Tips yang perlu anda buat jika berlaku kemalangan jalan raya bersama Chan Brothers

August 30, 2017




Kemalangan memang satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Seperti perpatah Melayu mengatakan 'Malang Tidak Berbau. Tetapi apa jua yang terjadi, kita perlulah bijak untuk bertindak, bersikap tenang dan mengetahui apa yang hendak dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Untuk pengetahuan semua, terdapat dua jenis kemalangan iaitu Major (Kemalangan Besar) & Minor (Kemalangan Kecil)

Major (Kemalangan Besar)

Kemalangan yang melibatkan kecederaan dan kematian atau pun tidak sedarkan diri. 

 Minor (Kemalangan Kecil)

Kemalangan yang melibatkan kerosakan kecil di bahagian kenderaan anda contohnya lampu sisi kiri (side mirror), lampu belakang, 'signal' dan sebagainya di mana kenderaan anda masih mampu bergerak.


Apa yang perlu anda lakukan jika terlibat dalam kemalangan?

1. Pemandu mestilah bertenang. STAY CALM.

2. Parkir kereta ke tempat yang selamat. Jika kereta tidak dapat bergerak pemandu harus turun untuk memeriksa keadaan kenderaan anda. 

3. Hentikan enjin kereta dan simpan kunci kereta dengan selamat di dalam saku/beg anda sendiri dan keluar dari kereta untuk melihat kerosakan dan bagaimana untuk menyelesaikan perkara itu.


Bagaimana cara untuk menyelesaikan Kemalangan Kecil ?

1. Terdapat 2 cara untuk menyelesaikan kemalangan kecil, sama ada TUNAI atau TUNTUTAN insurans. 

2. Jika wang tunai, pemandu kereta boleh membayar di tempat atau pun minta pergi ke garaj untuk melakukan pembaikan secara tunai.

3. Sekiranya tuntutan insurans, kedua-dua pemandu kereta mestilah membuat laporan polis dan kemudiannya mengumumkan kepada bengkel kereta yang diiktiraf PIAM untuk melakukan pembaikan tuntutan.


Nasihat untuk pemandu kenderaan di luar sana

1. Pastikan kunci kereta anda disimpan dengan betul (Di Pulau Pinang, memberikan kunci kereta kepada callman/runner menunjukkan pemilik kereta yang memberi izin untuk menunda kereta. Sebaik sahaja diberikan, dan jika anda mahu mengambil balik, pemilik kereta perlu membayar callman/runner sebanyak RM250 (Jika callman/runner enggan memulangkan balik, pemilik kereta boleh membuat laporan polis bahawa kecurian kenderaan)

2. Gunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar plat nombor kereta dan gambaran keseluruhan mengenai kereta yang terlibat. (Ini sangat berguna semasa membuat laporan polis dan tuntutan insurans sebagai bukti)

3. Saling bertukar nombor telefon dengan pemandu lain yang terlibat dalam kemalangan (Ini untuk memudahkan kedua-dua pihak untuk berbincang atau berunding di telefon dari berbincang di tempat kemalangan di mana situasinya sangat berbahaya)

4. Hubungi syarikat menunda kereta (towing company) atau bengkel kereta yang dipercayai untuk dibantu (Jika kerenderaan anda tidak boleh bergerak lagi)


Mudah bukan? 

Tetapi mengapa terdapat banyak orang di luar sana yang menjadi mangsa keadaan atau mengalami pengalaman buruk dalam membuat tuntutan insurans kemalangan?


Warga Pulau Pinang Sila Ambil Perhatian!

Situasi di Pulau Pinang, biasanya selepas kemalangan, dalam masa yang sangat singkat, pemandu kereta akan didatangi oleh callman/runner. (Orang awam selalu salah sangka dan menganggap mereka sebagai RELA kerana mereka memakai jaket keselamatan). Callman/runner merupakan saleman untuk bengkel kereta. Tugas mereka menunggu jika berlakunya kemalangan dan mereka sedaya upaya meyakinkan pemandu kereta untuk menggunakan perkhidmatan mereka menunda kereta.

