Mikki Western Food, Pantai Jerejak

Salam dan Hai,


Syurga makanan merupakan gelaran yang tidak asing lagi bagi tanah Pulau Pinang. Pelbagai jenis makanan yang disediakan, yang penting sekali mesti sedap! Selain dipenuhi dengan kedai nasi kandar dan juga kafe yang dihiasi dengan deko menarik, Pulau Pinang juga mempunyai hidangan lain untuk memenuhi citarasa penduduk Pulau Pinang.


 Mikki Western Food



Sekiranya sudah bosan dengan hidangan nasi kandar dan ingin berubah selera kepada makanan barat, kepada peminat makanan barat bolehlah mencuba hidangan menu di Mikki Western Food yang terletak di Pantai Jerjak, Pulau Pinang.




Mikki Western Food beroperasi dari pukul 6 petang hingga 10 malam. Dibuka setiap hari dan tutup pada setiap hari Rabu sahaja (sempena Pasar Malam Pantai Jerejak setiap hari Rabu). 



Setiap meja akan disediakan dua botol sos iaitu Sos Cili dan Sos Tomato dari Maggi.






Mikki Western Food terletak di penjuru hujung sederet rumah kedai dan berderetan dengan kedai runcit dan Public Bank. Restoran ini mudah dicari kerana terletak di hujung jalan atau simpang. Dari jauh akan kelihatan signboard merah dengan tulisan Mikki Western Food. Kemudahan parkir sangat mudah dan selamat meletakkan kenderaam di kawasan berhampiran. 


Restoran ini tidak memiliki dekorasi yang menarik seperti kafe. Tetapi susunan meja yang teratur dan kemas. Persekitaran restoran ini juga bersih dan selesa. Pelanggan akan berpuashati dengan lokasi, suasana yang santai dan servis layanan yang baik.



Senarai menu yang disediakan di Mikki Western Food :







Mikki Western Food menyediakan pelbagai menu western yang menarik seakan-akan makan di salah sebuah restoran Secret Recipe. Menunya terbahagi kepada Soup, From the Farm, The Blue Ocean, Pasta Fiesta, Mikki's Burger, Light N Easy, Beverage and Hot & Cold Drink. Hidangannya merangkumi ayam, ikan fillet, ikan salmon, daging lembu, daging kambing, spageti, pasta, sup cendawan, funfries, burger, nugget, garlic bread dan lain-lain.


Design menu yang menarik dan teratur beserta harga memudahkan pelanggan memilih menu mengikut citarasa masing-masing.


Di sini Lia akan berkongsi menu yang selalu Lia makan di sini:



Ice Lemon Tea @ RM 2.00

Salah satu my favorite drink setiap kali makan western food tak kira di mana sahaja jika menikmati western food. Lia memilih air ini supaya berasa tidak muak ketika makan.







Chicken Cordon Blue @ RM 2.00

Chicken Cordon Blue dihidangkan bersama sayur segar lobak merah dan kobis serta brokoli dan bunga kobis yang dicelur dan juga mash potato bersama gravy, Anda boleh menambah gravy untuk mash potato dengan harga RM 1.00 sahaja jika inginkan kuah extra.





Menu tambahan : Garlic Bread & Mushroom Sup. Padanan hidangan yang menarik.




Garlic Bread @ RM 3.00

Garlic bread boleh dimakan begitu sahaja atau dicidah bersama mushroom soap.




Double Boil Wild Mushroom @ RM 4.50

Sup ini mengandungi campuran beberapa jenis cendawan yang membuatkan ianya sedap.



Menu yang disediakan menarik sedap dan memenuhi cita rasa. Semua hidangan yang disediakan sedap dan enak. Harganya pula sangat berpatutan dengan menu. Tidak terlalu mahal dan sesuai untuk dimakan bersama kawan-kawan dan family. Di samping itu, restoran ini memudahkan anda jika ingin menikmati western food tanpa perlu masuk ke dalam mall dan perlu bersesak dalam kesesakan lalu lintas.


Selamat mencuba !


Mikki Western Food

Alamat : 1, Jalan Pantai Jerejak 13, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Tel. No : 04 - 656 7767




Cawangan lain : 
1) Level Ground, D'Piazza Mall, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
2) Teluk Air Tawar, Seberang Perai, Pulau Pinang


Waktu beroperasi :
Setiap hari : Isnin sampai Ahad (6.00pm - 10.00pm)
Tutup setiap hari Rabu


Boleh kunjungi laman sosial :






Post a Comment

0 Comments