Keunikan hidangan pencuci mulut berkonsepkan Ais di Ice Cafe, Pulau Pinang

November 11, 2017


Salam dan Hai semua,

Selepas meneroka magis di muzium interaktif  iaitu Magic World Phantamania, anda jangan lupa menikmati hidangan pencuci mulut di Ice Cafe. Boleh baca entry sebelum ini di sini. Mesti ramai tertanya-tanya di manakah lokasi Ice Cafe ini bukan? Lokasinya di 193, Lebuh Victoria, 10300 Penang, di bangunan yang sama dengan Magic World Phantamania tetapi di bahagian tingkat satu. Tak lengkap rasanya masuk ke Magic World Phantamania tetapi tidak mencuba makanan di Ice Cafe.



Untuk memasuki ke Ice Cafe, anda akan lihat papan tanda 'Ice Cafe' dan anak tangga naik ke atas di sebelah pintu membeli tiket masuk ke Magic World Phantamania. Anda boleh terus masuk ke Ice Cafe untuk lepak sambil makan hidangan pencuci mulut tanpa perlu masuk ke Magic World Phantamania.

Jika anda dari Magic World Phantamania, anda boleh masuk lain dari pintu 'Freeza Mania' di tingkat atas.

Tiket masuk ke Ice Cafe?

Anda boleh masuk ke Ice Cafe secara PERCUMA sahaja tetapi anda tidak boleh masuk ke Magic World Phantamania. Bayaran akan dikenakan dan kakitangan di sana akan memantau berdasarkan stiker yang dilekatkan ke baju pelanggan. Jika anda membayar tiket masuk ke Magic World Phantamania, anda boleh masuk ke Ice Cafe untuk menikmati hidangan di sana dan anda boleh turun semula ke muzium tersebut untuk mengambil gambar atau mencuba sekali lagi permainan di dalamnya.


Pengunjung perlu beratur dan menunggu giliran untuk masuk ke Ice Cafe. Anda boleh lihat sendiri di dalam foto betapa ramainya pengunjung yang beratur dan hendak mencuba hidangan di sini.


ICE CAFE: CUTTING THE HEAT, SHAVING THE ICE

Inilah pembaharuan yang dilakukan oleh Magic World Phantamania pada iaitu kafe baru, Ice Cafe.




Konsep Ice Cafe

Kafe ini bertemakan chill, santai dan rileks dengan suhu yang sejuk seolah-olah di Kutub Utara. Dekorasi kafe, susunan perabot dan persekitaran bersuasanakan ais kiub dan salji memang menepati ciri-ciri kafe ini. Ini membuatkan anda lebih bersemangat mengambil gambar mengikut kreativiti anda. 


Bahagian dalaman Ice Cafe

Ice cafe terdapat tiga bahagian di dalamnya iaitu bahagian hadapan, tengah dan akhir. Dari pintu masuk, pengunjung melangkah kaki memasuki kafe akan melihat katil bertema kaca dengan bantal, Seterusnya ke arah kafe dan kaunter yang terdapat meja dan kerudi bertemakan ais yang menakjubkan, Bahagian akhir kafe dengan igloo yang bertemakan Eskimos di Alaska dengan hiasan ikan pasu dan jaring ikan gantung.

Bahagian hadapan








Bahagian tengah











Bahagian akhir






Sajian hidangan di Ice Cafe

Harga makanan dan minuman yang ditawarkan di sini bermula dengan RM10. Jom meraikan parti "perayaan ais" yang indah.

Ice Cafe mencabar anda untuk mencuba pencuci mulut dan minuman bersuhu 0 ° C  hingga 10 ° C. Selain dari pencuci mulut dan minuman, Ice Cafe juga menyediakan pelbagai jenis kek. 

Snowflakes on Ice Bowl

Salah satu pencuci mulut yang paling terkenal yang ditawarkan di sini adalah Snowflakes on Ice Bowl.


