Salam dan Hai semua,
Anda mesti selalu terfikir apa nak makan bila sampai waktu makan malam? Malas nak balik rumah sebab sangkut dengan kesesakan lalu lintas? Tak tahu mana nak bawa kawan-kawan atau keluarga untuk makan malam? Buntu hujung minggu nak makan di mana?
Warga Pulau Pinang sekalian, anda sudah boleh tarik nafas lega sekarang.
Kami ada jawapan untuk hidangan makan malam anda.
Projek Nasi Lemak Box
Lokasi Projek Nasi Lemak Box
Projek Nasi Lemak Box terletak di Esplanade Padang Kota bersebelahan dengan tempat bersejarah Fort Cornwallis (pintu mengadap padang) dan berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak dan gelanggang bola keranjang.
Mengenai Projek Nasi Lemak Box
Mereka menyediakan hidangan 'Asian Fusion' Nasi Lemak terbaik di Pulau Pinang yang menggabungkan masakan tradisional dan moden.
Konsep Projek Nasi Lemak Box
Projek Nasi Lemak Box berkonsepkan terbuka dan santai di mana anda boleh makan sambil menikmati udara di sekeliling sambil melihat suasana malam dan pemandangan bandar dan tepi laut Pulau Pinang. Konsep yang mempunyai kelainan sendiri dan berbeza dengan kafe dan restoran moden yang lain.
Daripada jauh datang ke sini, anda akan nampak satu kontena dengan tulisan berlampu 'PROJEK NASI LEMAK BOX' dan hiasan lampu bersilang di atas pokok. Salah satu kaunter di mana anda boleh terus membuat pesanan makan di sini atau pun takeaway. Anda juga boleh duduk di tempat anda dan kakitangan di sini akan datang mengambil pesanan anda.
Projek Nasi Lemak Box mempunyai ruang yang luas dan menyediakan tempat duduk luar yang terbuka. Persekitaran dan tempatnya selesa dan agak bersih.
Anda boleh memilih hendak duduk di meja biasa atau meja tinggi mengikut kesukaan anda. Susunan perabot seperti kerusi meja sangat teratur dan menarik.
Selain walk in di sini , Projek Nasi Lemak Box juga menyediakan perkhidmatan katering, Penghantaran (delivery) dan bungkus (takeaway)
Makanan
Restoran ini menyajikan hidangan nasi lemak yang terdiri daripada ayam goreng, sotong raksasa, ikan rempah, udang asam dan sebagainya.
Tarikan utama hidangan nasi lemak di sini dimana nasi nya dimasak dan dicampurkan dengan serbuk arang. Kita juga tahu arang mempunyai banyak khasiat bukan sahaja untuk kecantikan tetapi juga untuk kesihatan. Khasiat arang juga dapat memutihkan gigi, meredakan perut kembung dan masuk angin, menawar racun, mengusir bau badan, mengubati jerawat, mengatasi gigitan serangga, membersihkan saluran pencernaan dan juga dan mencegah penuaa, iatu awek muda!
Di sini Lia sempat mencuba dua hidangan nasi lemak yang merupakan hidangan utama yang menjadi tarikan pelanggan di sini.
Nasi Lemak Ayam Goreng Set A @ RM 15.00
Sajian ini dihidangkan bersama nasi lemak arang, sambal bersama ikan bilis goreng rangup di atasnya, ayam goreng bersalut tepung, telur rebus, kacang tanah goreng, sedikit timun vinegar dan sambal belacan.
Nasi Lemak Giant Sotong Set B @ RM 18.00
Sajian ini dihidangkan bersama nasi lemak arang, sambal bersama ikan bilis goreng rangup di atasnya, giant sotong goreng, telur rebus, kacang tanah goreng, sedikit timun vinegar dan sambal belacan.
Sotong gergasi goreng ini sangat besar, digoreng rangup bersalut tepung dan ditaburkan serbuk cili. Anda perlu menggunting dahulu sotong sebelum makan. Memang puas dan berbaloi dapat makan sotong sebesar ini.
Selain hidangan nasi lemak yang dimasak bersama arang, anda juga perlu mencuba sambal bersama ikan bilis goreng rangup di atasnya. Sambal nasi lemak nya sangat sedap dan rasanya bersesuaian dengan hidangan nasi bersama lauk yang lain. Jika anda mahu sedikit pedas, tambahkan sedikit sambal belacan di dalam hidangan anda.
Menu Single Set yang lain :
Nasi Lemak Ikan Set C @ RM 12.00
Nasi Lemak Telur Set D @ RM 8.00
Nasi Lemak Ayam Manis Set E @ RM 15.00
Nasi Lemak Udang Asam Set F @ RM 19.00
Nasi Lemak Terung G @ RM 9.50
Maggie Ayam Goreng Set H @ RM 12.00
Minuman
Projek Nasi Lemak Box juga mempunyai pilihan minuman yang pelbagai dan ada juga minuman yang mempunyai daya tarikan tersendiri.
Di sini, Lia mencuba minuman 'signature' yang disyorkan oleh kakitangan di sini.
Coconut Shake @ RM 6.00
Air kelapa yang dikisar dan dihidangkan bersama topping aiskrim 'Coconut'. Really recommended & sangat sedap!
Volcano Milo @ RM 6.00
Air milo dalam gelas tinggi dan dihidangkan bersama topping aiskrim 'Peanut Butter'.
Apa-apa yang air ada berkaitan dengan Volcano anda patut cuba! Semuanya sedap dan memang dalam list signature drinks kat sini.
