Medan Part 8 | Air Terjun Sipiso-piso

Salam dan Hai ;)

Destinasi kali ini ke tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Kalau datang trip Medan pastinya akan dibawa ke sini. Lokasi menarik ini ialah Air Terjun Sipiso-piso dan merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia.






Sementara nak sampai ke Air Terjun Sipiso-piso, kami di bawa oleh bapa Supir kami untuk tengok sendiri view Lake Toba dari jauh dan juga suasana hutan di sana berlainan dengan di Malaysia. Memang cantik tak boleh nak cakap. Dalam gambar nampak sangat biasa. Bila tengok sendiri baru tahu betapa cantiknya dengan keindahan ciptaan Tuhan.



Air Terjun Sipiso-piso


Gambar terpaksa google sebab gambar sendiri tak menjadi. Air Terjun Sipiso-piso memiliki ketinggian 120 meter yang terletak tidak jauh dari perkampungan masyarakat Desa Tongging. Secara geografinya, Desa Tongging berada di dataran yang lebih rendah manakala Air Terjun Sipiso-piso terletak di bukit yang lebih tinggi dari Desa Tongging.





Suasana di sekitar kawasan Air Terjun Sipiso-piso.




Air Terjun Sipiso-piso mendapat nama dan mempunyai maksud yang khas dari piso iaitu bererti pisau. Kederasan air yang berjatuhan dari bukit berketinggian 100 meter diumpamakan seperti bilah pisau tajam.



Ambil gambar kononnya air tumpah kat tangan. Kalau nak tengok air terjun dekat lagi kena lah turun tangga. Nak turun lagi bawah boleh saja tapi nak naik tangga balik memang penat lah. Turun baru suku tangga dah penat. Nampak sangat tak exercise.




Posing with Siti dekat tangga. Turun tangga sikit duduk rest. Turun lagi rest lagi. Penat dengan cuaca panas. Bila naik tangga nak pergi ke kereta balik, muka masing-masing pucat.




Sebelum balik kami singgah kedai berhampiran untuk beli souvenir. Harga disini agak murah dan berpatutan. Kami beli souvenir fridge magnet siap boleh request kalau beli 10 pcs dapat free 1 pc.

Okay ke next destination.



Post a Comment

0 Comments