Asam Laksa di Gurney Drive Hawker Centre, Pulau Pinang

February 13, 2017


Salam dan Hai semua.

Pulau Pinang syurga makanan itulah ungkapan yang sering diberikan kepada negeri pulau mutiara ini. Asam Laksa juga merupakan salah satu makanan popular di Pulau Pinang. Lia akan kongsikan salah satu gerai laksa yang sering jadi kunjungan ramai pengunjung.



Di Gurney Drive Hawker Centre, terdapat banyak gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan antaranya sate, mee, sup, popiah, pasembur dan macam-macam lain. Ada banyak juga gerai menjual asam laksa. Salah satu kedai Asam Laksa menjadi pilihan Lia ialah Gerai No 54.


Gerai Asam Laksa bernombor 54 berada di tengah-tengah kawasan gerai dan mudah dicari berdasarkan signboard kedai. 



Gurney Drive Hawker Centre menyediakan banyak kerusi dan meja untuk keselesaan pelanggan. Pengunjung juga boleh membeli makanan dan minuman dari gerai lain dan makan di meja yang sama.

Anda hendaklah 'Self Service' membeli Asam Laksa disini secara bungkus atau makan di sini,


Kuah Asam Laksa yang panas dihidangkan kepada pelanggan.


 Persekitaran gerai yang bersih dan juga dalam penyediaaan asam laksa.




Semangkuk laksa dihidangkan kuah dengan hirisan timun, salad, bawang merah, daun pudina dan cili. Rasanya sedap meliputi semua pedas dan masam.


Harga untuk semangkuk Asam Laksa, RM4.00 untuk saiz kecil (Small) dan RM5.00 untuk saiz besar (Big).


Semangkuk hidangan laksa sedap diminum bersama segelas air 'buah mata kucing" ataupun longan berharga RM2.00 .


Selamat Mencuba!

Asam Laksa

Alamat : Gerai No. 54, Gurney Drive Hawker Centre

Waktu Operasi :
Setiap hari, lebih kurang 11.00am hingga 1.00 pm

You Might Also Like

15 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community