Menu Minuman yang lain :
Volcano Teh Hijau, Cold @ RM 6.00, Hot @ RM 4.00
Volcano Teh Tarik, Cold @ RM 5.00, Hot @ RM 3.00
Volcano Bandung, Cold @ RM 5.00, Hot @ RM 3.00
Volcano Kopi, Cold @ RM 5.00, Hot @ RM 3.00
Teh O Limau, Cold @ RM 3.50, Hot @ RM 3.00
Sirap Limau, Cold @ RM 3.50, Hot @ RM 3.00
100 Plus, RM 3.50
Soya Bean, RM 3.50
Sky Juice, Cold @ RM 0.50, Hot @ RM 0.50
Lemon Grass, Cold @ RM 3.50, Hot @ RM 3.50
Menu
Senarai menu yang disedikan di Projek Nasi Lemak Box.
Anda juga membuat pesanan secara Ala-Carte di sini jika ingin menambah hidangan di pinggan anda.
Ala Carte :
Ayam Goreng @ RM 8.00
Ayam Manis @ RM 8.00
Ikan @ RM 7.00
Giant Sotong @ RM 15.00
Udang Asam (x2) @ RM 16.00
Terung @ RM 5.00
Nasi @ RM 2.00
Mee @ RM 2.00
Timun Vinegar @ RM 2.00
Kacang @ RM 2.00
Bilis @ RM 2.00
Telur @ RM 1.50
Kemudahan Lain
Perkhidmatan parkir kereta sangat banyak di mana anda boleh parkir bertiket di sebelah Fort Cornwallis ataupun parkir berkupon di kotak kuning di tepi jalan berhampiran.
Perkhidmatan tandas awam turut ada bersebelahan dan mudah untuk dicari.
Projek Nasi Lemak Box
Alamat: Padang Kota Lama, 10200 Pulau Pinang, Malaysia.
(Terletak bersebelahan dengan Fort Cornwallis, di samping gelanggang bola keranjang)
No. Tel :
+6018 - 393 8018 / +6016 - 4231767
Email : projeknasilemakbox@gmail.com
Waktu Operasi :
Isnin hingga Khamis : 6.00pm - 1.00am
Jummat & Sabtu : 5.00pm - 2.00am
Ahad : 5.00pm - 1.00am
Tutup setiap hari Rabu
Jangan lupa follow social media :
Facebook : Projek Nasi Lemak Box
Selamat Mencuba!
23 Comments
Fuhh sedapnyaa!
ReplyDeleteBesau nya sotong.. Yg lauk aym tu melting yana tengok..
ReplyDeleteSekarang ada banyak variasi nasi lemak kan? Tapi yang ini memang nampak sedap !
ReplyDeleteterasa nak makan nasi lemak sotong la pulak pagi ni.. deco kedainya pun menarik... pinggan dia tu cantik..
ReplyDeleteCantik kedai dia. Next time balik Kulim boleh pergi sini pulak, 😁
ReplyDeleteMenarik juga harganya.. potion pun boleh tahan juga tue....
ReplyDeleteAduh..terus perut berbunyi...sedapnya nmpk menu2 yg lia makan tu
ReplyDeleteWow satu lagi lokasi yang boleh saya datang bila ker Penang nanti thanks sebab share tengok makanan menyelerakan dan air tu buat rasa dahaga jer hehehehe..
ReplyDeleteamboi sedapnya!! Nasi ni makan dengan apa je pun sedapkan. Waktu lunch ni menduga betul tengok makanan lazat camni.
ReplyDeletealaaaa...kenapa kat Penang jer..kat KL xde...bestnyaaa...satu hal akak nak ke Penang plak..ayam dia besar gemuk2 plak tu ha....aduhaiiii...geramnyaaaaa
ReplyDeletesedapnya, Lia! Akk ni ms mengandung suka sangat nasi lemak.
ReplyDeleteNasi lemak my fav hahaha tak pernah tolak kalau dapat nasi lemak.btw sotong tu mengancam dan menggoda kita huhu nampak sedapp
ReplyDeleteNice place to enjoy the nasi lemak. Price looks affordable too.
ReplyDeleteNi kalau ke penang ni sure nak terjah tempat ni..nampak menarik sgt nasi lemak dia. Sotong tu...fuhhh meleleh air liur tengok
ReplyDeleteOK. Next time balik Penang, akan ku makan di sini. TQ share info nie,
ReplyDeleteWah...first time dgr nasi lemak soton gergasi, tentu sedap nti nk trylah...
ReplyDeleteMacam mana ya rasanya nasi yang dah campur dgn serbuk arang? Tak rasa pelik ke? Btw, suasana tepi pantai tu memang nyaman lah. Sesuai nak melepak-lepak kan
ReplyDeleteWaahhh nampak menyelerakan. Tq for sharing, boleh masuk list senarai tempat nak makan2 nanti :)
ReplyDeleteyanmie
www.yanmieonline.com
wa macam best nya
ReplyDeleteSuka dekorasi & konsep santai dia..Menu2 pun nampak macam best je..Kena try ni kalau gi cuti-cuti ke sana..
ReplyDeletecara presentation plate untuk pelanggan tu memang tip top.. harap berterusanlah usaha pemilik kedai ni untuk memikat selera pelanggan..
ReplyDeletenampak sedap dan menyelerakan juga..tapi konsep restoran tu je tak berapa best..kalau hujan mcm mana eh?ohoho
ReplyDeleteSiapa pemiliknya?
ReplyDelete