Buku motivasi #88lovelife Volume 1

April 23, 2015

Salam dan Hai semua.






#88love life ?
Mungkin ada segelintir tidak mengetahui kewujudan buku ini. Tetapi penjualannya telah tersebar di Malaysia. Sekali pandang buku berwarna merah jambu dengan tulisan berwarna gold akan menarik minat lagi-lagi kaum perempuan untuk membeli.. Sebuah buku motivasi dan hasil karya ini asalnya dari Indonesia dan penulisnya ialah Diana Rikasari.


Siapakah Diana Rikasari?


Diana Rikasari merupakan perintis penulis blog dalam dunia fesyen dan gaya hidup. Beliau berasal dari Jakarta, Indonesia, Beliau menulis blog sejak tahun 2007 dengan berkongsi gaya yang unik dan keperibadian yang menjadi 'trademark' dan membawa beliau untuk menjadi sesorang yang berpengaruh dalam dunia fesyen.




Diana Rikasari popular dengan blognya bernama Hot Chocolate & Mint --> http://dianarikasari.blogspot.com/ mempunyai followers nya tersendiri bukan sahaja dari Indonesia, Malaysia dan juga negara-negara lain.




I am the one of her followers. Lia juga sudah lama mengikuti blog Diana Rikasari dari beliau single, berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang comel. Diana Rikasari juga mempunyai kedai kasut online iaitu Up di laman web http://www.iwearup.com/. Beliau juga merupakan shoes designer. Kasut-kasut yang dijual mempunyai warna dan rekaan yang menarik.




Buku ini ditulis oleh Diana Rikasari dan diedit dan diulistrasi oleh Dinda Puspitasari. Why I love this book so much? First, pink is my favorite colour! Second, I love motivation and book. Plus, buku ini tak bosan untuk dibaca berulang kali, dengan tulisan yang pelbagai, warna yang menarik, dan lukisan yang comel. Setiap helaian mempunyai kepelbagaiaan dan berbeza. Kombinasi yang superb! Jangan lupa di muka surat akhir ada sticker menarik.




Berbalik kepada buku #88lovelife pula, buku ini merupakan komplikasi hasil pemikiran Diana Rikasari mengenai cinta dan kehidupan. 88 kata-kata kegemaran beliau yang ditulis dari tahun 2007.




Kongsi sikit apa yang menarik mengenai #88lovelife :









Harapan beliau jika diri berasa sunyi atau perlukan seseorang untuk becakap, buku ini boleh menjadi motivasi, inspirasi atau pun boleh menjadi rakan anda.


Sentiasa percaya dengan kebaikan. Seperti sebuah buku yang baik adalah makanan kepada jiwa, kebaikan adalah untuk kehidupan yang bahagia.


Harga buku ini ialah 88 ribu rupiah di Indonesia. Lebih kurang RM25 untuk harga seunit. Lia pesan buku ini dari salah seorang kawan yang travel ke Jakarta untuk cari di toko buku di sana. Harga yang dijual semasa Mood Republik lepas di Straits Quay, Pulau Pinang ialah RM55.00 . Untuk dapatkan buku ini, sekarang dah ramai jual online di instagram dan facebook. 


Jangan lupa dapatkan nya, rugi kalau tak baca. bagi semangat dan keyakinan diri.

;)

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community