Citarasa Semenanjung Ramadan Buffet di Olive Tree Hotel Penang

May 09, 2018

Salam dan Hai semua,

Bulan Ramadan sudah hampir tiba kemudian didatangi dengan bulan Syawal. Sekejapnya masa berlalu bukan dan bulan ini menjelma selama setahun menghilang. Bulan Ramadan yang paling dinantikan kerana pelbagai juadah makanan yang ada. Bermula dari hidangan berat hinggalah ke pencuci mulut. Bulan Ramadan juga mengumpulkan semua kaum keluarga dan sahabat handal berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama di bulan yang mulia ini.

Kali ni Lia nak mempromosikan salah sebuah hotel yang menyediakan Ramadan Buffet pada bulan Ramadan yang akan datang ini. Semestinya Lia akan mengesyorkan sajian makanan yang terbaik dari Olive Tree Hotel.



Pengenalan Ringkas Mengenai Olive Tree Penang

Olive Tree Hotel. terletak di sepanjang koridor perindustrian dan korporat Pulau Pinang. Ia juga adalah hotel yang sesuai dengan Indeks Bangunan Hijau Indeks (GBI) yang membanggakan akses mudah ke mercu tanda utama dan menjadi tuan rumah persekitaran yang selesa dan kondusif untuk para pelancong perniagaan dan pelancong. Hotel ini sebanyak25-tingkat seni bina yang bergaya dengan jumlah 228 bilik dan 24 suite, para tetamu boleh mengharapkan bukan sahaja ruang berfungsi yang pasti memberikan keselesaan sepenuhnya.

Olive Tree Hotel juga dibina untuk memenuhi mesyuarat, konvensyen, jamuan dan majlis perkahwinan. Ia menempatkan Grand Ballroom dengan galeri mezzanine yang dapat menampung sehingga 720 orang dan bilik fungsi 7 dengan pelbagai dimensi yang boleh didapati dengan keinginan anda.

Tema Citarasa Semenanjung oleh Olive Tree Penang

Sempena bulan Ramadan yang suci, Olive Tree Hotel menyediakan hidangan istimewa dengan menyampaikan pilihan hidangan bufet yang baik dalam suasana makan yang bersesuaian dengan musim ini.Dengan tema Citarasa Semenanjung, Olive Tree Hotel. mempamerkan hidangan makanan dan pemanis mulut dari utara ke Selatan Semenanjung Malaysia. 


Pengalaman terbaru ramadan buffet akan disajikan oleh persembahan baskers setiap malam dari rumah The Pertubuhan Permata Al-Mahabah.

Jangan lupa untuk mencuba hidangan menarik seperti Daging Rendang Tok, Chicken Varuval, Sambal Petai Udang, Kurma Kambing, Tempe Tumis Kicap Manis Pedas, Gulai Ikan Lemak Merah, & Roasted Lamb with Briyani. Cuba sajian Ramadan ini dari 21 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018.


Dining Room Selah untuk Ramadan Buffet Citarasa Semenanjung


Olive Tree Hotel. terdapat 3 jenis Dining Room iaitu Sukah, Selah dan & Lounge. Untuk Ramadan Buffet kali ini dibuat di salah satu Dining Room bernama Selah.

Nama Selah di ambil dari perkataan Ibrani misteri yang indah yang digunakan secara umum untuk berhenti sebentar, untuk berehat, atau bernafas. Tempat kasual ini dinamakan sebagai tempat percutian yang sempurna dari gaya hidup sibuk hari ini.

Menu hidangan dan sajian sempena Ramadan di Olive Tree Hotel

Hidangan Utama :

Nasi Putih

Daging Rendang Tok

1 - Chicken Varuval
2 - Sambal Udang Petai
3 - Oxtail Osso Bucco
4 - Sweet & Sour Fish

5 - Mantis Prawn with Salted Eggs
6 - Taukua Sambal Hijau
7 - Gulai Nangka Ikan Bilis
8 - Braised Mushroom with Garden Vegetables

Selain hidangan utama yang disajikan, terdapat juga beberapa gerai yang menghidangkan menu makanan yang tersendiri. Ini beberapa gerai yang terdapat di dalam kawasan hotel.


1 - Sup Daging Madura
2 - Bubur Lambuk
3 - Pumpkin Soup

Gerai Sharwarma


Terdapat juga beberapa gerai yang terletak di luar kawasan dining room Selah. Anda perlu keluar dari pintu yang disediakan untuk mengambil makanan di luar.


Gerai Char Koay Teow dan Mee Rebus


Char Koay Teow

Gerai Kambing Golek

Kambing Golek

Kambing Golek

Gerai Goreng-goreng cucur Corner dan Satay Ayam & Daging

Gerai Goreng-goreng cucur Corner dan Satay Ayam & Daging

Gerai Thai Kebab


 Aneka Kerabu


1 - Acara Buah
2 - Kerabu Kacang Botol
3 - Kerabu Ayam
4 - Kerabu Perut

Aneka Ulam-ulaman


Telur Masin


Aneka Salad dan sos


Ketupat Palas dan Lemang


Serunding Daging dan Ayam


Tauhu Sumbat

Aneka Keropok


Keropok Lekor




Rojak Buah


Aneka Buah-Buahan



Kita pergi ke bahagian pencuci mulut iaitu hidangan kek dan kuih-muih.


Aneka Kek

Aneka Kuih

Sagu Gula Melaka

Gerai yang paling menarik di mana jika anda suka kan pencuci mulu yang sejuk.

Gerai Leng Chee Kang


Gerai Ais Kacang


ANeka Aiskrim


 Minuman




Antara pilihan air:

Teh Tarik, English Tea, Fresh Milk, Sirap Selasih, Ice Lemon Tea, 


My Plate

Ini merupakan pinggan hidangan yang Lia cuba sepanjang di sini. Ada banyak lagi yang tak sempat snap. Memang hidangan kat sini semuanya sedap dan lazat. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Yang terbaik kita mencuba semuanya sekali.

Dekorasi Citarasa Semenanjung di Olive Tree Penang



Dining Room Selah juga mempunyai daya tarikan yang sendiri seperti cafe hipster di luar sana. Dekorasi yang moden dan cozy juga memainkan peranan menarik minat pengunjung di sini.


Susunan meja juga teratur dan tersusun. Jika jumlah pengunjung yang datang sini agak ramai, pihak Olive Tree Hotel akan mengubah tempat ke Dining Room Sukkah di Level 2 di mana ruang nya lebih besar berbanding Selah.


Makanan juga sangat tersusun mengikut jenis dan kena dengan temanya. Suasana dan mood raya sangat lah terasa dan romantik apabila disusun kemas dan rapi dengan beralaskan kain batik dan menu diletakkan di dalam bekas antik dan oldschool. 

Bersama blogger Pulau Pinang yang memeriahkan Citarasa Semenanjung Ramadan Buffet.

Setiap blogger diberikan sebekas kurma untuk dibawa pulang.

Harga Ramadan Buffet Dinner di Olive Tree Penang



RM89+ untuk orang dewasa. 
RM49+ untuk kanak-kanak.

Anda boleh mendapatkan Special Price dimana 1 orang Dewasa akan dapat makan Percuma jika anda bayar untuk 10 orang dewasa. Untuk hari minggu, 2 orang kanak-kanak dapat makan Percuma jika anda bayar untuk 4 orang Dewasa.

Bermalam di Olive Hotel Penang


Olive Hotel Penang juga menyediakan perkhidmatan JOM! BALIK KAMPUNG jika anda pulang ke kampung Pulau Pinang dan ingin bermalam di sini. Harga bilik bermula dengan RM 215++ untuk setiap bilik untuk 1 malam.

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi:

Olive Tree Hotel Penang

No.76, Jalan Mahsuri, 
11950 Bayan Lepas, 
Penang, Malaysia. 

Tel :  +6 04 637 7777 ext.7712  
Fax : +6 04 637 7766


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community