripada Sedan. Susah nak cari orang pakai kereta Sedan kat sini. Atas feri kami sempat berkenalan dengan orang Penang jugak. Lebih kurang 2 buah kereta tu orang Penang. Sempat sembang penang area mana, datang naik flight apa, berapa hari datang. Happy kut jumpa orang satu kampung kat negara orang. Perjalanan kami ambil masa lebih kurang sejam. Sampai sahaja ke Pulau Samosir, hari dah gelap kami terus dibawa ke chalet kami.
Ini bilik kami katil single dua. Mulanya kami dapat katil queen besar. Dah happy dah nak melompat. Tetapi kami kena tukar bilik dengan sepasang suami isteri. Huhu Terpaksa reda dan angkat beg pindah bilik.
Fajar Islam
Sampai chalet, kami bersiap mandi dan terus pergi makan. Bapa supir kami, Bapa Arifan bawa kami ke Rumah Makan Fajar Islam. Di Pulau Samosir susah nak cari makanan halal. Nasib baik bapa supir kami seorang muslim jugak. So dia faham & bawa kami makan ke tempat yang halal.
Nasi campur
Lauk indonesia memang tak sama macam lauk di malaysia. Lia ambik lauk daging kambing, sayur dan sambal belacan.
Air basuh tangan
Teh tarik
Teh tarik memang rasa lain & tak sama macam kat Malaysia.
Suasana kedai di Pulau Samosir. Baru pukul 8 malam kedai banyak dah tutup.
Seharian jalan yang sangat letih. Dalam pukul 10 malam balik bilik dan terus tidur. Sambung perjalanan esok pula hari kedua.
0 Comments