Anda dinasihati dan tidak digalakkan membenarkan Callman/runner menunda kenderaan anda! Mereka adalah orang asing dan jangan benarkan orang tidak dikenali menunda kereta anda. 
Adakah mereka mempunyai panel insurans untuk menuntut dan membaiki kereta anda? 

Jika tidak, pemilik kenderaan perlu membayar yuran (lingkungan RM250 hingga RM450) untuk mengangkut kereta ke bengkel panel. Beberapa bengkel mengenakan bayaran sehingga RM1000 kerana mereka mendakwa bahawa mereka memerlukan kos penyimpanan (stor) dan tempat letak kereta(parkir).

Semuanya masih belum terlambat. Pemilik kenderaan mesti mengetahui hak anda menjimatkan masa dan wang.


Jangan risau, disini ada bengkel kereta yang boleh membantu anda!




 Chan Brothers: Your friendly car doctors
















Chan Brothers adalah bengkel kereta yang khusus dalam Tuntutan Insurans, Tuntutan Kemalangan, Pembaharuan Insurans, Pembaikan Kereta yang termasuk Ketuk(Knocking), Spray Painting, Servis Enjin. Mereka juga pakar dalam menunda kereta (Car Towing) dan Breakdown Rescue. 


Alamat : 130-H, Lintang Kampung Rawa 1, Georgetown, Pulau Pinang. 

Chan Brothers telah ditubuhkan pada 6 April tahun 1974 sebagai bengkel kereta biasa yang menawarkan perkhidmatan yang diperlukan kepada pemilik kereta seperti panel beating & service. Mereka mempunyai pelanggan yang tersendiri sehingga harini dengan kemahiran yang sedia ada. Mereka juga tidak mempunyai callman/runner dan perniagaan mereka sepenuhnya dari pelanggan yang walkin, pelanggan tetap dan sokongan agen insurans. 

Chan Brothers juga mempunyai followers mereka sendiri di media sosial, facebook sebanyak 20k dan juga videonya dalam talian Youtube - Bengkel Life. Chan Brothers akan memberikan kualiti kerja yang terbaik kepada para pelanggan kami seperti slogan mereka.

Pengarah Chan Brothers - Mr.Chan juga melakukan 'Car Safety Talk' mengenai 'Apa yang perlu dilakukan semasa kemalangan kereta' di pelbagai syarikat dan kolej tanpa sebarang caj.


Persepsi yang salah

Ramai orang di luar sana mempunya persepsi yang salah di mana jika callman/runner yang datang ke tempat kemalangan, mereka mempunyai hak untuk menunda kereta. Itu tidak benar!

Perbuatan ini salah disisi undang-undang. Tidak tertakluk di mana bengkel kereta berhak mendekati kenderaan pemandu yang terlibat dengan kemalangan jika callman/runner orang pertama tiba di lokasi.

Anda sebagai pemilik kenderaan, anda berhak untuk menentukan bengkel mana yang terbaik untuk kenderaan anda.



Apa yang boleh ditawarkan oleh Chan Brothers kepada pelanggan mereka?

-  24 hours car accident rescue (walaupun kerosakan kereta seperti tayar bocor, bateri dan lain-lain, pelanggan boleh menghubungi kami)

- Menunda kereta anda dan mengatur pengangkutan untuk pelanggan pulang ke rumah.

- Membantu pelanggan untuk laporan polis (Sering terjadi dimana pelanggan enggan membuat laporan polis kerana takut. Ianya normal kecuali pemandu kereta yang pernah mengalami pengalaman dalam kemalangan kereta)

- Mengurus dan memberikan khidmat nasihat yang sesuai kepada pelanggan bagaimana membuat tuntutan insurans (Mereka mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam bidang ini)

- Memberikan jaminan selama 4 bulan kepada pelanggan selepas kereta siap dibaiki dilepaskan dari bengkel

- Mengutamakan ketelusan dimana sentiasa mengemas kini pelanggan mengenai kemajuan kereta mereka di media sosial dan  berkongsi dengan pelanggan mengenai kelulusan insurans supaya pelanggan boleh melihat bahagian-bahagian yang diubah dan dipasang

- Para pelanggan juga boleh memperbaharui insurans kereta di bengkel mereka dan dapat khidmat nasihat mengenai syarikat insuran yang bersesusaian dan jumlah yang tepat untuk menginsuranskan kereta mereka

- Sentiasa mengemaskini (update) di media sosial hampir 24 jam, pelanggan boleh menghubungi jika ada sebarang pertanyaan.


