Percutian Damai dan Tenang di Ipoh Bali Hotel, Ipoh, Perak, bersama Traveloka

July 30, 2017

Salam dan Hai semua.
Apa yang korang buat pada hari minggu? Terfikir untuk bercuti di dalam negara sendiri bersama keluarga, pasangan atau kawan-kawan? Di sini Lia ingin mengesyorkan salah satu tempat menarik di Malaysia, iaitu Ipoh, Perak. Sempena Visit Perak Year 2017, banyak tempat menarik di Ipoh yang boleh dikunjungi dan pelbagai makanan yang sedap untuk dicuba. Ipoh juga mempunyai banyak tempat tarikan pelancong di Malaysia.

Hotel Exterior
Jika anda ingin mencari hotel untuk menginap, jangan risau Ipoh Bali Hotel sangat sesuai untuk dijadikan tempat penginapan bagi pengunjung untuk beristirehat setelah menerokai bandar IpohIpoh Bali Hotel terletak di No. 12, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350, Ipoh, Perak. Lokasi dan kedudukannya betul-betul di tengah kawasan bandar Ipoh.

Hotel Exterior

 Ipoh Bali Hotel menyediakan perkhidmatan wifi percuma di seluruh hotel yang akan memudahkan pengunjung untuk melayari internet setiap masa. Bagi anda yang memandu, jangan risau! Disini turut menyediakan parkir kereta percuma serta perkhidmatan parkir valet.

Hotel Hallway

Hotel Hallway
 Ipoh Bali Hotel ini berkonsepkan balinese yang akan membuatkan anda berasa damai, tenang dan seakan-akan berada di Bali. Bilik-bilik disini sesuai bagi yang single, couple mahupun berkeluarga. Semua bilik disediakan mengikut kehendak anda. Bilik yang bersih dan kemas menjadi keutamaan bagi hotel ini untuk keselesaan anda. Pengunjung yang ingin membuat kejutan kepada pasangan anda juga boleh meminta untuk staf di sini menyediakan bunga ataupun membuatkan suasana romantik tapi mestilah permintaan tersebut hendaklah diberitahu awal. Pengunjung yang datang terutamanya berpasangan amat menyukai lokasi ini dan meletakkan nilai yang tinggi untuk lawatan dua orang.

Superior Double Room (Garden View)

Superior Double Room (Balcony View)

Deluxe Studio Suite (Garden View)

Family Studio Suite

Family Studio Suite

 Bathroom

Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin serta televisyen skrin rata dengan saluran satelit. Jadi pengunjung dapat menonton rancangan kegemaran walaupun sedang bercuti. Di sini juga terdapat beberapa bilik yang mempunyai kawasan duduk untuk berehat selepas melalui hari yang sibuk. Beberapa unit bilik hotel mempunyai pemandangan taman atau bandar. Semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi. Kemudahan tambahan termasuk selipar dan kelengkapan peribadi percuma. Di bilik hotel turut disesiakan peti sejuk serta mini bar bagi anda yang ingin mengalas perut sebelum membuat aktiviti. Anda juga akan diberikan sarapan percuma disini dan makanan yang popular di sini ialah nasi lemaknya yang sangat enak. Berdekatan dengan  Ipoh Bali Hotel ini terdapat restoran yang menyediakan makanan barat dan melayu bagi anda yang ingin makan di luar.

Hotel Lobby

Kaunter penyambut tetamu akan beroperasi 24 jam, malah pengunjung yang tiada tempat penginapan di lewat malam turut boleh datang check-in di sini. Selain itu, pengunjung yang mempunyai masalah tentang bilik atau sebarang pertanyaan boleh terus ke kaunter penyambut tetamu dan staf bertugas akan cuba untuk menolong menyelesaikan permasalahan anda. Dan, kami bertutur bahasa anda! Ya terdapat bahasa Melayu, Cina dan Inggeris yang digunakan sebagai bahasa perantaraan. Bagi anda yang suka membaca, di sini turut disediakan surat khabar percuma di lobi.

Garden View

Garden View

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman berbasikal di Ipoh, hotel ini juga menawarkan sewa basikal dan juga kereta sewa bagi yang ingin berjalan jauh tapi tiada pengangkutan. Ipoh Parade hanya terletak 0.9km dari  Ipoh Bali Hotel, manakala Jabatan Mineral dan Geosains terletak 2.4km jauhnya. Pengunjung juga dapat ke taman tema Lost World of Tambun dan taman tema baru MAPS juga terletak tidak jauh dari bandar Ipoh bagi yang inginkan adrenalin. Hotel ini juga terletak dekat dengan pelbagai kemudahan awam.


Bila dah penat berjalan di bandar Ipoh, mesti anda inginkan sesuatu yang meredakan keletihan bukan? Di  Ipoh Bali Hotel ada juga perkhidmatan massage, spa dan wellness center. Dengan sedikit caj tambahan, anda dapatkan rehatkan badan dan minda di sini Perkhidmatan dobi turut disediakan bagi anda yang mahu mencuci pakaian di sini serta perkhidmatan room service setiap hari.

 Roof Top Bar


Roof Top Bar

Tidak sukar untuk mencari Ipoh Bali Hotel kerana lokasinya boleh dicari melalui GPS. Hotel ini juga telah mendapat ulasan positif dari pengunjung-pengunjung yang lepas dan amat berpuashati dengan hotel ini dan bercadang untuk kembali lagi. Dengan harga yang berpatutan, hotel ini juga merupakan salah satu lokasi yang bernilai di Ipoh. Pengunjung lebih suka hotel ini berbanding hotel lain di kawasan itu. Hotel ini juga mempunyai nilai yang terbaik di Ipoh! Tetamu jimat lebih wang mereka berbanding hotel lain di bandar tersebut. Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Ipoh Bali Hotel adalah tempat yang tepat untuk menginap. Jangan tunggu lagi, Tempah Sekarang Ipoh Bali Hotel di Traveloka dengan tawaran harga yang menarik!

Regards,
Lia Hasty

You Might Also Like

17 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community