Menikmati Wau Ramadhan Buffet di Hotel Flamingo By The Beach.

May 25, 2018

Salam dan Hai semua,

Bulan Ramadan masih belum sampai penghujungnya. Masih sempat kita menunaikan ibadah puasa dan juga menikmati hidangan sempena berbuka. Banyak hotel dan restoran yang menyediakan ramadan buffet dengan pelbagai juadah makanan. Tetapi lokasi ini sangat menarik di mana terletaknya di tepi pantai dan laut juga di antara swimming pool dengan pemandangan yang amat cantik.


Kali ni Lia nak mempromosikan salah sebuah restoran yang menyediakan Ramadan Buffet bersebelahan dengan alam semulajadi iaitu Hotel Flamingo By The Beach.

Pengenalan Ringkas Mengenai Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

Hotel Flamingo By The Beach terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang tidak jauh dari tengah-tengah Georgetown. Lokasinya bersebelahan pantai dan laut memang sesuai untuk aktiviti santai dan amat sesuai untuk keluarga, pasangan atau pun berseorangan untuk menginap di sini. Terdapat 280 bilik tamu dengan pelbagai jenis deluxe hingga suite. Di Hotel Flamingo By The Beach, mereke menyediakan dan menyatukan semua jenis makanan yang lazat di bawah satu bumbung supaya anda boleh mengisi perut anda dan sila rasa citarasa anda dalam keselesaan hotel.

Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach ialah merupakan hotel yang menyediakan ramadan buffet di tepi swimming pool yang menarik. Berhadapan dengan swimming pool pula anda dapat merasakan sendiri angin sepoi bahasa dari angin luat berdekatan. Anda juga dapat makan sambil melayan sunset di tepi pantai. Menarik bukan? Pada siang hari, anda boleh pilih untuk duduk berteduh di kerusi berdekatan dengan swimming pool ataupun duduk di tepi pantai atas pasir sambil melihat laut. Ini merupakan tarikan Hotel Flamingo By The Beach berbanding dengan hotel yang lain.

Wau Ramadan Buffet Dinner dari Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang


Restoran Hotel Flamingo By The Beach ini menyediakan pelbagai hidangan menarik sempena Ramadan ini bertemakan Wau Ramadan Buffet. Flamingo Cafe mempunyai ruangan hidangan makanan di bahagian dalam dan juga bahagian luar. Lia akan menunjukkan hidangan makanan-makanan yang ada di bahagian dalam.

Hidangan Utama

Nasi Putih dan Nasi Pelangi


Kurma Kambing
Ketam Masak 3 Rasa
Ketupat Sotong Masak Lemak
Ikan Paprik
Gulai Daging Ubi Sengkuang
Sayur Bayam Masak Lemak
Ayam Berlada Hitam

Sup Daging Berempah


Roti

Roti disediakan boleh dimakan bersama sup.

Sup Ayam Masam Manis


Bubur Lambuk Ayam


Ulam-ulaman dan aneka sambal belacan

Pelbagai jenis ulam-ulaman dimakan bersama sambal belacan.

Ikan Gelama Masin & Telur Masin
Hidangan tambahan penambah selera.

Aneka Kerabu

Kerabu Perut, Acar Timun, Kerabu Taugeh dengan Kerang, & Bangkok Sosej Salad

Aneka Keropok

Keropok Lekor, Keropok Ikan

Lemang, Ketupat, Rendang dan Serunding

Jika pengunjung rindukan jamuan sempena Syawal, turut dihidangkan menu popular Hari Raya.


Rasanya tidak lengkap hidangan anda tanpa pencuci mulut atau pemanis mulut. Jom kita ke ruangan dessert pula.

Buah kurma

Anda yang mengamalkan makan kurma sebelum makan berat, jangan risau kurma ada dihidangkan untuk pengunjung.

Aneka Hidangan pencuci mulut



Hidangan kek, agar-agar, sagu gula melaka, dan tart yang memikat selera pengunjung.

Aneka kuih-muih 

Kuih-muih juga ada jika anda rindukan masakan kuih melayu.

Tauhu sumbat


 Bubur Pulut Hitam


Aneka Jeruk


Aneka Buah-buahan

 Stall buah-buahan segar.

Rojak Buah



Aiskrim 

Aiskrim dengan pelbagai pilihan perasa dan juga bahan sampingan. Bukan sahaja menarik minat kanak-kanak malah orang dewasa juga sukakannya.

Ais Cendol


Minuman


Minuman panas dan sejuk juga disediakan.


Menu makanan bukan setakat ini sahaja. Di bahagian luar  Hotel Flamingo By The Beach
pula terdapat beberapa stall seperti Kambing dan juga goreng-gorengan. Kedudukan juga menarik di tepi swimming pool.

Kambing Golek


Kambing Golek bersama dengan sos sampingan. Ini merupakan menu favorite Lia. Daging kambing ini sangat sedap di mana daging kambing dipotong nipis dan di grill. Rasanya lebih sedap menyeluruh dan rangup di luar. Bertambah sedap dimakan bersama sos sampingan.

Buah-buahan Goreng



Di sini merupakan buah-buahan goreng seperti pisang, cempedak, durian dan lain-lain lagi.


Peminat durian jangan lupa untuk mencuba hidangan 'Durian Goreng' yang istimewa di sini. Rasanya seperti cempedak tetapi lagi sedap. Kalau makan panas-panas lagi lah sedap. Bila lagi nak cuba menu menarik 

Ayam Goreng Berempah 



Di sini anda boleh pilih menu ayam goreng berempah dan sosej goreng yang digoreng panas-panas di hadapan mata anda.

Dekorasi Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang


Sebelum anda menuju ke Flamingo Cafe, anda akan lihat suasana swimming pool bersama pantai dan laut dengan awan biru. Pemandangan ini merupakan daya tarikan Flamingo Hotel by The Beach.


Dekorasi dan susunan di Flamingo Cafe sangatlah teratur, cozy, moden dan bersih. Makanan juga disusun teratur mengikut jenis dan kategori. Flamingo Cafe mempunyai ruang dan kapasiti yang agak besar boleh menampung 300 orang  Susunan kerusi dan meja juga teratur dan luas di mana boleh menempatkan pengunjung yang ramai. 

Harga Wau Berbuka Buffet Dinner Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

Harga Wau Ramadan Buffet:

Harga untuk hari biasa (weekdays)
RM75nett untuk orang dewasa. 
RM45nett untuk kanak-kanak.

Harga untuk hari minggu (weekend)
RM85nett untuk orang dewasa. 
RM49nett untuk kanak-kanak.


Ramadan Buffet di sini bermula daripada 20 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018, SETIAP HARI, bermula 7.00 petang hingga 10.00 malam.

Harga Wau Raya Buffet:


Flamingo Hotel by The Beach bukan sahaja menyediakan Wau Ramadhan Buffet, anda juga boleh mencuba hidangan Wau Raya Buffet pada Hari Raya Pertama bertarikh 15/6/2018.

Harga Wau Raya Buffet Lunch
RM53nett untuk orang dewasa. 
RM29nett untuk kanak-kanak.

Waktu Operasi : 12.30 pm hingga 2.30 pm
Tarikh : 15 Jun 2018 sahaja

Harga Wau Raya Buffet Dinner
RM63nett untuk orang dewasa. 
RM39nett untuk kanak-kanak.

Waktu Operasi : 7.00 pm hingga 10.00 pm
Tarikh : 15 Jun 2018 sahaja

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi


Flamingo Hotel by The Beach

Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777

Email: generalenquiries@flamingo.com.my

Waktu Operasi : 7 pagi hingga 12 malam



Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community