Mencuba Laksa Kuala di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak

September 17, 2017

Salam dan Hai semua,

Kuala Kangsar bukan sahaja dikenali sebagai bandar diraja dan bersejarah malah turut terkenal dengan menu Laksa Kuala nya yang popular. Kalau datang ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah untuk mencuba Laksa Kuala. Kalau tak cuba, rasa macam tak lengkap perjalanan ke Kuala Kangsar.

Setiap negeri mempunyai resepi dan ramuan yang berbeza dalam penyediaan laksa. Di Pulau Pinang, kuah laksa sangat pekat berbanding dengan Laksa Kuala yang sedikit cair tetapi rasanya juga sedap dan memikat selera.


Di sini Lia akan kongsikan salah satu kedai yang menjual laksa di area Kuala Kangsar. 

Terdapat banyak kedai yang menyediakan Laksa Kuala. Salah satu kedai yang Lia cuba ialah Kedai Laksa Kerang Sotong beralamat di No. 8, Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar.



Kedai Laksa Kerang Sotong sudah bertapak lama di Kuala Kangsar. Lokasinya mudah untuk dicari. Kedai ini menyediakan kerusi dan meja yang mencukupi untuk semua pelanggan yang datang di sini.

Menu dan harga makanan dan minuman terpampang di hadapan Kedai. Hanya perlu pilih semasa membuat tempahan di sini.

Kedai Laksa Kerang Sotong juga diulas dan dipapar dalam artikel sebuah surat khabar cina. Kedai Laksa Kerang Sotong diusahakan oleh bapa dan anak. Jika anda pergi ke sana akan terserempah dengan dua beranak ini 

Makanan


Kedai Laksa Kerang Sotong hanya menyediakan 3 menu ini sahaja iaitu Laksa, Sotong Kangkung & Kerang. Walaupun hanya 3 menu, tapi hidangan ini sangat menyelerakan dan menyengat.

Laksa

Harga :
Biasa @ RM3.50
Tambah Telur Rebus @ RM4.30






Anda juga boleh tambah keropok ikan di dalam laksa anda. Akan berasa rangup ketika menguyah makan bersama laksa. Hanya tambah RM0.80 sahaja untuk satu.


Rasa macam tak lengkap kalau tak tambah Otak Udang.

Sotong Kangkung 


Harga :
Kecil @ RM7.50
Sederhana @ RM14.00
Besar @ RM16.00

Sos Sotong Kangkung ini ialah sos khas buatan sendiri digunakan dan di campur bersama sotong dan kangkung,  kemudian dihiasi dengan cili dan kacang hancur

Kerang Rebus

Kerang Rebus yang disediakan segar untuk dimakan.

Harga :
Kecil @ RM6.00
Sederhana @ RM8.50
Besar @ RM10.00



Kerang Rebus yang dihidangkan bersama kuah kacang dan perahan limau untuk dicicah.

Minuman


Pelbagai jenis minuman yang disediakan. Anda hanya perlu pilih menu yang dipaparkan mengikut selera anda.


Ais Laichee @ RM2.50


Ais Tebu @ RM1.80


Menu minuman lain yang disediakan :

ABC @ RM2.80
Ais Kelapa @ RM1.80
Ais Limau @ RM1.50
Ais Asam Limau @ RM1.50
Ais Jagung @ RM2.80
Ais Leng Gung @ RM1.80
Ais Barli @ RM1.50
Ais Buah @ RM2.50
Air Tin @ RM2.00


Laksa Kerang Sotong

Alamat :

Kuala Kangsar Laksa
No. 8, Gerai Makanan,
Jalan Raja Chulan,
33000 Kuala Kangsar, Perak.

No. Tel : 016-557 6779

Waktu Perniagaan: 1.00pm - 7.00pm

Boleh kunjungi laman sosial :




You Might Also Like

19 inspiration

  1. I love laksa so so much! Especially the one in Melacca! But then i will try what you recommend here when i back to hometown.

    ReplyDelete
  2. Kerang bakar tu nampak sedap! Lepasni kena try. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. bangganya lia up laksa kuala ni..sbb akak orang kuala kangsor, weiii..hehe

    ReplyDelete
  4. That’s quick a interesting article. I hope you had fun while writing this article….Wanted to ask if you click your own blog pics? They do look fair enough

    ReplyDelete
  5. Wah sedapnya laksa. Huhu. Murah pulak tu.

    ReplyDelete
  6. If me I will tambah semua keropok ikan 80cents itu... Lolx! But these are super yummy comfort food!

    ReplyDelete
  7. kerang oh kerang... kenapa awak jauh sangat... perutku lapar sungguh... haha

    Racheal

    ReplyDelete
  8. Those shells could be a nice material for making diy fashion accessories. I did it once from our local restaurant :)

    ReplyDelete
  9. Sotong Kangkung looks so delicious. Want to try eating here when I am around that area.

    ReplyDelete
  10. Ah, laksa is so famous in Kuala Kangsar. Every time I pass by Kuala, I try to eat it but not always successful due to time constraints.

    ReplyDelete
  11. ok.. bookmarked.. nanti pergi Kuala Kangsar kena try ni jugak....

    ReplyDelete
  12. I'm from Ipoh but I haven't try this yet, guess I should try this someday.

    ReplyDelete
  13. I want the ais laichee so bad now haha Perfect for a hot weather!

    ReplyDelete
  14. Laksa ni famaous! sedapnyaaa kalau dapat makan petang-petang dgn bertemankan cendol ataupun kopi air. wow!

    ReplyDelete
  15. The seafood they have is also super fresh and huge portion! The food are making me hungry now T.T

    ReplyDelete
  16. Cheap gak.... Bestnya awak. Thank u share. ....akan saya jejak ke sini someday

    ReplyDelete
  17. Saya peminat laksa jugak.macma best je tgk kuah kacang untuk cecah kerang tu.

    ReplyDelete
  18. Adoi lia.. sedap je tgk foto2nye.. nanti blk kg boleh le g sana

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community