Jemputan Ke Majlis Cabutan Bertuah Di Cawangan M Store Pulau Pinang

April 11, 2018

Jemputan Ke Majlis Cabutan Bertuah Di Cawangan M Store Pulau Pinang  | Salam dan Hai semua.

Pada entry sebelum ini, Lia ada bercerita bagaimana untuk Dapatkan Segera Huawei Nova 2 Lite Sekarang Dengan Hanya RM799 Sahaja! Sempena kempen promosi Huawei ini juga, Lia dan beberapa kawan yang lain di jemput sebagai blogger untuk menghadiri majlis cabutan bertuah kepada pembeli sempena menyokong jualan pembukaan Grand M Store pada 25 Mac 2018 yang lepas.

Persembahan sempena Cabutan Bertuah di M Store, Pulau Pinang

Jemputan Ke Majlis Cabutan Bertuah Di Cawangan M Store Pulau Pinang

Acara dimulakan dengan pembukaan majlis oleh pengacara majlis, persembahan dari beat boxer, kemudian kami dipanggill untuk ke atas stage untuk menerima sumbangan dari pihak M Store dan kemudian majlis diikuti dengan majlis cabutan bertuah oleh pembeli. Setiap pemenang akan dipanggil ikut giliran dan dikehendaki pecahkan belon. Setiap belon ada kertas kecil yang bertulis hadiah. Pemenang akan mengetahui hadiah yang di menangi selepas pecahkan belon.

Setiap blogger di hadiahkan Power Bank sebagai perhargaan terima kasih di M Store, Pulau Pinang

Setiap blogger di hadiahkan Power Bank sebagai perhargaan terima kasih di M Store, Pulau Pinang

Kami blogger dihadiahkan powerbank setiap seorang sempena menyokong dan mempromosi cawangan M Store Pulau Pinang. Tersipu malu juga bila nama dipanggil naik ke atas stage di hadapan semua pengunjung yang datang ke sini.

Untuk makluman semua, cawangan M Store dilancarkan secara rasminya pada 17 Mac 2018. Lokasinya terletak di Tingkat Bawah, Atrium B di Prangin Mall. M Store adalah kedai IT Concept setempat anda di Pulau Pinang. M Store bersedia untuk memperkenalkan teknologi yang terkini untuk meringankan kehidupan kita.

M Store kini mempunyai beberapa jenama dan outlet untuk memudahkan pencarian dan membuat perbandingan harga. Di sini mereka menawarkan tawaran yang terbaik yang anda tidak dapat di luar sana. Pelbagai jenama smartphone terdapat di sini termasuklah 
- Huawei
- Nokia
- Vivo 
- Honor
- Samsung
- Oppo
- Asus

Ini juga merupakan kali pertama Lia datang ke butik baru M Store yang terletak di Pragin Mall. Lia sangat teruja bila datang ke M Store di mana ia merupakan satu pusat membeli belah barangan elektronik seperti telefon bimbit, power bank, laptop, aksesori dan sebagainya yang besar. Semuanya serba lengkap di aman anda boleh mencari semua jenama di bawah satu butik. Bagitau sahaja jenama apa  yang anda ingin miliki contohnya Huawei, Samsung, Oppo dan banyak lagi

Kiosk Nokia di M Store, Pulau Pinang

Kiosk Vivo di M Store, Pulau Pinang

Kiosk Huawei di M Store, Pulau Pinang

Kiosk Honor di M Store, Pulau Pinang

Kiosk Asus di M Store, Pulau Pinang

Kiosk Samsung di M Store, Pulau Pinang

Ruangan Menunggu di M Store, Pulau Pinang

Memang sesuai untuk bawa seisi keluarga, kawan-kawan ataupun pasangan anda. Jika masing-masing mempunyai selera dan minat dengan jenama handphone yang lain, Anda tak perlu runsing untuk pergi ke cawangan setiap jenama yang lain. Di sini semua lengkap, siap ada tempat ruangan menunggu lagi.

Bersama blogger El Darwena dan Lyana Ishak semasa Majlis Cabutan Bertuah di M Store  

Terima kasih atas jemputan & Tahniah atas pembukaan cawangan M Store Pulau Pinang


 Lebih banyak promosi hebat yang akan datang, 
Follow social media M Store untuk maklumat lanjut:
➡ Instagram: @mstorepg

Alamat M Store : 
33-G-52, Ground Floor Prangin Mall, Jalan Dr. Lim Chwee Leong, Georgetown
Penang, Malaysia

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community