Salam dan Hai semua,
Banyak restoran menyediakan Ramadan Buffet dengan pelbagai hidangan makanan yang sedap dan menyelerakan. Pernah kan ada menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah dari tingkat atas bangunan.
Kali ni Lia nak mempromosikan salah sebuah restoran yang menyediakan Ramadan Buffet Dinner pada bulan Ramadan yang akan datang ini. Restoran ini agak menarik di mana kita makan sambil melihat pemandangan indah Pulau Pinang dari paras atas. Semestinya Lia akan mengesyorkan sajian makanan yang terbaik dari Top View Restaurant & Lounge.
Pengenalan Ringkas Mengenai Top View Restautant & Lounge Penang
Top View Restaurant & Lounge merupakan restoran tertinggi di Pulau Pinang! Ini adalah tempat untuk pergi jika anda mencari makanan dan pemandangan hebat! Nikmati pemandangan panoramik Pulau Pinang dan sebagainya kerana anda dihidangkan dengan menu bufet antarabangsa yang terbaik dalam kelas oleh seorang chef yang memenangi anugerah.
Top View Restaurant & Lounge ini terletak di tingkat 59 bangunan Komtar, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang.
Keistimewaan Restoran Top View Restaurant & Lounge Penang
Keistimewaan Top View Restaurant & Lounge ialah anda dapat merasakan pengalaman gastronomi tertinggi Pulau Pinang dengan pandangan 360 darjah Pulau Pinang yanng memenangi anugerah. Pengalaman makan unik yang direka di tempat peranginan dunia yang indah, Pulau Pinang.
Anda boleh melihat sendiri perbezaan dua gambar di bawah iaitu pemandangan bandar Georgetown Pulau Pinang dari tingkat 59 iaitu pada waktu siang dan waktu malam.
Jika anda datang awal sedikit dalam pukul 5.00 atau 6.00 petang sebelum berbuka anda dapat lihat pemandangan di siang hari.
Ini pula pemandangan bandar Georgetown pada waktu malam. Anda akan dapat lihat sendiri lampu-lampu dan suasana yang berbeza di waktu malam.
Selera Berbuka Buffet Dinner Ala Kampung dari Top View Restaurant & Lounge Penang
Restoran Top View Restaurant & Lounge ini menyediakan pelbagai hidangan menarik sempena Ramadan ini bertemakan Selera Berbuka Dinner Ala Kampung.
Ruangan Salad
Aneka Salad
Capsicum , Cherry Tomato , Carrot , Japanese Cucumber , Shredded Red Cabbage ,
Mixed Lettuce
Aneka Kerabu
Kerabu Ayam , Kerabu Kerang , Kerabu Pucuk Ubi ,
Kerabu Kacang Botol Dengan Ikan Bilis , Thai Squid Salad ,Chicken Salad
Thai Beef Salad , Pasta salad , Baba Ghanush & Tabbouleh
Ulam-Ulaman Kampung
Aneka Sambal
Sambal Belacan , Sambal Manga , Sambal Ikan Bilis,
Sambal Tempoyak, Cincaluk Acar Mentah , Acar Rampai , Acar Buah-Buahan,
Assorted Keropok
Dressing
Italian Dressing , Thousand Island, Vinaigrettes, Assorted Condiments
Seafood on Ice
Fresh Oysters , Prawn , Crab , 1/2 shell Mussel with Tabasco & Condiment
Terdapat juga beberapa Action Stall & Live Counter jika anda mencuba makanan yang lain.
Penang Pasembur Stall
Cucur Udang , Cucur Kelapa , Cucur Sayur , Cucur Keledek, Tauhu Goreng , Telur Rebus
Goreng , Chicken Sausage Goreng , Udang Goreng , Sotong Goreng , Ketam Goreng , Fish
Cake Goreng , Fish Ball Goreng , Crab Stick Goreng , Cucumber , Sengkuang , Beansprout
with Pasembur Sauce
Assam Laksa
Roti Jala With Curry Chicken & Murtabak Special
Bubur Lambuk
Soup Corner
Malaysian Style Soup Rempah Ayam & Assorted Bread With Portion Butter
Carvery Station
Roast Whole Lamb " Kambing Golek " With Harissa Sauce And Lamb Juz
Roasted Vegetable & Potato
Live Grilled Cooking (BBQ)
Tandoori Lamb Chop ,Chicken & Lamb Satay
Aneka Sos BBQ
Ayam Percik
Hot Main Dishes
Kambing Masak Kurma
Stir-fried Vegetable With Crab Meat Sauce
Kepah Masak Lemak Chilli Api
Udang Masak Asam
Strifried Squid with Celery And Chestnut
Ikan Masak Masam Manis
Ketam Masak Kari
Ayam Masak Merah
Wok Fried Beef With Ginger
Sayur Terung Goreng Berlada
Rice Counter
Nasi Putih Nasi Biryani
Dessert Station
Assorted Of Continental Delight
Blueberry Cheese Cake , Japanese Cheese Cake , Tiramisu , Chocolate Brownie
Blueberry Mousse , Fruit Tartlet , Bread & Butter Pudding
Buah-buahan Tempatan
Ice-cream
Ice Kacang , Cendol
Rojak Buah
Minuman
Coffee / Tea, Soft Drinks & Chilled Cordial Drinks
My Plate
Ini merupakan pinggan hidangan yang Lia cuba sepanjang di sini. Ada banyak lagi yang tak sempat snap. Memang hidangan kat sini semuanya sedap dan lazat. Rambang mata nak pilih yang mana satu.Yang paling Lia suka dessert kek dan ice kacang sebab situ yang Lia ambik banyak kali. Yang terbaik kita mencuba semuanya sekali sedikit-sedkit.
Dekorasi Restoran Top View Restaurant & Lounge Penang
Dekorasi dan susunan sangatlah teratur, cozy, moden dan nampak mewah. Makanan juga sangat tersusun mengikut jenis dan kena dengan temanya. Lia suka kombinasi warna putih, biru dan kelabu di mana tidak nampak sarat. Susunan kerusi dan meja juga teratur dan luas di mana boleh menempatkan pengunjung yang ramai.
Bersama dengan barisan blogger yang menjamu selera.
Harga Selera Berbuka Buffet Dinner Ala Kampung dari Top View Restaurant & Lounge Penang
Harga Selera Berbuka Buffet Dinner Ala Kampung:
RM98nett untuk orang dewasa.
RM78nett untuk kanak-kanak.
Ramadan Buffet di sini bermula daripada 15 Mei 2018 hingga 15 Jun 2018, SETIAP HARI, bermula 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Sebelum anda menjamu hidangan Ramadan BUffet Dinner, anda juga boleh bawa keluarga ataupun sahabat handal anda menjalankan aktiviti lain sepanjang di The Top sementara menunggu waktu berbuka. Banyak daya tarikan menarik di sini.
Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi
Top View Restaurant & Lounge
Address: Komtar, Level 59 & 60, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang.
Tel: +604-262 5960
Facebook : The Top View Restaurant & Lounge Fanpage
Selamat Mencuba!