Kacang Pool Haji, Larkin, makanan tradisional Johor

September 11, 2016

Salam dan Hai semua,



Johor mempunyai beberapa makanan tradisionalnya yang tersendiri. Antaranya mee rebus, kacang pool, tauhu bakar, otak-otak dan banyak lagi. Kalau datang bercuti ke selatan tanah air, jangan lupa untuk mencuba beberapa makanan menarik negeri ini. 



Kalau ingin mencuba menu kacang pool, jangan lupa singgah ke Restoran Kacang Pool Haji, Larkin, Johor Bahru. Merupakan salah satu restoran yang popular menyediakan juadah tradisional makanan Johor.



Ini merupakan cawangan kedua Restoran Kacang Pool Haji di No. 12, Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, berdekatan dengan cawangan asal beralamat di No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, sebelah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor. Jarak antara kedua-dua arah ini hanya 750 meter selama 10 minit.




Menu utama Restoran Kacang Pool Haji mestilah kacang pool yang merupakan ilham dari tuan restoran sendiri.  Merupakan makanan santai dan juadah ringan yang boleh dimakan bila-bila masa. Kacang Pool dihidangkan satu set lengkap dengan roti bakar lembut, telur mata lembu, dan semangkuk kuah pekat kacang pool.


Cara memakannya pula dengan mencicah roti dengan telur mata lembu dan gaul bersama kacang pool yang diperahkan sedikit limau nipis, hirisan bawang merah dan cili untuk menambahkan selera.


Roti bakar @ RM 1.50 

 Roti bakar yang tebal, lembut dan dibuat sendiri lazat dihidangkan sekali set bersama semangkuk kacang pool. Jika ingin menambah hidangan roti bakar, hanya perlu tambah RM 1.50 sahaja.


Kacang Pool (daging lembu) = RM 6.00/set
Kacang Pool (daging kambing) = RM 9.00/set

Kacang pool sebenarnya campuran kacang pool dan daging.


Selain kacang pool, Restoran Kacang Pool Haji juga menyediakan menu lain .

Mee Rebus @ RM 5.00

Sekali tengok mee rebus, warna kuah nya tak ubah seperti mee bandung. Tapi mee rebus mempunyai kelainannya sendiri dan rasa yang berbeza. Mee rebus Johor dihidangkan dengan berkuah, berbeza dengan utara Malaysia yang dihidangkan bersup terutamanya Pulau Pinang dan Kedah.

Mee Rebus Johor berkuah pekat dan dihidangkan bersama telur rebus, tauhu, limau kasturi serta tepung goreng berperisa udang.


Tauhu Bakar @ RM 5.00

Jangan lepaskan peluang juga untuk mencuba keenakan tauhu bakar yang dihidangkan bersama sengkuang cincang dan kuah serta taburan kacang di atasnya.




Menu lain : Nasi Lemak Biasa, Lontong Basah, Rojak Buah, Telur Mata Lembu, Telur Dadar, Telur Separuh Masak, Roti Bakar, Lempeng Pisang, Lempeng Kelapa, hidangan goreng untuk nasi, mee dan bihun.


Cawangan kedua restoran ini menyediakan lebih banyak menu berbanding dengan cawangan asal.










Cawangan kedua Restoran Kacang Pool Haji menyediakan ruang yang besar dan mampu menampung pelanggan yang ramai. Pelanggan boleh memilih untuk duduk di bahagian dalam atau luar restoran.


Selamat Mencuba !


Restoran Kacang Pool Haji

Alamat :
i) Cawangan Pertama - No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak,  Larkin 80350 Johor Bahru
(Waktu Operasi : 7.00 am - 10.00 pm - Setiap Hari)

ii) Cawangan Kedua - No. 12, Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Larkin 80350 Johor Bahru
(Waktu Operasi : 7.00 am - 12.00 pm - Setiap Hari)


Boleh kunjungi laman sosial :


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community