Kerang Bakar Padang Kota Lama

Salam dan Hai ;)



Kalau hang pa semua pi food court Padang Kota Lama di Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama berdekatan dengan tepi laut tu, salah satu menu famous kat sana ialah Kerang Bakar. One of my favorite food.



Pengenalan sedikit mengenai kerang :


Kerang adalah salah stau kumpulan ikan dan sumber besar protein tanpa lemak dan kaya dengan zat besi. Kerang mudah didapati di kawasan berlumpur. Protein membantu memelihara kadar gula darah yang stabil, yang meningkatkan mood dan melindungi daripada penyakit kencing manis.






Gerai Sharifah Makanan Laut


Terdapat beberapa gerai yang menyediakan kerang bakar di Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama. Kita boleh memilih sendiri gerai mana yang berminat dan berhampiran dengan tempat duduk kita. Salah sebuah gerai yang menyediakan kerang bakar ialah Sharifah Makanan Laut. Selain kerang bakar, ada juga Sotong Bakar, Sotong Kangkung dan Keras Rebus.


Warga Pulau Pinang sudah mengetahui lokasi Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama dan selesa dengan rentak peniaga di sini. Harga yang disediakan di sini agak mahal untuk warga luar Pulau Pinang. Warga Pulau Pinang sendiri sudah memahami situasi di sini. Sudah menjadi kebiasaan, pelanggan yang baru sahaja datang, peniaga yang lain akan berkerumun sekeliling pelanggan dan mempromosi makanan masing-masing. Keadaan ini pastinya mengundang ketidak selesaan dengan sikap peniaga. Ada sesetengah pelanggan akan melenting memarahi peniaga yang tidak habiskan ajukan soalan. Itu adat peniaga di sini. Kalau bersetuju dengan makanan mereka, boleh tanya harga dan membuat pesanan. Kalau tidak suka boleh menolak dengan secara baik. Bab harga kena bawa berbincang dan semestinya kena pandai tawar menawar.



Walau apapun Kerang Bakar tetap di hati.


Sepinggan kerang bakar ini berharga RM10. Sesuai dimakan untuk dua atau tiga orang. Harga juga berlainan jika minta hidangan lebih dari 3 orang.








Sebab kenapa Lia berminat dengan kerang bakar di Padang Kota Lama : 


1. Kerang bakar yang disediakan sangat fresh.
2. Isi kerang tidak terlalu kecut untuk dimakan dan rasa sangat juicy.
3. Harga yang ditawarkan berbaloi dengan hidangan.
4. Sesuai untuk makanan santai jika tidak mengambil makanan berat
5. Suasana dan tempat makan yang selesa dan 'open air' bersebelahan dengan laut.
6. Kemudahan tempat letak kereta dan tandas yang berdekatan






 Kerang bakar akan dihidangkan dengan sos pencicah dicampur dengan kacang. Rasanya sangat sedap kerang bakar panas-panas dicicah dengan sos pencicah. Kalau tak cukup sos, boleh minta extra sos pada peniaga.






Baldi kecil berisi air juga disediakan bersama garfu kecil. 




Kerang bakar yang tak habis dimakan.




5 Info Mengenai Kerang :


1. Khasiat kerang

Dalam kumpulan ikan, kerang boleh menjadi sebahagian diet yang seimbang.
 Kerang merupakan rendah lemak, rendah kolestrol dan sumber protein yang baik.



2. Omega-3 Asid Lemak

Kerang mengandungi Omega-3 Asid Lemak meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan mengurangkan tahap trigliserida anda dan mencegah terbentuknya darah beku berbahaya, sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung atau strok. Dengan membantu aliran darah, ia juga meningkatkan kesihatan kognitif dan berguna untuk mencegah dan merawat penyakit kemurungan dan Alzheimer.



3. Vitamin dan Mineral

Kerang dipenuhi dengan vitami dan mineral yang sihat. Kerang adalah salah satu sumber pemakanan terbaik dimana terdapat zink dan mineral yang diperlukan untuk mengekalkan sistem imun yang sihat dan menggalakan penyembuhan luka.



4. Alergi kerang

Kerang mempunyai alerginya yang tersendiri. Gejala alergi termasuk gatal-gatal atau kemerahan dan bengkak di bawah kulit, bengkak tekak dan mulut, muntah-muntah atau cirit-birit, yang menjadi teruk atau bahkan mengancam nyawa. Alahan dan alergi terhadap kerang bukanlah benda luar biasa, jika mempunyai alahan berjumpa dengan doktor segera untuk menjalankan ujian untuk mengesahkan anda mengalami alahan ataupun tidak.



5. Pengendalian dan Masakan

Kunci kepada pemakanan kerang yang segar, lazat dan berkhasiat ialah cara penyimpnan, pembelian dan amalan memasak. Kerang yang dibeli haruslah segar daripada penjual ikan yang bereputasi yang menjaga kelembapan dan kesegaran kerang tersebut. Kerang boleh dimasak dengan merebus, dipanggang ataupun digoreng.





Map lokasi Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama :


Jalan Tun Syed Syeh Barakbah, 10200 Georgetown, Padang Kota Lama


Waktu beroperasi : Dibuka setiap hari dari waktu petang hingga malam


Selamat mencuba ;)



Post a Comment

0 Comments