Menikmati Ramadan Buffet Berkonsepkan Bazar Ramadan di Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

May 24, 2018

Salam dan Hai semua,

Bulan Ramadan memang dikenali dengan bulan yang menjual pelbagai jenis makanan di bazar ramadan. Bazar ramadan memang tempat yang dituju orang ramai di mana membeli juadah makanan di mana tiada masa untuk memasak dan kesibukan kerja serta terburu-buru pulang ke rumah. Tetapi setiap kali hendak ke bazar ramadan mesti anda akan melalui kesesakan lalu lintas dan juga kepayahan mencari tempat parking kereta. Kadang-kadang anda rasa rimas dan mula rasa lupakan niat ke bazar ramadan bukan.


Anda jangan risau kini anda boleh menikmati juadah berbuka bertemakan Bazar Ramadan tanpa perlu bersusah payah. Anda juga boleh membawa bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Lia nak mengajak anda semua mencuba hidangan bufet ramadan di Hotel Royale Chulan Pulau Pinang.

Pengenalan Ringkas Mengenai Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

Hotel Royale Chulan Pulau Pinang terletak di tengah-tengah Tapak Warisan UNESCO di George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Harta warisan 4-bintang ini menawarkan gabungan sejarah menarik melalui seni bina dan gaya kolonialnya, dan kemewahan moden menerusi penginapan unik dan pilihan bersantap gourmet. Sebahagian daripada hotel ini di Pulau Pinang adalah bangunan warisan yang dipulihkan dengan indah yang dibina pada tahun 1892 yang menyediakan kecanggihan zaman kuno yang unik untuk Hotel Royale Chulan Pulau Pinang .

Terdapat juga beberapa cawangan Hotel Royale Chulan yang lain. Antaranya Royale Chulan Kuala Lumpur, Royale Chulan Damansara, Royale Chulan Bukit Bintang, Royale Chulan The Curve, Royale Chulan Seremban, Royale Chulan Cherating dan Royale Chulan Hyde Park London.

Konsep Buffet Dinner Bazaar Ramadan dari Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

Restoran Hotel Royale Chulan Pulau Pinang  ini menyediakan pelbagai hidangan menarik sempena Ramadan ini bertemakan Bazar Ramadan. Hotel Royale Chulan Pulau Pinang mempunyai ruangan hidangan makanan di bahagian dalam dan juga bahagian luar. 



Hidangan Utama



Aneka Ulam-ulaman dan aneka sambal


Aneka Kerabu


Aneka Ikan & Masin dan Telur Masin


Aneka Keropok


Penang Pasembor



Aneka Salad



Murtabak


Nasi Ayam Hainan


Aneka Jeruk


Rojak Buah


Aneka pencuci mulut dan aneka kuih tradisional Melayu






Minuman


Ini pula makanan di bahagian luar ruangan makanan dan berkonsepkan stall.


Aiskrim


Ais kacang



 Ikan Bakar


Cucur Kepah Berlauk


Ayam Goreng Berempah


Nasi Arab & Kambing Golek


Pulut Kuning Kukus Kari Ayam


Satay



Bubur Lambuk & Sup Tulang Rawan Berempah


Dekorasi Hotel Royale Chulan Pulau Pinang


Dekorasi dan susunan di Sri Tanjung Cafe Level Ground, Hotel Royale Chulan Pulau Pinang sangatlah teratur, cozy, moden dan bersih. Makanan juga disusun teratur mengikut jenis dan kategori. Susunan kerusi dan meja juga teratur dan luas di mana boleh menempatkan pengunjung yang ramai. 

Harga Bufet Ramadan Bazar Ramadan Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

Untuk pembelian Early Bird sahaja bermula 1 April 2018 hingga 15 Mei 2018
RM70nett untuk orang dewasa. 
RM40nett untuk warga emas dankanak-kanak.

Untuk pembelian bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
RM88nett untuk orang dewasa. 
RM58nett untuk warga emas dankanak-kanak.

Ramadan Buffet di sini bermula daripada 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018, SETIAP HARI, bermula 7.20 petang hingga 10.00 malam.

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi


Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

Alamat : 1-2 Pengkalan Weld,
Georgetown, 10300 Pulau Pinang, Malaysia

Tel: +604-259 8888
Fax: +604-205 1111

Email: info@royalechulan-penang.com

Waktu Operasi : 7.20 pagi hingga 12 malam



Selamat Mencuba!


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community