Salam & Hai semua,
Entry kali ini Lia nak mempromosikan satu produk kecantikan serbaguna yang sangat menarik. Wanita di luar sana memang akan menjaga dengan rapi kecantikan masing-masing terutamya kecantikan wajah. Kecantikan wajah perlu dititik beratkan di mana ianya merupakan aset penting dan kulit muka yang bersih memberikan keterampilan wajah yang menarik serta menambah keyakinan diri.
Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan bersih, pemilihan produk yang bersesuaian dengan wajah sangat penting. Hal ini supaya kulit wajah anda bersesuaian dengan produk dan dapat memberi kesan yang lebih menyerlah.
Di sini, Lia nak mengesyorkan satu produk dari bahan semulajadi itu TROPIKA Face Cleansing Oil.
Pembungkusan Produk
Dibahagian luar produk, lapisan Pertama dibalut rapi dengan lapisan 'burble wrap' dan dikemas kini dengan pita lekat.
Lapisan kedua juga dibalut dengan lapisan 'burble wrap'.
Produk yang dihantar akan berada dalam keadaan selamat dan elok dihantar kepada pelanggan. Lia sangat berpuas hati dengan cara pembungkusan produk TROPIKA Face Cleansing Oil ini.
Kotak pembungkusan
TROPIKA Face Cleansing Oil ini didatangkan khas di dalam kotak berwarna putih dan berlabel dengan kemas dan rapi.
Kotak ini dilabel nama produk, formula semulajadi, cara penggunaan, bahan dan ramuan, dan alamat dikilangkan.
Apakah TROPIKA Face Cleansing Oil?
TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi, yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia adalah pilihan pembersihan yang sangat baik untuk semua jenis kulit, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
.
Pembersih dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang mencipta fungsi 3-dalam-1; keluarkan kulit wajah, membersihkan dan melembapkan kulit untuk kulit yang segar. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki nada kulit. Formula khas ini selamat digunakan juga pada kulit sensitif.
Diuji di bawah kawalan dermatologi.
Cruelty FREE, Paraben FREE and Fragrance FREE.
Produk ini datang dalam bentuk botol berpenutup dan berwarna putih.
Di botol juga dilabel sekali lagi nama produk, formula semulajadi, cara penggunaan, bahan dan ramuan, alamat dikilangkan beserta ditambahkan dengan harga.
Kandungan produk ini ialah 100ml dan merupakan produk buatan Malaysia. Saiz botol juga serta mudah dipegang dan senang dibawa ke sana sini.
Di bawah botol produk terdapat tarikh luput. Setiap sudut botol ini dibuat dengan kemas dan teliti. Memang memenuhi kehendak pelanggan.
Produk ini dikilangkan di Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Cara Aplikasi?
Bersihkan dan menyuburkan kulit anda dengan 3 langkah mudah:
1. Sapukan pada kulit kering. Urut dalam edaran.
2. Tambah sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urut.
3. Bilas dengan teliti mengunnakan air.
Boleh rujuk video di bawah:
Bahan-bahan/Ramuan
Minyak Kelapa Dara (VCO) - Pelembap semula jadi yang hebat. Mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob dan disinfektannya, membantu menjaga liang-liang membersihkan dan menghalang kecacatan.
Vitamin E - Keadaan kulit, hebat untuk mengurangkan garis halus, kedutan, dan bintik-bintik.
Ekstrak Root Licorice - Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan penampilan gelap di bawah lingkaran mata, perubahan warna dan bintik-bintik umur. Secara tradisional digunakan untuk mencerahkan kulit.
Oilve Oil Esters - Ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri anti-radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.
Siapa yang boleh menggunakan?
* Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up.
* Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka.
* Sesiapa yang memilih produk semulajadi untuk kulit mereka.
* Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Harga Produk :
RM69.90 (Semenanjung Malaysia)
RM72.90 (Sabah & Sarawak)
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Tropika, anda boleh layari:
Selamat Mencuba!
#beautifulwithtropika #lovetropika #naturalskincare