Tonton video di bawah, sedikit sebanyak anda akan lebih memahami dan mengetahui apa yang patut dilakukan jika terlibat dengan kemalangan kecil.


Anda sudah faham bukan kepentingan Emergency Road Triangle jika berlakunya kemalangan kecil. Kita sering terlepas pandang dan juga tidak tahu kewujudan di dalam bonet kereta dan cara pengunaannya. Jangan lupa anda mesti simpan nombor telefon bengkel kereta yang dipercayai. Ini sangat penting bila berlakunya kecemasan seperti ini.


Kereta Tunda 'Towing car' dari Chan Brothers 









Harga Tundaan (Towing)

- Dalam kawasan Pulau Pinang (Island) - RM120 sehingga RM180 (Kawasan Georgetown : RM120, Bayan Lepas/Batu Feringgi : RM150 & Balik Pulau : RM180)

- dari Island ke Mainland - RM280 (Harga termasuk Tol Jambatan Pulau Pinang)

- Tundaan kemalangan - PERCUMA (tuntutan insurans)


Nombor Talian 24 jam

Chan - 012 422 9999 / 012 438 9999

Ahlleenh Chan - 012 484 1381



Social media :

Facebook : Chan Brothers




Semoga kita dapat mempelajari ilmu mengenai kemalangan kecil dan tips jika menghadapi kemalangan. Pemandu seperti anda perlu anda ilmu pengetahuan seperti ini supaya anda akan lebih mengetahui apa yang patut dilakukan dan tidak akan ditipu dari mana-mana pihak. Simpan segera no. telefon Chan Brothers dalam telefon bimbit anda. 



You Might Also Like

20 inspiration

  1. Hahhahah I know Chan brothers...used to be 'connected' with them when I was modelling...i think they are pretty efficient..kept seeing lots of posts regarding their service..

    ReplyDelete
  2. Terbaik tips ni.. Kesilapan yang selalu orang buat ialah panik..

    Tapi normallah kan, sebab kemalangan ni bukan berlaku hari-hari. Yang penting stay calm dan call sesiapa yang dapat membantu..

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing. must note this down

    ReplyDelete
  4. thanks for the tips..mmg sgt membantu

    ReplyDelete
  5. Thanks for the tips! This is always the issue we thought of the least, yet we get panicked when it happened.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  6. Keeping calm is definitely a must so we can think clearly and not be easily cheated

    ReplyDelete
  7. You're right; it's always good to stay calm and at peace while on the road. Insurance is an important aspect and must be seriously considered. Thanks for highlighting it. Cheers!!

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this information, especially what to do when in trouble. Wanna keep Chan Brothers' number in my phone.

    ReplyDelete
  9. Great tips to remember.. never know when this happens.. will bookmark this

    ReplyDelete
  10. Always ensure our car check all the time. To ensure the safety on the road.

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing this useful info esp for female drivers,Notting down & sharing with my bestiesss cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  12. Kalau saya, tak berani nak keluar dah. Call husband, tunggu dalam kereta. Zaman sekarang banyak sngat kes orang rompak ambil kesempatan kat perempuan eksiden. Scary.

    ReplyDelete
  13. Thanks for the tips. Chan Brothers is offering very unique services for car owners. Bright idea.

    ReplyDelete
  14. This reminds me that I need to bring my car to the workshop. Thanks for this!

    ReplyDelete
  15. perlu ambil tahu pasal perkara sebegini..risau juga kalau jadi kat diri sendiri...mesti gelabah tak tau nak buat apa...

    ReplyDelete
  16. wow... this is really a very good sharing... - Racheal

    ReplyDelete
  17. nice sharing tapi sayangnya cover penang je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community