Seleksi Rangkaian Syampu Shurah Ariana Rawatan Khas Untuk Wanita berhijab

October 19, 2017

Salam dan Hai semua,



Setiap wanita di luar sana mempunyai masalah kulit kepala dan rambut yang tersendiri. Masing-masing inginkan rambut yang sihat, cantik dan menawan bukan. Antara masalah yang sering dihadapi ialah kelemumur, rambut gugur, kegatalan kulit kepala, rambut berminyak dan sebagainya. Ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa, rambut mudah berbau dan ini boleh mengurangkan keyakinan diri.


Bagi wanita yang bertudung dan berhijab pula, anda perlu menjaga rambut dan kulit kepala anda dengan lebih rapi dan teliti memandangkan anda menutup rambut sepanjang hari. Keadaan cuaca panas dan lembap di Malaysia akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan kelemumur. 

Oleh itu, para wanita berhijab di luar sana perlu bijak memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat.  


Kini, rangkaian syampu Shurah Ariana baru telah datang dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.


Wanita berhijab anda tidak perlu khuatir lagi untuk melaksanakan kerja-kerja harian anda sepanjang hari. Anda boleh bekerja seperti biasa, melakukan aktiviti sukan yang lain tanpa perlu runsing memikirkan pilihan syampo

Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.

Rangkaian syampu Shurah Ariana datang dengan empat warna yang menarik dan setiapnya mempunyai rawatan tersendiri mengikut jenis masalah rambut.

Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair

  • Dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. 
  • Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.

Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff




  •  Diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. 
  • Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair



  • Diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. 
  • Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. 
  • Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. 
  • Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.


Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control 



  • Diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. 
  • Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. 
  • Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.



Botol Syampu Shurah Ariana  terdapat dalam dua saiz iaitu 170ml dan 330 ml.




Rekaan bentuk botol syampu Shurah Ariana di bahagian bukaan di atasnya dan tidak mudah tumpah dari penutup. 



Dari pandangan sisi, bentul botol kelihatan tinggi dan bentukya yang menarik.


Saiz syampu Shurah Ariana  juga mudah dipegang si bahagian tengahnya dan tidak mudah tergelungsur dari pegangan tangan.


Syampu Shurah Ariana  juga senang diletakkan di mana-mana bahagian rata.


Di belakang syampu Shurah Ariana pula terdapat keterangan , kandungan syampu, penggunaan dan bahan-bahan yang digunakan. 



Dan semestinya kandungan syampoo Shurah Ariana ini 'Halal' dan disahkan oleh JAKIM. Boleh lihat logo 'Halal di belakang syampoo.



Di bawah syampu Shurah Ariana terdapat tarikh luput di mana anda boleh semak jangka hayat masih boleh digunakan atau tidak.


Cara Penggunaan :

Buihkan syampu pada rambut yang basah, kemudian bilas sehingga bersih.


Lia mencuba salah satu seleksi Rangkaian Syampu Shurah iaitu berwarna Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair yang mengandungi Minyak Argan dan Jojoba.  Lia mengalami rambut rosak dan kering. Cuci rambut seperti biasa, basahkan dan buihkan syampu pada rambut, bilas dan keringkan. Hasilnya sangat memuaskan dengan sekali penggunaan.



Seleksi syampu Shurah Ariana boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara.

Harga
330 ml : RM12.30
170 ml : RM7.90

Anda juga boleh membeli di atas talian di laman web ini : http://www.jetaine.com/shop/
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:


Facebook Shurah Malaysia : ShurahMalaysia
Instagram : @shurahmalaysia

hashtag: 
#shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia  #shurahpencerah

Selamat Mencuba!



You Might Also Like

18 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community