Salam dan Hai semua,
Rasanya sudah hampir 2 bulan kita telah berada dalam kerajaan baru selepas PRU14 9 Mei 2018 yang lepas. Bahang kehangatan Kerajaan Baru masih terasa sehingga sekarang seperti Negara Malaysia, Merdeka sekali lagi. Sempena 100 hari manifesto, Hotel Flamingo By The Beach juga tidak ketinggalan mengadakan Sunday Buffet Lunch selama 100 hari bermula 17 Jun 2018 yang lepas.
BUY 1 FREE 1
Percaya atau tidak Hotel Flamingo By The Beach mengadakan promosi BUY 1 FREE 1 selama 100 hari untuk Sunday Buffet Lunch , setiap hari AHAD sahaja bermula 17 Jun 2018 hingga 23 September 2018.
Anda perlu membayar dengan harga RM 48.00 untuk promosi BUY 1 FREE 1 sempena Sunday Buffet Lunch . Sila baca betul-betul ya, anda hanya perlu dapatkan promosi ini setiap hari AHAD sahaja selama 100 hari promosi.
Menu Sunday Buffet Lunch dari Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang
Sunday Buffet Lunch BUY 1 FREE 1 ini menyediakan hidangan makanan yang sangat banyak pilihan dan variasi bermula dari Appetizer,
Appetizer
Penang Chicken Platter with Crispy Shallot and Sesame |
Penang GADO GADO with peanuts sauce |
Penang GADO GADO with peanuts sauce |
Chinese Cold Platter with seafood chili sauces |
Sweet Potato & Baby Carrot with Curry Leaves Salad |
SOTONG KANG KUNG |
Nyonya Kerabu Black Fungus |
Ulaman-Ulaman & Sambal Belacan |
Aneka Jenis Keropok |
Aneka Jeruk
Aneka Sup bersama Roti
Crab & Sweet Corn Kennel with Grean Peas Soup & Sup Ayam Madura |
Main Dish (Hidangan Utama)
Nasi Putih & Nasi Briyani |
Aneka Hidangan Utama |
Aneka Hidangan Utama |
Aneka Hidangan Utama |
Aneka Hidangan Utama |
Action Dish & Stall
Hidangan makanan bukan sahaja berhenti setakat di hidangan utama sahaja, pengunjung boleh melawati lebih kurang 10 gerai Action Dish & Stall di ruangan luar. Ada banyak lagi pilihan yang memukau selera anda.
Gerai Roti Canai |
|
Hokkien Mee |
Crispy Fried Fritter |
Pau Mantou |
Pulut Cendol |
Aiskrim Goyang |
Hor Fun & Shang Mee |
Mee Goreng & Mee Rebus |
Pondok Panggang |
Dessert (Pencuci Mulut)
Kesudahan Sunday Buffet Lunch anda mestilah diakhiri dengan hidangan pencuci mulut. Terdapat pelbagai pilihan dan jenis pencuci mulut. Anda perlu pilih saja kuih, kek, bubur dan banyak lagi hidangan akhir sebelum anda pulang,
Aneka Buah-buahan |
Aneka Buah-buahan |
Aneka Bubur |
Aneka hidangan kek dan agar-agar |
Aneka hidangan kek dan agar-agar |
Aneka hidangan kek dan agar-agar |
Aneka hidangan kek dan agar-agar |
Aneka hidangan kuih |
Aneka hidangan kuih |
Dekorasi Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang
Sempena Sunday Buffet Lunch BUY 1 FREE 1, pihak Hotel Flamingo By The Beach menyerikan lagi Flamingo Cafe dengan hiasan tersendiri mengikut tema yang ditetapkan.
Ruangan Flamingo Cafe ini sangat luas dan kedudukan perabut sangat teratur. Kebersihan juga penting dan semestinya makanan di sini HALAL.
Sempena Sunday Buffet Lunch BUY 1 FREE 1 ini telah menyediakan pelbagai ruangan kerana permintaan dant tempahan yang ramai. Pihak hotel bukan sahaja menggunakan Flamingo Cafe, tetapi juga tempat duduk di bahagian luar, ballroom yang lain untuk menampung jumlah pengunjung yang memberansangkan.
Pengenalan Ringkas Flamingo By The Beach, Pulau Pinang
Hotel Flamingo By The Beach terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang tidak jauh dari tengah-tengah Georgetown. Lokasinya bersebelahan pantai dan laut memang sesuai untuk aktiviti santai dan amat sesuai untuk keluarga, pasangan atau pun berseorangan untuk menginap di sini. Terdapat 280 bilik tamu dengan pelbagai jenis deluxe hingga suite. Di Hotel Flamingo By The Beach, mereke menyediakan dan menyatukan semua jenis makanan yang lazat di bawah satu bumbung supaya anda boleh mengisi perut anda dan sila rasa citarasa anda dalam keselesaan hotel.
Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang
Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach ialah merupakan hotel yang menyediakan ramadan buffet di tepi swimming pool yang menarik. Berhadapan dengan swimming pool pula anda dapat merasakan sendiri angin sepoi bahasa dari angin luat berdekatan. Anda juga dapat makan sambil melayan sunset di tepi pantai. Menarik bukan? Pada siang hari, anda boleh pilih untuk duduk berteduh di kerusi berdekatan dengan swimming pool ataupun duduk di tepi pantai atas pasir sambil melihat laut. Ini merupakan tarikan Hotel Flamingo By The Beach berbanding dengan hotel yang lain.
Harga Sunday Buffet Lunch Hotel Flamingo By The Beach, Penang
Harga untuk Sunday Buffet Lunch
RM48nett untuk orang dewasa.
RM25nett untuk kanak-kanak.
Setiap hari AHAD sahaja bermula 17 Jun 2018 hingga 23 September 2018.
Promosi BUY 1 FREE 1 hanya untuk DEWASA sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan Sunday Buffet Lunch sementara masa masih ada. Tempah sekarang!
Flamingo Hotel by The Beach
Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia
Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777
Email: generalenquiries@flamingo.com.my
Waktu Operasi : 7 pagi hingga 12 malam
Laman web : http://penang.flamingo.com.my
Facebook : Flamingo Hotel by The Beach Penang
Selamat Mencuba!