Kecomelan Koleksi Teddy Bear Yang Menarik di Teddy Ville Museum

Kecomelan Koleksi Teddy Bear Yang Menarik di Teddy Ville Museum | Salam dan Hai semua,

Lia nak memperkenalkan salah satu muzium yang diidamkan nak masuk dari dulu lagi iaitu Teddy Ville Museum. Teddy Ville Musuem ini merupakan muzium koleksi kesemua jenis teddy bear dari seluruh dunia yang berusia lebih ratusan tahun. Di sini juga anda akan mempelajari dengan lebih terperinci sejarah dan bagaimana teddy bear ini dihasilkan.

Selain itu, Muzium Teddyville merupakan koleksi beruang teddy pertama dan terbesar di Malaysia dari pelbagai negara dan era yang berbeza. 

Kecomelan Koleksi Teddy Bear Yang Menarik di Teddy Ville Museum


Prinsip Penubuhan Teddy Ville Musuem

Teddy Ville Musuem ditubuhkan di bawah prinsip pengalaman yang menyeronokkan, pendidikan dan kebudayaan. Sejajar dengan nilai-nilai teras, muzium ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman bersama teddy bear. Masih tidak terlambat atau pun terlalu tua untuk mempunyai teddy bear sendiri.

-----------------------------------------------------------------------------------

Pameran koleksi teddybear yang aneh tetapi agak menarik dimana meraikan kekayaan sejarah dan budaya di Pulau Pinang. Koleksi patung ini bersaiz besar berukurkan saiz orang hinggalah ke saiz kecil iaitu miniature.

Pameran yang agak aneh tetapi agak menarik, pameran ini mempamerkan dan meraikan sejarah budaya Pulau Pinang yang kaya. 

Ciri yang terdapat di dalam Teddy Ville Musuem

Pameran Teddy Bear yang mempamerkan:

✔ Adat dan budaya Pulau Pinang
✔ 3 Kaum terbesar di Pulau Pinang
✔ Makanan dan Kedai Makan di Pulau Pinang
✔ Sejarah Pulau Pinang
✔ Kawasan Perindustrian Pulau Pinang
✔ Peristiwa dan Acara Terbesar yang berlaku di Pulau Pinang
✔ Tokoh-tokoh hebat yang memberi impak kepada dunia yang berasal dari Pulau Pinang


Teddy Ville Museum sesuai dilawati bersama keluarga dan kawan-kawan. Muzium ini agak santai dan sesuai dengan jiwa orang dewasa dan kanak-kanak. Yang buat Lia teruja masuk ke dalam muzium ini ialah kecomelan teddy bear ini sangatlah menarik hati.


TeddyVille Museum terletak di tingkat bawah DoubleTree Resort by Hilton Penang, beralamat di 56 Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang. Saiznya sebesar lebih kurang 9000 kaki persegi.

Reception di Teddy Ville Museum


Pengunjung perlu membeli tiket di kaunter ini terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam.

Gallery di Teddy Ville Museum 


Salah seorang kakitangan di sini akan mengiringi anda sepanjang di dalam muzium. Mereka akan menceritak mengenai sejarah teddy bear. Nak tahu sejarah teddy bear dengan lebih lanjut kenalah datang sini!




Ruangan Gallery ini mempamerkan semua jenis teddy bear mengikut era, saiz, kisah-kisah di belakang asal-usul mainan kanak-kanak yang paling popular, harga teddy bear dan ada teddy bear yang berusia puluhan dan ratusan tahun.

Tahukah anda! Suatu masa dahulu teddy bear ini dicipta menyerupai beruang sebenar di dalam hutan di mana beruang tidak senyum. Tetapi selepas beberapa perubahan, teddy bear dicipta dengan bentuk yang comel dan senyum bagi menarik kanak-kanak.

Teddy Bear bersaiz Besar menyerupai Manusia

Seterusnya pula ke ruangan teddy bear bersaiz besar seperti saiz Manusia. Yang menarik nya di sini di cipta menyerupai ciri-ciri dan ikon yang berkaitan Pulau Pinang.

Captain Francis Light - A Light's History

Datuk Professor Jimmy Choo, OBE - Choo's Shoes

Thaipusam - No Pain No Gain

Baba & Nyonya - The Tales of Two Cultures

P Ramlee - Man of Many Talents

Chai Sin Yah - God of Prosperity

Lion's Dance - Crouching Lion Hidden Dancer

Char Koay Teow - Flat Fried Flavours

Batu Feringhi - The Tourist's Heaven

Penang Hill - Tall Tales

Durian - A Royal Scene

Indian Pull Tea - The Malaysian National Drink

Georgetown Heritage

Trishaw - Unsung Heroes

The Penang Bridge Marathon

Dragon Boat

Wall Art - Smiling Walls

Bayan Lepas Free Trade Zone - Industrial Zone

Bread-man - Snacks on Wheels

Batik - Tailor Made

Barbershop - Snipping On The Stress

Gee Hiang - Century Old Bakery

Medical Tourism First Class

Dato' Nicole David & Dato' Lim Chong Wei


I Love Penang


Miniature Comel Teddy Bear

Setiap tema di dalam muzim ni, yang menariknya setiap teddy bear saiz yang besar akan juga terdapat miniature teddy bear. Sainya yang kecil dan comel sangat menawan di maan setiap benda akan nampak lebih terperinci contohnya pakaian.

The Opening of Penang - It Rained Gold

Thaipusam

Weld Quay - Melting Port 

Kek Lok Si - Multicultural Architecture

Kampung House - Wooden Wonders

Gurney Drive - Culinary Drive

Unesco World Heritage Site - A Global Heritage

Batu Ferringhi

Penang Bridge

Dragon Boat


Beary Fun Zone


Ini ruangan terakhir muzium.


Beary Good Shop

Anda juga boleh membeli cenderahati teddy bear untuk di bawa pulang di Beary Good Shop.


Harga tiket :

Normal
- Adult - RM 36
- Student - RM 29
- Children - RM 25
Kids Below 3 Years Old FREE

With MyKad
- Adult - RM 27
- Student - RM 22
- Children - RM 15
Kids Below 3 Years Old FREE


Bergambar kenangan bersama rakan blogger yang lain. 

Jangan lupa Subscribe Youtube Channel Lia! 

Teddy Ville Museum Penang

Alamat : 

Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56 Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang

Email: beary@teddyvillemuseum.com

Tel : 016-550 5949

Waktu Operasi : 
SETIAP HARI (9:00am-6:00pm)

Boleh kunjungi laman sosial :

Facebook : TeddyVille Museum
Instagram: