Phnom Penh, Cambodia | Penerbangan ke Phnom Penh bersama Air Asia Airbus A320

Salam & Hai semua.

Lama tak update mengenai entry travel dan vacation bukan. Perasaan rindu nak travel selalu ada dan niat nak berkongsi travel dengan kawan-kawan yang lain.


Kali ini Lia nak berkongsi pengalaman bercuti ke Cambodia terbang bersama flight AirAsia pada bulan Februari 2018 yang lepas. Perancangan ke sana dibuat beberapa bulan sebelum pergi ke sana dengan beberapa orang kawan-kawan. Ini adalah personal trip untuk mengubat stress dan rindukan passport ada cop di negara lain. Tak pernah rancang nak melawat negara Cambodia sebelum ini. Trip kali ini selama 6 hari 5 malam ke bandar Phnom Penh dan Siem Reap.

Kalau sebut mengenai AirAsia, rakyat Malaysia sudah lama mengenalinya dengan tagline Now Everyone Can Fly. Lia sendiri memang selalu travel dari Pulau Pinang dengan AirAsia ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan destinasi lain. Jom Lia kongsi sedikit pengenalan dan pengalaman menaiki pesawat AirAsia ke Cambodia.

AirAsia


Pengenalan AirAsia :

AirAsia  adalah syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Malaysia. AirAsia  merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia. Kumpulan AirAsia  beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syarikat penerbangan gabungannya Thai AirAsia, AirAsia Philippines dan AirAsia Japan mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor manakala ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sejarah AirAsia :

AirAsia ditubuhkan pada 1993 dan bermula operasi pada 18 November 1996. Ia pada asalnya diasaskan oleh sebuah konglomerat kerajaan Malaysia, DRB-Hicom. Pada 2 Disember 2001 syarikat penerbangan yang banyak berhutang telah dibeli oleh syarikat Tony Fernandes Tune Air Sdn Bhd, bekas eksekutif Time Warner untuk jumlah harga satu Ringgit Malaysia dengan hutang berjumlah USD 11 juta (MYR 40 juta). Fernandes berpusing sekitar syarikat, menghasilkan keuntungan pada 2002 dan melancarkan laluan baru dari habnya di Kuala Lumpur, menjejaskan bekas pengendali monopoli Penerbangan Malaysia dengan tambang promosi serendah MYR 1 (USD 0.27).
(Sumber dari Wikipedia)

Tiket AirAsia :


Jika anda pengguna Airasia anda semestinya sudah mengetahui tiket penerbangan ataupun boarding pass boleh 'Check in' terlebih dahulu kemudian di cetak sendiri, pergi ke mesin check-in kiosk yang disediakan, tunjukkan sahaja melalui aplikasi atau anda boleh terus ke kaunter.


Keperluan penting untuk masuk ke Cambodia :

Dokumen penting ketika travel luar negara ialah PASSPORT. Orang Asia tidak memerlukan VISA untuk memasuki negara Cambodia berbanding dengan negara lain.

Sebelum keluar dari flight, flight attendant akan memberikan borang "Arrival Card". Isi dokumen lengkap tersebut dan serahkan kepada Immigration Department Hong Kong nanti. Jangan hilangkan salinan borang tersebut. Anda hanya perlu beratur di kaunter imigresen kastam dan cop passport seperti biasa.

 Seat Configuration :

Flight PEN - KUL dan juga KUL - PNH adalah model A320-200 adalah satu-satunya jenis pesawat dalam armada AirAsia, beroperasi dalam konfigurasi kelas tunggal.


Pesawat AirAsia Airbus A320-200 mempunyai Standard Seat sebanyak 42 No. dan Hot Seat sebanyak 138 No. Jangan risau Standard Seat di dalam pesawat ini tidak terlalu sempit dan selesa untuk perjalanan jauh. 


Hot Seat adalah kerusi ekonomi biasa yang terletak di hadapan pesawat dari baris 1-5 dan 12 - 14. Penumpang yang duduk di sini akan diberikan laluan terlebih dahulu. Selalunya Hot Seat dilabelkan berwarna merah.

Anda boleh dapat pemandangan ini jika duduk HotSeat bernombor 14.
Jika penerbangan domestik Lia akan hanya pilih Standard Seat sahaja kerana waktu yang singkat. Manakala jika penerbangan antarabangsa Lia akan pilih Hot Seat kerana penerbangan yang agak jauh dan lama, serta pentingkan kelesesaan. Perjalanan pergi dan balik Lia Ke Phnom Penh memilih Hot seat bernombor 14C kerana ruangan ini lebih luas berbanding Hot Seat yang lain.

Jika memilih HotSeat bernombor 14 anda akan berdekatan dengan pintu kecemasan. Tetapi tidak dibenarkan buka pintu kecemasan tanpa kebenaran, Anda akan didenda. 



Salah satu sebab Lia memilih Hotseat bernombor 14 sebab jarak antara seat hadapan dengan seat belakang agak luas dan pergerakan pun tak terbatas. Maklumlah Lia bila atas flight duduk tak diam, nak buka kasut lah, nak duduk bersila lah, nak tidur sekejap lah dan kadang-kadang nak simple exercise bila dah rasa kaki lengah.

Anda juga tidak dibenarkan untuk letak beg dan barang peribadi di bawah seat seperti seat yang lain kerana anda berdekatan dengan pintu kecemasan. Beg dan barang anda perlu diletakkan di compartment sebelah atas.





Flight attendant akan menunjukkan cara memakai tali kelendar dan ciri-ciri keselamatan yang lain. Kalau anda kurang faham boleh baca Safety Information di poket hadapan tempat duduk anda.



Kalau anda bosan boleh baca majalah Travel 3 Sixty sepanjang perjalanan atau anda boleh mencuci mata anda dengan menu makanan Santan. Boleh beli di atas flight atau add order anda.

Anda tak boleh hidup tanpa internet, Jangan risau flight attendant anda menjual Rokki Wifi di mana anda boleh membeli dan melayari internet sepanjang penerbangan anda.

Tempoh Perjalanan :

KUL - PEN >>> KUL - PNH >>> PNH - KUL >>> PEN - KUL

Flight kami depart dari KLIA2 ke Phnom Penh International Airport (AK536) pada 7am dan flight pulang (AK535) pada hari ke enam pukul 4.45 pm waktu Malaysia. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam sahaja. Perjalanan kami ke bandar Phnom Penh dahulu dan diikuti dengan Siem Reap. Kos flight return per pax hanya RM360 termasuk pemilihan tempat duduk. Lia pilih untuk duduk di 'Hot Seat' jika mengambil penerbangan antarabangsa. Kos ini tidak termasuk dengan tempahan makanan dan baggage dimana Lia buat tempahan saat akhir beberapa minggu sebelum.

Untuk perjalanan Lia dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pula, Lia terbang bersama Air Asia juga dari Penang International Airport ke KLIA2. Lia ambil flight lebih kurang pukul 9 malam sebelumnya memandangkan flight esoknya ke Phnom Penh pada pukul 7 pagi. Kos flight Penang ke KL lebih kurang RM130. Lia tak beli transit sebab dah beli flight ke Phnom Penh dahulu. Anda juga boleh beli tiket flight transit Penang terus ke Phnom Penh untuk memudahkan urusan anda di airport jika anda tidak biasa dengan kesibukan di KLIA2.

Baggage allowance :

Lia menempah 20kg untuk untuk check-in-baggage. Untuk carry-in-baggage hanya 7 kg.

Kos 20kg baggage untuk domestik (1 hala) : RM 40
Kos 20kg baggage untuk antarabangsa (1 hala) : RM 57


Hidangan makanan :


Anda hendaklah membuat tempahan makan terlebih dahulu jika anda ingin makan di dalam pesawat. Beli secara online lebih murah dari beli di atas flight.

Menu didalam pesawat AirAsia dinamakan Santan yang sangat disukai, menu nya menawarkan pelbagai pilihan Asean, antarabangsa dan vegetarian untuk semua orang. Semua tempahan prebook dilengkapi dengan minuman percuma.

Menu ketika perjalanan pergi



Pak Nasser's Nasi Lemak 
Hidangan nasi lemak yang dihidangkan dengan sambal cili Pak Nasser dan rendang ayam, dilengkapi dengan ikan bilis ikan bilis, kacang tanah renyah dan separuh telur rebus. Menu ini memang favorite dan pilihan ramai.



Chicken Lasagne
Nikmati  Lasagna yang panas dengan lapisan sos tomato ayam sos krim, pasta dan keju dicincang dipanggang untuk kesempurnaan, dengan sayur-sayuran melengkapkan makanan yang memuaskan ini.

Menu ketika perjalananan pulang


Vegetable Stew with Rice Pilaf (V)
Sayur-sayuran yang direbus dalam sup dengan sedikit barbeque. Dipasangkan dengan beras pilaf  yang penuh dengan rempah-rempah wangi.



Thai Green Curry with Rice 
Hidangan aromatik ini menyediakan rempah-rempah Thailand asli, ayam dan pelbagai bahan, menjanjikan penyebaran selera khasnya apabila disajikan dengan nasi putih harum yang berbulu.

Setiap menu Lia tempah dengan harga RM 10 secara online. Jika anda terus membeli di atas flight harga RM 15.

Makanan Tambahan






Jika anda menempah secara online, hanya tambah RM 5 anda akan dapat Gula Melaka Muffin dan Coleslaw.

Minuman



Tempahan secara online juga akan dapat minuman percuma. Anda boleh pilih air mineral ataupun secawan teh atau kopi.



Pastikan anda tempat secara online untuk lebih penjimatan dan juga makanan anda akan sampai terlebih dahulu. Flight attendant akan menghantar makanan yang ditempah terlebih dahulu sebelum memulakan penjualan makanan.


Phnom Penh International Airport

Phnom Penh International Airport adalah lapangan terbang paling sibuk dari segi gerakan penumpang dan lapangan terbang terbesar di Kemboja yang mengandungi kawasan seluas 400 hektar. Ia terletak 10 kilometer (5.4 NM) di barat Phnom Penh, ibu negara



Phnom Penh International Airport mempunyai pelbagai kemudahan seperti restoran, tandas, public transport, kedai menjual simcard, atm machine dan pelbagai lagi.

Kemudahan Tandas


Kemudahan ATM Machine


Persekitaran Phnom Penh International Airport


Kemudahan Kedai Menjual Simcard




Jom travel bersama Airasia.


Itu sahaja update untuk kali ini, tunggu next entry Lia akan kongsikan tempat menarik di Phnom Penh dan Siem Reap. Stay tune!