Mix Fruit (Extra Large)RM36.00
 Pembekuan ais yang dicukur dan dihiasi dengan buah-buahan segar seperti strawberi, anggur, pisang, peach, di dalam mangkuk ais yang sebenar bersama hidangan aiskrim.

MangoRM36.00
Ais beku dengan hidangan buah mangga, aiskrim dan sirap mangga.

Menu lain Snowflakes on Ice Bowl ialah :
Kiwi & Grape @ RM18.00
Mix Fruit @ RM26.00 (Large)

Pastries


Igloo Icecream Puff @ RM20.00
Hidangan aiskrim di dalam puff bersama buah-buahan segar dan sirap coklat

Menu lain Pastries ialah :
Ice Smurf Berry Cheese Tart @ RM24.00

Icecream

 Icecream (5 scoop)  @ RM29.00
Hidangan aiskrim bersama buah-buahan segar dan sirap coklat


 Icecream Jeruk  @ RM18.00
Hidangan unik dari Ice Cafe di mana menyediakan hidangan aiskrim bersama buah-buahan jeruk seperti mangga, betik, salak, cermai, sengkuang dan ceri. Jeruk juga merupakan salah satu makanan yang popular di Pulau Pinang. 

Cakes 

 Mango Creepe  @ RM19.00
Hidangan kek ini boleh dipilih dan dihidang bersama teh panas

Menu lain yang disediakan di Ice Cafe :
Satay Fruit @ RM29.00

Minuman

Ice Cafe menyediakan hidangan minuman panas dan sejuk. Minuman sejuk yang dihidangan ialah Fruitiss iaitu jus buah-buahan.



Antara pilihan jus yang disediakan ialah :
1) Nenas + Anggur @RM14.00 untuk 16oz & @RM18.00 untuk 22oz 
2) Nenas + Banana @RM14.00 untuk 16oz & @RM18.00 untuk 22oz  
3) Nenas + Mangga @RM14.00 untuk 16oz & @RM18.00 untuk 22oz  
4) Nenas + Tembikai @RM14.00 untuk 16oz & @RM18.00 untuk 22oz  
5) Pisang + Strawberi @RM14.00 untuk 16oz & @RM18.00 untuk 22oz 
6) Pisang + Kiwi @RM14.00 untuk 16oz & @RM18.00 untuk 22oz 
7) Epal @RM12.00 untuk 16oz & @RM16.00 untuk 22oz 
8) Tembikai @RM12.00 untuk 16oz & @RM16.00 untuk 22oz 
9) Mangga @RM12.00 untuk 16oz & @RM16.00 untuk 22oz 
10) Anggur @RM12.00 untuk 16oz & @RM16.00 untuk 22oz 
11) Pisang @RM12.00 untuk 16oz & @RM16.00 untuk 22oz 
12) Coklat @RM18.00 untuk 22oz 


Minuman panas :
1) Durian White Coffea @ RM12.00
2) White Coffea @ RM10.00
3) Hot Tea @ RM8.00


Terima kasih juga kepada kawan blogger dan juga Hazlami Rosli atas jemputan. Jangan lupa baca entry Ice Cafe di blog kawan blogger saya yang lain :

Blog  Lyana :  http://bit.ly/2ypLYxz
Blog Jas Jas : http://bit.ly/2h5liLC
Blog Ika : http://bit.ly/2zxAWuq
Blog Akma : http://bit.ly/2zxJDEe
Blog Olivia : http://bit.ly/2zzxm0b

Selamat mencuba hidangan Ice Cafe!

Ice Cafe

Alamat : 193, Lebuh Victoria, 10300 Penang

Tel : 04 - 263 3193

Email : info.icecafepg@gmail.com

Waktu Operasi : 10.30 am - 10.30 pm (Setiap hari)


Boleh kunjungi laman sosial :

Facebook : Ice Cafe


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community