Dating dengan Oppa 'Bi Rain' di Konsert K-Pop Music Wave, Setia Spice Arena Pulau Pinang

Salam dan Hai Semua, 


Lia nak berkongsikan pengalaman last minute tengok konsert K-Pop Music Wave yang berlansung Setia Spice Arena Penang, Jumaat lepas bertarikh 24 November 2017.


KPOP MUSIC WAVE 2017 PENANG

DATE : 24TH NOVEMBER 2017  

TIME : 8:00PM

VENUE: SETIA SPICE ARENA, PENANG.

Lia dapat panggilan telefon last minute mengenai tiket, sejam sebelum konsert bermula dan agak kelam kabut nak ke sana. Sebab rutin Pulau Pinang setiap hari jumaat merupakan hari yang sangat teruk dalam trafik dan berjam-jam tunggu di atas jalan. Balik kerja dengan keadaan penat dan letih pergi juga sebab Kpop. Parking punya lah jauh jalan pun dekat. Malam-malam dah joging berpeluh sebelum pergi konsert. Konsert bermula pada pukul 8.00 malam tapi kami sampai lebih kurang 8.30 malam dan masuk ke dalam dewan pada pukul 8.50.

Lia dulu minat sangta dengan K-Pop & drama korea ni. Sejak kebelakangan ni dah kurang maybe sebab busy dengan kerja, tiada masa yang banyak  dan banyak group yang Lia minat dah tiada & berpecah.


K-Pop Music Wave  akan menjadi konsert terbesar dalam sejarah adegan hiburan Pulau Pinang. Dibawa kepada anda oleh Golden Warriors Film & Entertainment yang disokong oleh jabatan Pelancongan Pulau Pinang.


Ini ada kedudukan pentas dan tempat duduk mengikut warna dan harga yang berlainan. Tiket bermula dari harga RM168 hingga RM728 dari tempat duduk biasa hingga ke VIP/VVIP. Anda boleh membeli secara online di http://buytickets.com.my


Tempat duduk Lia di U27, barisan LL dan nombor 6.

 K-Pop Music Wave julung kali membawa artis-artis K-Pop ke Pulau Pinang. Ini merupakan satu berita hebat buat rakyat Pulau Pinang. Di sana sini terpampang papan iklan konsert ini.

Antara artis yang dibawa khas dari Korea ke Pulau Pinang ialah : B.A.P, T-Ara, Haha, Kim Jong Kook & Bi Rain bersama kumpulan penari dan vokal.

Persembahan Pertama - B.A.P

Persembahan pertama dimulakan dengan group B.A.P. Tapi sebab kami semua sangkut dalam trafik terlepas dah persembahan B.A.P. Kami dapat dengar last song sahaja. Gambar tak sempat nak ambik.

Persembahan ke-2 - T-Ara



Persembahan ke-3 - Haha



Persembahan ke-4 - Haha



Persembahan terakhir - Bi Rain






Persembahan yang paling ditunggu dan dinantikan ialah Oppa Bi Rain.

Masa Oppa Bi Rain keluar alahai terus cair. Handsome gila bila tengok real. tak sama macam tengok di TV. Walaupun umur 35 tapi masih aktif dan bertenaga. Dari dulu minat Rain sebab suka dia punya tarian & dan beliau sangat pendai menari. Paling menonjol dan pandai berinteraksi dengan penonton.


Lama juga Lia tak tengok konsert macam ni. Terubat rindu dan suasana konsert ni memang best tengokk live tak sama macam TV. Dapat dengar sendiri suara artis menyanyikan lagu kegemaran di depan mata. Dalam masa yang sama kita dapat dengar sendiri muzik yang best & tak pecah.



Setelah habis konsert baru dapat tengok pentas persembahan mereka. Pentas sangat besar dan setiap sudut artis akan menyanyi dan lalu ke setiap penjuru. Stage berada di tengah-tengah dan sekeliling dipenuhi dan dibanjiri dengan penonton. Penonton dari setiap penjuru akan dapat melihat artis kegemaran mereka dari jauh takpun melalui skrin besar yang ditayangkan di atas pentas.





Having fun with them, Ika & Olivia.

Konsert K-Pop Music Wave memang terbaik, sangat berpuas hati dan happy. Badan penat dan keletihan dengan kerja pun hilang bila sekali berhibur macam ni. Abaikan muka kami yang serabai dan selekeh tu. Konsert tamat lebih kurang pukul 10.00 malam. 

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan konsert K-Pop Music Wave seterusnya.

K-Pop Music Wave

No Tel : 04-226 2027

Laman web : http://www.kpopmusicwave.asia

Facebook : https://www.facebook.com/kpopmusicwave/