Keunikan Kaca dan Pengiktifaran 'The Malaysia Books of Records' di Glass Museum Penang | Salam dan Hai semua,
Lia nak memperkenalkan salah satu Muzium Seni Moden di Pulau Pinang iaitu Glass Museum Penang. Muzium ni sangat berbeza dengan muzium yang lain di mana anda dapat mempelajari pelbagai jenis kaca dan sejarah mengenainya. Di sini juga anda boleh mereka bentuk sendiri kaca di Studio dan mempelajari bagaimana kaca di buat di kilang.
Keunikan Kaca dan Pengiktifaran 'The Malaysia Books of Records' di Glass Museum Penang
Sejarah Glass Museum
i-box Design SDN. BHD. telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan diperbadankan pada tahun 2006. Reka bentuk i-box adalah sebuah syarikat yang muda dan bersemangat, pengarah kami membentuk syarikat di belakang pengalaman gabungan selama bertahun-tahun dalam pelbagai reka bentuk dan membina, dari Kediaman, Komersial dan Industri.
Sebelum terjadinya Glass Museum, i-box Design SDN. BHD. merupakan salah satu kedai barangan kaca dan merupakan kilang kaca. Pada tahun 2011, Mr. Bowie telah dibuka dengan rasminya atas dasar minat dan keinginan untuk menjadikan muizum untuk dikongsikan bersama orang di luar sana. Mr Bowie juga sudah lama berkecimpung dalam bidang kaca merupakan pereka kaca dan telah menjalankan pameran seni untuk karya kaca nya di beberapa buah negara yang lain.
Glass Musuem Penang terletak di 6, Jalan Burma, 10050 Penang
Glass Musuem Penang ada 2 tingkat terbahagi kepada beberapa section di mana bahagian pameran, 3D Interaktif Mural, Studio, Kilang dan Shop.
Sebelum naik ke tingkat atas kami bergambar dahulu dengan Longest Batik Motive Glass Painting dimana dapat pengiktirafan di dalam 'The Malaysia Books of Records'. Saiznya 12m panjang dan 1.5m tinggi.
Kami naik ke tingkat atas dan diberi penerangan oleh salah seorang kakitangan disini mengenai Glass Musuem Penang dan sejarahnya. Kemudian kami disambung dengan penerangan Mr Bowie yang bawa kami jelajah keseluruhan muzium dan mengajar kami teknik gambar yang betul.
Di bahagian ini dipaparkan semua sijil pengiktirafan, gambar-gambar dan jenis kaca.
Untuk maklumah semua, Glass Musuem Penang merupakan muzium kaca pertama di Malaysia dan juga telah mendapat pengiktirafan 'The Malaysia Books of Records'
World of Avatar
World of Avatar merupakan bilik gelap yang diterangi dengan kaca Glow In The Dark.
Bahagian 3D Interaktif Mural
Glass Museum terdapat pelbagai bahagian 3D Interaktif Mural yang penuh dengan tema dan semuanya diperbuat daripada kaca. Itulah kelainan yang ditampilkan oleh muzium ini berbanding muzium lain. Kalau muzium lain kebanyakkanya menggunakan wall painting tetapi di sini mereka menggunakan semuanya dengan kaca. Setiap kaca diukir dan dibentuk dalam pelbagai corak dan warna untuk tarikan. Pengunjung memang tidak akan lepaskan peluang bergambar di setiap sudut di sini.
3D Interaktif Wall di sini banyak bertemakan alam semulajadi seperti binatang dan pokok.Warna juga berunsurkan warna langit, awan, tanah, dan laut.
The Kaleidoscope
Bahagian Pameran
Mr Bowie bersama lukisan kesayangan bentuk lembu yang sayang hendal dijual katanya.
Bahagian pameran ini kami dipamerkan dengan pelbagai pameran kaca yang telah siap dibuat dalam tempoh tertentu dengan pelbagai corak dan warna. Harga juga agak mahal kerana pakar yang membuatnya seorang yang mahir dan memerlukan masa yang agak lama untuk menghasilkan lukisan kaca yang berkualiti. Anda juga boleh menempah di sini jika anda berkenan dengan corak ataupun bentuk wajah anda untuk diletakkan di rumah.
Pintu Masuk
Di sini kami menghabiskan masa untuk mengambil gambar pelbagai posisi dibahagian hadapan, atas dan bawah. Bahagian atas dan sisi dipenuhi dengan kaca pelbagai dimensi. Manakala bahagian lantai dengan kaca yang pelbagai warna yang berubah-ubah.
Glass Studio
Glass Studio merupakan bahagian dimana pengunjung dapat mereka bentuk ataupun DIY Make Your Own Glass sendiri kaca dengan corak anda sendiri.
Hasil-hasil botol kaca yang dileperkan selepas dimasukkan ke dalam ketuhar dan kemudian diwarkan mengikut corak dan kreativiti.
Salah satu kakitangan di sini yang melukis corak di atas botol yang dileperkan.
Terdapat satu sudut di mana dipamerkan gelas dan botol kaca yang diukir. Anda juga boleh menempah lukisan wajah anda di gelas.
Salah seorang kakitangan disini menerangkan mengenai pembikinan kaca.
Di belakang kami merupakan kilang kecil untuk membuat kaca.
Terdapat pelbagai sample dan hasil sebelum dan selepas disiapkan.
Ini merupakan langkah-langkah DIY Make Your Own Glass. Kami diberikan kaca bentuk kecil berwarna hitam dan ditampalkan sticker di atasnya. Kertas diberikan untuk kami draft dahulu hasil kerja kami di atas kertas kosong. Kemudian barulah kami lukiskan di atas sticker yang ditampal di kaca. Seterusnya proses pemotongan menggunakan pisau. Akhir sekali, kami memilih warna untuk kaca kami.
Bayangkan kaca yang kecil pun dah rasa sangat susah untuk mereka bentuk dan memotong hasil kami. Bagaimana pula hasil yang direka oleh pakar kaca yang saiznya besar berkali ganda. Mestilah lagi susah dan mengambil masa yang lama. Ini lah pengalaman yang tak dapat dilupakan di muzium ini di mana kami dapat merasakan sendiri bagaimana untuk membuat kaca dan apa hasilnya.
Ini hasil tangan kaca selepas siap. Lia memilih simple untuk menulis nama sendiri dan warnakan dengan pink dan kuning.
Ini pula hasil tangan kami semua. Mana satu yang cantik?
Shop
Jika anda berminat, boleh juga membeli cenderahati di Glass Museum Penang untuk di bawa balik sebagai kenangan.
Harga tiket :
Malaysia (Mykad holder only)
- Adult - RM 18
- Children (Kid 3-12years)- RM 10
Foreigner
- Adult - RM 23
- Children (Kid 3-12years) - RM 13
Bergambar kenangan bersama rakan blogger yang lain.
Jangan lupa Subscribe Youtube Channel Lia!
Jom sama-sama melawat Glass Museum Penang!
Glass Museum Penang
Alamat : 6, Jalan Burma, 10050 Penang
Email: ibox171@yahoo.com
Contact No. : +604 251 9880 / +604 251 9881
Tel : 017-584 1017
Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat (9:30am-6:00pm)
Sabtu (9:30am-5:00pm)
Tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum
Boleh kunjungi laman sosial :
Laman Web : www.iboxglass.com
Facebook : Glass Museum Penang 槟城玻璃博物馆