Jom Ramah Mesra bersama Hantu di Ghost Museum, Pulau Pinang

November 21, 2017

Salam dan Hai semua,

Korang pernah masuk rumah hantu bukan? Pernah tak korang masuk muzium yang berkonsepkan hantu? Percaya atau tidak mengenai hantu?

Kali ini Lia nak bawa korang semua ke salah satu muzium pilihan terbaik berkonsepkan hantu di Pulau Pinang iaitu Ghost Museum.


Ghost Museum terletak di tengah-tengah bandar Georgetown, berhampiran Lebuh Melayu. Beralamat di 57, Lebuh Melayu, Georgetown, Pulau Pinang.


Ghost Museum bukan hanya untuk menakutkan orang dengan ilustrasi dan patung hantu seolah-olah hidup di rumah, ia juga mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan ketakutan. Di sini kita juga dapat belajar mengenai cerita untuk setiap mitos yang sepatutnya menjadi makhluk misteri. Ia dapat mengikis menghilangkan kesilapan pada cerita-cerita seram yang tertentu.


Ghost Museum juga bukan sahaja kita dapat mengenali setiap jenis hantu tetapi kita juga dapat memakai kostum pakaian dan bergambar bersama hantu. Terdapat pelbagai jenis hantu antaranya hantu Cina, hantu firaun, dan banyak kali yang dikhuatiri oleh semua orang, tanpa mengira usia mereka.  Anda berada di sini nampaknya seperti di sebuah rumah penuh dengan hantu dan tengkorak orang mati!


Jom kita pelajari, suai kenal dan beramai mesra bersama Hantu dari 5 negara dan budaya yang berbeza.


Kaunter pertanyaan dan pembayaran

Anda takut untuk masuk ke Ghost Museum? Jangan risau setiap pengunjung yang masuk ke sini akan diiring dan dibawa masuk oleh salah seorang kakitangan di sini. Kakitangan disini peramah dan penuh ilmu mengenai hantu. Anda akan diiring dari pintu masuk hingga pintu keluar, dari tingkat bawah hingga tingkat atas dan akan diberi penerangan terperinci mengenai hantu. Boleh juga dapatkan bantuan mereka untuk bergambar bersama hantu.


Harga tiket Ghost Museum 


Malaysia (Mykad holder only)
- Adult - RM 18
- Children - RM 10
- Student/Senior - RM 10

Foreigner (Non MyKad)
- Adult - RM 28
- Children - RM 16
- Student/Senior - RM 16

Peta lukisan 3D di Ghost Museum


Ghost Museum terdiri daripada 2 tingkat yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hantu. 


Ground Floor

Di tingkat 'Ground Floor' terdapat koleksi hantu dari Malaysia, China dan Egypt (Mesir).

Malaysia

Orang Minyak

Puntianak

Toyol




Langsuir

Pocong

Hantu Tiada Muka

Hantu Pisang


Penanggal

China




Red Shirt Ghost

Egypt (Mesir)





1st Floor

Di tingkat '1st Floor' terdapat koleksi hantu dari Pirates (Lanun), Dracula, Japan( Jepun) dan Halloween..

Pirates (Lanun)




Dracula







Japan (Jepun)




Daidakabotchi






Onryo

Juon

Witch House









Lokasi yang terakhir ialah Witch House di mana merupakan kedai barangan yang menjual cenderahati. Terdapat pelbagai pilihan seperti tshirt, topi, keychain, cawan dan banyak lagi. Anda boleh membeli sebagai cenderahati sebagai kenangan anda di sini.

Kemudahan Tandas


Siapa berani masuk tandas ni?

Kemudahan tandas disediakan untuk pengunjung yang datang disini. Pastikan anda berani dan lawan ketakutan anda ya. 


Bergambar kenangan bersama rakan blogger yang lain. 

Terima kasih juga kepada kawan blogger dan juga Hazlami Rosli atas jemputan.


Cuba untuk atasi ketakutan anda dengan melawat Ghost Museum ini.


Ghost Museum

Alamat : 57, Lebuh Melayu, 10300 Georgetown, Penang

Tel : 04 - 261 2352

Email : info.ghostmuseumpg@gmail.com

Waktu Operasi : 10 am - 7 pm (Setiap hari)

Boleh kunjungi laman sosial :

Facebook : Ghost Museum Penang

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community