Pengalaman Menginap 2 hari 1 Malam di Olive Tree Hotel Pulau Pinang

Salam dan Hai semua,

Anda mencari hotel di sepanjang area Bayan Baru atau Bayan Lepas, Pulau Pinang? 
Anda mempunyai urusan perniagaan dan baru sahaja turun dari pesawat di Penang International Airport?
Anda mencari hotel yang berdekatan dengan Airport dengan kemudahan yang serba lengkap?

Di sini ada jawapannya!



Lia nak berkongsikan pengalaman berpeluang menginap di Olive Tree Hotel selama 2 hari 1 malam. Sepanjang menginap di sini Lia juga sempat meneroka beberapa kemudahan dan tempat menarik di sini.

Pengenalan Ringkas Mengenai Olive Tree Penang

Olive Tree Hotel terletak di sepanjang koridor perindustrian dan korporat Pulau Pinang. Ia juga adalah hotel yang sesuai dengan Indeks Bangunan Hijau Indeks (GBI) yang membanggakan akses mudah ke mercu tanda utama dan menjadi tuan rumah persekitaran yang selesa dan kondusif untuk para pelancong perniagaan dan pelancong. Hotel ini sebanyak25-tingkat seni bina yang bergaya dengan jumlah 228 bilik dan 24 suite, para tetamu boleh mengharapkan bukan sahaja ruang berfungsi yang pasti memberikan keselesaan sepenuhnya.

Olive Tree Hotel juga dibina untuk memenuhi mesyuarat, konvensyen, jamuan dan majlis perkahwinan. Ia menempatkan Grand Ballroom dengan galeri mezzanine yang dapat menampung sehingga 720 orang dan bilik fungsi 7 dengan pelbagai dimensi yang boleh didapati dengan keinginan anda.

Lokasi Olive Tree Penang

Olive Tree Hotel terletak  76, Jalan Mahsuri, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia. Betul-betul berhadapan dengan Setia Spice Arena. Hanya 4 km sahaja dari Penang International Airport. Lokasi nya memang sesuai untuk ahli perniagaan yang datang untuk mesyuarat ataupun travel dalam waktu singkat. Inilah lokasi yang bersesuaian di mana anda tidak perlu terkejar-kejar ke Airport. Jarak Olive Tree Hotel dengan Jambatan Pulau Pinang hanya  8 km manakala Queensbay Mall berjarak 2.6 km dari hotel ini.

Kaunter Front Desk


Ruangan Lobi Hotel


Salah satu sudut kolam ikan dari Tingkat 2

Beberapa Jenis Bilik di Olive Tree Penang

Terdapat beberapa jenis bilik mengikut kesesuaian, pilihan, dan kuantiti tetamu dah harga yang berlainan setiap satunya. Antaranya :
➤ Deluxe
➤ Olive Deluxe
➤ Executive Deluxe
➤ Executive Suite
➤ Olive Suite

Deluxe Room di Olive Tree Hotel Penang

Lia menginap di bilik Jenis Deluxe, bilik bernombor 1008 di tingkat 10 untuk 2 orang.

Ketibaan Lia disambut dengan hidangan sepinggan buah dan handwritten welcome card.

Pemandangan dari tingkap bilik betul-betul mengadap Setia Spice Arena. Bestnya juga bila waktu malam dapat lihat lampu berkerlipan yang meriah.

Bilik jenis Deluxe ini mempunyak keluasan 28 meter persegi, bilik ini agak luas dan sangat selesa. Bilik jenis Deluxe ini juga sangat rapi, moden, dan bergaya, yang menberikan keselesaan yang menenangkan.Setiap kali masuk bilik mesti nak terjah katil bukan. Jom Lia nak bawa pembaca meneroka bilik jenis Deluxe ini.

Televisyen HD LED 40-inci dengan pelbagai saluran kabel yang luas


 Katil dan Tilam



Tilam Chiro-Tech Coil dan bantal microfiber. Lia memang suka tilam ni sebab empuk sangat & memang tidur nyenyak habis rasa macam tak nak bangun.


Yang paling penting Akses Internet berkelajuan tinggi serta Akses kepada PressReader

Writing table & desk chair

Turut menyediakan International plug points dengan beberapa kuantiti sesuai jika anda memerlukan untuk mengecas barangan elektronik anda

Wardrobe

➤ In-room safe deposit box
➤ Seterika & papan seterika
➤ Selipar bilik tidur
➤ Emergency torchlight

➤ Kain Sarong & Penyangkut Pakaian

In-room minibar with coffee & tea facilities

➤ Dua (2) botol air minuman, 
➤ Kemudahan kopi & teh

Kemudahan bilik mandi dan Tandas


Bilik mandi peribadi diasingkan daripada tandas.

➤ Bathroom amenities

➤ Pengering rambut dan tuala

Suanana di malam hari di Olive Tree Hotel


Inilah suasana waktu malam Setia Spice Arena dari tingkap bilik. Menarik bukan dengan kemeriahan lampu yang berwarna-warni.

Note:

NON-SMOKING POLICY: 
Semua bilik tidak dibenarkan merokok. Bayaran Pemulihan Bilik akan dikenakan kepada tetamu yang tidak mematuhi. Merokok hanya dibenarkan di kawasan merokok di luar bangunan hotel.

Cukai Pelancongan Malaysia
Tetamu hotel bukan warga Malaysia adalah tertakluk kepada Cukai Pelancongan Malaysia sebanyak MYR 10 setiap bilik setiap malam menurut Akta Cukai Pelancongan tahun 2017.

Olive Tree Hotel Penang terdapat beberapa Dining Room antaranya Sukkah, Selah dan 7 Lounge.

7 lounge


7 Lounge adalah tempat yang sesuai untuk bersosial dengan rakan-rakan sambil menikmati secawan air.



Jika anda tidak mahu keluar dari hotel, anda boleh luangkan masa lepak di 7 lounge di tingkat 2. Atau anda peminat bola sepak, Tonton pasukan kegemaran anda di sini. Anda juga boleh bermainan permainan indoor di sudut tepi.

Setiap pengunjung yang menginap di sini akan diberikan dua (2) baucar percuma Mocktail dan boleh redeem dari pukul 5 petang hingga 12 malam sahaja. Jangan lupa tuntut Mocktail percuma anda sambil melayan live band di sini. 




Pertunjukan live band adalah pada setiap malam Sabtu. Kebetulan Lia check in di sini pada hari Sabtu, memang berpeluang melayan live band yang menyanyikan lagu.

Sarapan harian untuk 2 orang di Sukkah Coffee House


Untuk bilik Deluxe, anda juga akan diberikan sarapan untuk 2 orang. Jangan lupa untuk menjamu selera di dining room, Sukkah Coffe House.

Sukkah Coffee House terletak di tingkat 2 berhadapan dengan 7 lounge.


Sukkah menawarkan pilihan yang baik untuk masakan asli Asia yang  dibuat dengan sentuhan peribadi dan dijamin memenuhi selera.


Antara menu sarapan pagi di sini ialah: Nasi Goreng, Nasi Lemak, Bihun Goreng, Sosej, Bubur Nasi, Buah-buahan, Cheese Bar, Roti, Salad, hidangan kek & macam-macam lagi.


Sukkah Coffee House menyediakan pelbagai hidangan untuk sarapan pagi. Tengok sahaja gambar anda boleh membayangkan betapa banyaknya pilihan dan mewahnya anda bersarapan pagi. Lia ingatkan breakfast di sini hanya basic semata-mata tetapi salah jangkaan. Bila turun untuk sarapan pagi, terkejut melihat persembahan dan hidangan sarapan seolah-olah makanan malam.


Terdapat banyak pilihan tempat duduk di sini, di bahagian dalam atau pun luar. Lia memilih untuk makan di bahagian luar balkoni untuk menghirup udara segar di waktu pagi dan juga menikmati suasana sekeliling.

Gymnasium & Yoga room



Jika anda terlepas bersenam sepanjang anda trave;, anda boleh menggunakan Gymnasium & Yoga room ini untuk mengembalikan kecerdasan anda. Kelengkapan di sini juga sangat lengkap untuk pengunjung yang menginap di hotel ini.

Swimming Pool




Anda juga boleh berenang di saltwater swimming pool di tingkat 8.

Surau (Prayer Room), Nursing Room & Tandas


Antara kemudahan lain yang disediakan oleh Olive Tree Hotel

➤ Travel & tour desk
➤ Limousine and taxi services
➤ Complimentary scheduled shuttle services
➤ Covered car park
➤ Conference facilities
➤ Laundry service
➤ Safe deposit box
➤ 24-hour room service
➤ 24-hour CCTV surveillance
➤ Business Centre

Jom Balik Kampung di Olive Hotel Penang


Olive Hotel Penang menyediakan perkhidmatan JOM! BALIK KAMPUNG jika anda pulang ke kampung Pulau Pinang dan ingin bermalam di sini. Harga bilik bermula dengan RM 215++ untuk setiap bilik untuk 1 malam. 

Lia dah menikmati penginapan selama 2 hari 1 malam di sini. Anda bila lagi?

Untuk tempahan bilik sila hubungi:

  reservations@olivetreehotel.com.my 
Tel :  +604 637 7811

Harga Ramadan Buffet Dinner di Olive Tree Penang



RM89+ untuk orang dewasa. 
RM49+ untuk kanak-kanak.

Anda boleh mendapatkan Special Price dimana 1 orang Dewasa akan dapat makan Percuma jika anda bayar untuk 10 orang dewasa. Untuk hari minggu, 2 orang kanak-kanak dapat makan Percuma jika anda bayar untuk 4 orang Dewasa.

Untuk mengetahui dengan lebih detail mengenai Ramadan Buffet Citarasa Semenanjung di Olive Tree Hotel Penang, boleh KLIK SINI.


Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti :

Olive Tree Hotel Penang

No.76, Jalan Mahsuri, 
11950 Bayan Lepas, 
Penang, Malaysia. 

Tel :  +6 04 637 7777 ext.7712  
Fax : +6 04 637 7766

Instagram : @olivetreehotelpenang